wahh.. incik Ben tak jemu-jemu meletak segmen untuk bloggers sertai. kali ni tajuk nya PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? kalau sapa-sapa nak sertai pun boleh. cuma kena la ikut aturannya. jawab soalan satu-satu ya.
nama blog ni cek dapat setelah pikir semasak-masaknya, ada la dalam 10 minit :-p. mula-mula tu cek dah ada blog maifood. kemudian cek rasa macam nak tulis macam-macam la lagi dalam blog tu. tapi cek rasa tak sesuai la. nama pun dah maifood. just for food.
jadi cek bikin la satu blog lagi. letak nama CEK RASA LA. rasa kat sini boleh macam-macam. ada manis kehidupan, ada tawar pengalaman, dan ada rasa suka pada kawan-kawan. lagipun dekat-dekat juga dengan makanan tu. RASA kan taste. so you will be able to taste many things in my blog.
CEK RASA LA juga merupakan satu pernyataan untuk mengatakan ini merupakan luahan rasa hati cek. kekadang mungkin apa yang cek perkatakan itu tak tepat pun. sebab itulah cek tulis cek rasa la. atau kalau bahasa bukunya I THINK.
orang kuat blog? sapa lagi kalau bukan cek. tak nampak ka masel dah keluar kat 10 jari-jari mulus cek ni. hari-hari tekan keyboard. ya, cek guna sepuluh sepuluh jari naa untuk menaip. hasil kelas trengkas semasa cek kat sebuah uni yang paling hebat di shah alam sana :-p
nak iklan kat mana yaa? kalau boleh cek nak iklan kat nuffnang sana tu. korang mesti selalu pergi nuffnang kan? tetiba kalau ada iklan blog cek kat sana, saheh korang klik kan? sapa la yang nuffnang sponsor plak ni? hebat ka? sat nak klik check. tak puas hati aihh. perhh. kali tu, mencanak-canak la naik traffic.
angan-angan cek tu kat atas la. iklan kat nuffnang :-p
ohh..no no no. tak mau tukar la nama nih. cek sayang wo kat CEK RASA LA.
blog yang wajib cek singgah is blog incik ben la. aippp bukan membodek naa. sebab kat blog sana banyak sunggoh blog link. sambil baca entry, klik kat mana-mana link yang tajuknya berjaya memikat hati cek.
cek suka blog cek kerana semua benda cek boleh type kat sini, copy dan paste secara berhemah kat sini, tak ada widget yang menyala-nyala kat sini dan paling penting ada orang nak baca juga blog ini.
ok. sudah siap. terima kasih kerana membaca :)
0 comments:
Post a Comment