Monday, December 27, 2010

besok ayaq tarakk.. aiyarkkkkk

dah seminggu depa war-warkan yang besok bekalan air akan diputuskan. dari 7pagi sampai 7 malam. seluruh pulau pulak tu. yang paling teruk, mereka yang tinggal di kawasan Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul. bekalan mungkin akan terputus sampai 24 jam. kawasan ini dikatakan terletak dihujung kawasan tadahan air. nasib la badan.

bila dah macam tu, maka bermacam jenis besen, baldi, tong air, botol mineral 1.5liter, 5 liter malah 500ml pun cek chun guna. seksa beb kalau air tak ada nih. baik lagi kalau karan (bekalan letrik) takdak. boleh juga pasang lilin dan pelita. kalau air takda, awak nak ganti dengan apa? mineral water? jenuh nak membeli. seliter dah seringgit lebih.  susu? hmmm.. susu ok juga tu. boleh rendam badan kasi gebu.

yang paling best, kawan cek chun tanya - depa yang dok kat hotel kat feringgi tu nanti nak mandi macam mana? 
gelak kuat jap aku dalam meting tadi. dalam banyak-banyak benda, yang tu dia boleh pikir. cek chun rasa depa ada guna tangki besar. ada sapa-sapa tau ka jawapan soalan ni?


pic taken at : http://blog.lib.umn.edu

2 comments:

azzey said...

cek chun: uiks! lama gak tempoh masa x de air tu.....hu3...

cek chun said...

tu la pasai. besok mandi sebelum suboh :)

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...