Friday, December 10, 2010

terima kasih

peristiwa yang tak dapat cek nak lupa.
bila tiap kali teringatkan arwah tok. masa tu cek dok sekolah menengah lagi. tiap-tiap minggu cek akan merempit dengan motor suzuki rc cek tu hantar tok ke masjid. setiap hari rabu lepas zohor akan bermula kelas agama. kelolaan ustaz yang agak terkenal kat kedah ni. mana tak nya. setiap minggu boleh dengar suara dia ke udara di radio malaysia kedah. tok cek memang suka. bila tau saja ustaz nak mengajar di masjid kami, apa lagi, di ajaknya cek pergi.

mula tu cek pun bersila sama di bahagian jemaah perempuan. bila kelas ni, langsir penghadang tu akan di selakkan sikit. cek pula mesti cari sebelah dinding. bukan apa, senang nak parking. tekun cek tengok tok mendengar. sambil belek-belek kitab kat tangan. cek pula tersenggok sorang-sorang. mengantuk. betapa daifnya pemikiran cek masa tu.

tiap kali nak balik, cek akan rempit sampai ke tangga masjid. tok dah tak larat nak jalan jauh-jauh. jadi kena bawa motor dan datang dekat dengan dia. masa ni lah ramai yang bertanya -
'cucu cik su ka?'
'baguihnya..'
'mai bawak tok dia.'
cek senyum sampai ke telinga.
sampai rumah tok pula senyum simpul.
'terima kasih hantaq tok'
dalam hari mesti dia bangga ada cucu macam cek.

macam mana nak menyemai sikap berterima kasih? semuanya cek rasa dari rumah. dari kecik lagi patut diterapkan sikap itu. anak-anak kecil ni cepat serap apa yang di ajar. macam span. cepat menyerap segala ajaran.

paling cek ingat bila makcik ucap terima kasih bila cek hulurkan pinggan nasi kepadanya. terpegun cek seketika. ehh. pinggan nasi saja pun. memang semua orang akan dapat nasi tu. berterima kasih siap dengan nama penuh cek lagi tu. ingatkan bila kita dapat sesuatu yang besar, wajarlah berterima kasih. ini cuma huluran sepinggan nasi. sejak tu cek kagum dan sedaya upaya cuba cakap terima kasih, hatta kepada budak-budak sekalipun.

hari ni cek yang dapat terima kasih and thank you. sebab bagi hadiah belated birthday untuk anak kawan cek :)

7 comments:

zaMir said...

baik sungguh hangpa ni no...

cek chun said...

hehehe. baek sket ja :p

CIK TOM said...

eh ni segmen baru ben ke??baik la cek ni..siap ari2 anta atok pi msjd...baguihhh....

eelobor said...

salam perkenalan. bagus nie selalu masuk segmen yang ben buat

cek chun said...

cik tom, bukan slalu pon, once a week ja.
welcome eelobor, join yg cek rasa cek boleh buat saja :)

Unknown said...

One of the truly best blog..

www.fdausamad.blogspot.com

Baca 3-4 entry lepas tu mesti jadi ketagih!

i m not kidding..blog brader ni memang awesome!

Unknown said...

Anda sgt baik. Hehe. Terima kasih ^_^

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...