Thursday, March 22, 2012

muah 23 kali ganda lepas tu guruh

muzik dengan aku memang macam irama dan lagu. banyak alat muzik yang aku pandai main. kastenet, tamborin, kayu tik tok.. dek kerna berdarah seni inilah aku selalu buka radio dan dengar orang lain pula main muzik.

aku tak mampu nak beli cd dan kaset original. last beli pun masa latest album celine dion. sampai sekarang dok himpun balik duit tabung anak menakan yang aku pinjam buat beli cd tu.

lagipun kalau dengar radio, bukan setakat celine, jamal, malah amelina yang dah lama mengundur diri dari arena hiburan pun boleh aku dengar suara mereka. jimat duit tu penting. kitchen aid pun tak terbeli lagi nuh.

petang-petang begini memang turn si dj radio pening otak pikirkan tema perbualan dengan pendengar. nasibla kalau dapat dj yang cerdik dalam memberi topik.

nampaknya petang ni dj agak kurang terpelajar. complaint. bahasa kedahnya konplen. di suruh pendengar telefon konti dan cerita apa yang suami/isteri depa suka konplen sangat.

maka terbondong-bondong lah kakcik ni call dan bagitu sang laki sukaaaaaa sangat konplen dia tak pandai masak.

'kita kan muda, mestilah masak ala western sikit, dah tu dia selalu suruh masak macam mak dia'

adoii kakcik.. dah perut Melayu, mestilahn rutin sewaktu cik laki membesar dan belum berkahwin dengan awak. nasi berlauk gulai, masak lemak, sambal belacan.

'orang rumah hari-hari beleteaq. ada saja yang tak kena. tak beleteaq tu kira miracle la'

hamboi bang. seronok cerita pasai bini kat radio. balik kang tak kena hempuk dengan lesung batu kira syuu dah tu bang.  tak ka merah padam muka bini bila dengar suara incik laki  bercakap macam tu.

itu tak masuk cerita radio waktu malam lagi.


'sampaikan salam untuk sidia, moga kita akan bahagia sampai ke gerbang perkahwinan. muah untuk sayang ganda dua puloh tiga'.  grummmmm! *effect guruh kat background*

'b, ayang rindu sangat dengan b... sobs...sobs... ayang tak sangka b sanggup kawen dengan orang lain...sobs.....sobs.... *efek guruh volume tinggi selepas tangisan*

bayangkan betapa meluapnya telinga aku berdenyut tiap kali on radio. nak wat gena. hiburan murah beb. terpaksalah tempuh.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...