Saturday, February 26, 2011

sengih sengih lebih dari kerang busuk dah

dua tiga hari ni cek chun keja sengih saja bila buka facebook.
sampai tidur pun boleh sengih sampai ke telinga lagi.
tak tau lah sampai bila kesengihan ni akan berleluasa.

sepanjang berada di dunia blogging ini
hanya dua benda yang boleh buatkan cc sengih sampai tak ingat dunia.
satu, bila cik mat gebu bagi award untuk blog.
bukan satu. tapi dua tau. dua!!!
memang cc sengih tahap kerang busuk dah.
walaupun kerang tu cek chun tak makan.
tapi demi nak senangkan pemahaman, cek chun  tulis jugak kat sini.
dari dapur tanpa sempadan, idola bab masak dan makan

dua, bila baca cerita ben yang bergaya di gym pilihannya untuk jurugambar majalah.
malam tu juga cek chun terus tanya zuraita di facebook
ehh..kau interview ben ashaari untuk Rapi ke tadi? 
rasa macam dapat scoop penting saja
sebab masa tu ben tak umum pun lagi nama majalah apa 
blogger pilihan malaya, idola bab menulis di dunia blog

walaupun tak kenal mereka personally
rasa bangga tetap ada
berbangga untuk mereka yang dah berjaya
yang hari-hari cek chun singgah ke rumah mereka untuk baca
walaupun tak selalu meninggalkan komen
tapi rumah itulah yang dituju saban waktu


dan dua tiga hari ni cek chun sengih lagi untuk kali ketiga
kali ni paling besar sengihnya
mula kenal bila semua blogger heboh pasal sorang mamat yang belasah gelang ac mizal
dan sejak tu lah cek chun mula singgah ke blognya hari-hari
suka cara dia present findingnya
ayat senang baca dan mudah hadam
baca gelak, baca gelak lagi
tak paham bahasa inggeris
ada juga bahasa malaysia


memang dari dulu cek chun pantang sungguh dengan multi level marketing
atau MLM bahasa mudahnya
dah berapa ramai habis wang beratus malah beribu untuk join benda alah ni
kalau ikut akal pun
ada ka you belanja seratus dapat pulangan ribu-ribu
tanpa buat apa-apa
you duduk depan komputer
tengok wang you bertambah berganda
itu baru MLM cerita nombor satu

MLM cerita kedua pula kena cari orang atau downline nya
kalau you dah bayar 100 cari lah 2 orang lagi yang sanggup bayar 200 juga
dan benda tu akan berkembang dan terbentuklah skim piramid
yang hanya akan mengkayakan orang di atas

untuk dua-dua situasi ni, cek chun dah lihat sendiri
MLM satu dah menghanguskan beribu-ribu wang di tempat kerja
sorang bayar 200 untuk satu tapak
ditunjukkan satu plan yang ditaip di ms excel
campur dengan kata-kata manis dan buku bank yang menunjukkan wang bertambah
wang tambah, nama pun akan meningkat setapak
cari orang lagi duduk bawah you
lagi banyak duit masuk

hari-hari disogokkan dengan cerita yang sama
tunjuk buku bank
tunjuk nama yang semakin naik di plan excel tersebut
tunjuk laman web yang paparkan wang you
pernah tengok cerekarama di tv3?
AB Taufan?
sebijik macam tu lah cerita MLM satu ni

masa tu memang cek chun nak lempang saja yang datang merayu
tak serik-serik
memang jenis muka tebal
tapi respek la
semangat kuat betul
tapi cek chun tak cukup bukti nak kata
woii..benda ni haram la sengal
apa keja buat duit guna duit orang ni
produk pun tadak
tiba-tiba duit datang selonggok
kalau tak menipu apa lah lagi namanya nih

masa tu cek chun cuma mampu nasihat saja
benda ni sangatlah berbau ikan nya
dalam dok nasihat pun tak jalan
kawan serumah pun termakan juga
tak sampai sebulan, dengar pula sang perayu kena maki bertubi-tubi
semua yang masuk tak sempat nak cash out
dah nampak duit bertambah,
nak cash out macam mana
biar je la dalam tu
lagi lama lagi banyak duit nya
last-last skim dah tepu
crash macam tu saja
dah tu nak marah kat sapa
orang yang merayu pun hilang duit juga
gilaaaa!!!!!

MLM kedua pula kena buat loan dan jual produk
dah la kena tunggu sampai 3 jam sebelum dia datang nak tunjuk cara
memang berasap butt hari tu
yang ni sedara sendiri punya cerita
mai lah rumah, ada benda baik nak cerita nih
sambil sembang-sembang dia suruh tunggu
rupanya tunggu kawan dia cerita produk dan cara buat loan.
bukan sikit-sikit anak tu
sampai 20k.
watdefish!! 
ingat cek chun keja hari-hari untuk bayar loan ka

lagi sekali cek chun lost point untuk berlawan cakap
sekali lagi sangat berbau ikannya
tapi tak tau nak cerita macam mana
cek chun dengar dia sembang pungpangpungpang
ambil kertas yang di conteng tu dan balik kerumah
dengan alasan aku nak balik study!!
dan cerita MLM dua ni habis macam tu saja
malas nak ambik tau apa kisah mereka yang dah siap buat loan tu
konon nak berniaga sampai tukar kereta dan pergi melancong oversea.
idola dalam membasmi MLM celanat
alangkah baiknya kalau blog si mamat ni ada masa tu
boleh juga cek chun tunjuk kat mereka-mereka yang terlibat ni
ada jugak modal nak kasi balik kat manusia tegar ni
macam yang cek chun dok buat sekarang
tak payah cakap banyak
aku paste saja link blog mamat ni
kalau tak paham lagi, tu memang akal dah tahap tepu la tu
tak mau baca dan terima hakikat bahawa benda tu haram dan menindas.

uitt..panjang pulak gomelan kali ni.
menyimpang dari asal la pulak
sebenarnya cek chun sengih-sengih sebab ini hah
idola dah accept kat facebook
dan ucapan acceptance pertama dari cek chun :


adehh.. sengal kan aku.. macam la tadak ayat lain nak kasi..

14 comments:

suri solehah said...

salam..seronok dengar cerita kawan tengah seronok... :-)

Acik Erna said...

assalam..acik pun tumpang seronok dan sengih bila baca cerita chek cun yang asik tersengih..
alhamdulillah..

cek chun said...

thanks da, lama hg hilang noo..

salam k erna. syukurr.. hehe

JMR said...

blogger makin ramai yg berjaya skang nih..:-) pasni turn cek chun lak..:-)

cek chun said...

mudah mudahan jmr :)

uncle gedek said...

1) Tahniah!

2) MLM = Bweeekkkkk...!

cek chun said...

thank uncle
MLM definitely bluwekkkk

Aida Tamrim said...

CMG ngan BA memang best kan... Bertuahnye kalau dapatkenal diaorg personally kan.. ^__^

cek chun said...

adia.. tu kena ikut rombongan BA pi sedenak la

Unknown said...

semoga berjaya dan terus berjaya..
happy2 selalu...

Solihin Zubir said...

skim piramid = firaun! menindas org bawah..

err.. susu? heheh.. ;-p

cek chun said...

MH, harap u pon happy2 jugak

Dak ijau, susu mau?
Hahaha
Oitt twitter ada on tak, kaki ada ok ka

maya amir said...

betul tu..saya pun agak kureng dgn MLM..adehhh tapi sape masuk MLM ni mmg betul2 hati kering laa..sbb derang kene paksa rela bile direject kan..:)

anyway..salam perkenalan.. 1st time here & rasa tertarik:)

cek chun said...

salam maya.
kasihan tengok orang hilang duit macam tu saja. kena pulak sedara sendiri.
jemput lah datang selalu :)

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...