Wednesday, April 27, 2011

emel dari Puremobile.. memang pure heaven!!

tengah seronok bergelak tawa membaca status teman di fb dan twitter, cek chun dikejutkan dengan emel yang memaklumkan ada parcel on the way dari amerika. uitt!! takkan beg Coach yang baru cek chun berangan nak beli dah on the way ke tangan? baru berangan wehh.. takda pun dok klik-klik beli online atau order dari kawan yang dok obersea. kawan kat US tu cuma sorang jer. si derek morgan tu. tu pun dia dok bz berlakon. selalu kalau nak hantar barang, dia by hand saja.
kemudian cek chun perati lagi. ada 3 lagi  notification dari United Parcel Servis. semuanya sama. ada barang sedang on the way. kena download attachment untuk track parcel tu dok kat mana. wahh... mesti bagus bangat punya content ni. bagus betul sampai siap 3 kali habaq lagi kat customer. itu baru servis yang gah dan perlu dicanang serata alam.

belek lagi emel, dan cek chun nampak aididmuaddib is now following you in twitter. hohoho..nampaknya dark hero sudah pasang cawangan baru selepas blog hebak tu. lepas ni boleh la pakat-pakat follow mamat teror main gitar yang anti MLM ni. korang klik jer kat sini kalau berminat.

skodeng lagi emel (memang banyak lately, gila ahh fb notification pun boleh masuk sini jugak, dulu bukan dah buang ker??)  lalu cek chun jumpa dari Puremobile. aiyoooo.. website jual henpon. wehh.. tau la aku bekenan sama ipon pun. tapi takda lagi dok pulun beli ipon kot online nih. baik pi beli kat Switch queensbay tu. boleh gak ngorat mamat nerd ensem sambil pura-pura buat tak reti nak scroll down the phone screen.

bila tengok sampai 3 notification, teringin gak nak tau menatang apa yang cek chun beli tu. jadi i download la. bila scan virus, lulus dengan cemerlang. tapi tak sempat nak klik download jer sebab sudah ada rasa lain macam melanda.  terus cek chun google.. nahhhh.. keluar macam-macam cerita la. ada review iphone 4 dari Puremobile, aksesori handphone dan ada juga cerita orang curi nama Puremobile untuk buat scam. cerita credit card fraud pun ada.

of coz la kena klik kat credit card fraud dulu ni. ewwwwww.. very noty these people. ikut suka-suka scam merata alam. kat australia pun kena. dorang siap buat forum lagi pasal scam nih. korang boleh baca kat sini. kalau sapa-sapa yang berminat tu sahih la nanti dorang akan dapatkan maklumat kredit kad. lepas tu jenuh nak bayaq hutang. memang patut di middle fingerkan jer depa-depa nih.

Sunday, April 24, 2011

hello!! remember me?

hello
it's me again
a whole lot's changed
since i left and
i don't know i guess
i felt like checking in

surprise

you let it ring
well it's your turn to
leave me hanging
i don't care
i know you love it
when you see me call

i wonder who you're loving now

i'm guessing we won't work things out

you know what they say

you can't have it so you want it back
i'm way past that
believe me
if you could be in my life
like you've been on my mind
it'd be so easy


hello
it's me again
it's three days now
that you've been in my dreams
and i don't know, i guess
you've just been on my mind
i don't know, i guess
i think about you all the time

i wonder if she's much like me
i wonder if she's what you need

you know what they say
you can't have it so you want it back
i'm way past that
believe me
if you could be in my life
like you've been on my mind
it'd be so easy
i know i'm to blame
but it kills me that
i made you hate me
like you've erased me
and i know what they say
they say you'll be happier
better off without me

i'm sure it's hard to see me
i'm sure you don't believe a word
because you've heard it all before
and we're so far from where we were

(da da da da da dum)

goodbye
i'll let you go
i'll get back to life
and living solo
cause i know i need a few years on my own

you know what they say
you can't have it so you want it back
i'm way past that
believe me
if you could be in my life
like you've been on my mind
it'd be so easy
i know i'm to blame
but it kills me that
i made you hate me
like you've erased me
and i know what they say
they say you'll be happier
better off without me 


cc: merata alam mencari cd minah ni. tak dapat-dapat. satu lagu lagi yang best is Mr Johnson. Schuyler Fisk ni memang rowk!!

Saturday, April 23, 2011

keinginan yang tak sudah

disaat perut tengah lapar membuak-buak baru teringat lunch belum makan
disaat bau sedap claypot chicken with shitake mushroom berleluasa di ruang udara
disaat bau dan udara bercampur mengeledakkan lagi perut yang sudah terbuak
disaat nasi hampir masak dan clayport sikit lagi nak boleh dihadam
disaat itulah gas habissssssssssss!!!!!!
 

Monday, April 18, 2011

Charlie and The Chocolate Factory

published in 2001, the first edition published in 1964
buku ni lah bermulanya jatuh cinta pandang pertama dengan Roald Dahl. sebenarnya berkenalan secara tak langsung. masa kecik-kecik tak ingat umur berapa, ada tengok cerita kat tv. kisah budak miskin dalam kilang coklat. cerita hitam putih ke kaler pun dah tak sure. fast forward many years afterward, cek jumpa lah sumber ceritanya. rupanya di adaptasi dari buku.

 yang buat teringat sangat tu, sebab kilang coklat tu la. besar dan hebat. ada sungai yang mengalir dengan coklat. nak minum cedok jer dengan mug. tak ker gah gila.

kisahnya si Charlie Bucket yang sopan dan dengar cakap orang tua. tinggal dengan parents dan 2 grandparents. dekat tempatnya ada kilang coklat paling hebat kat dunia milik Mr. Willy Wonka. orang yang bekerja kilang  pula digelar oompa lampa. depa ni suka menyanyi, siap ada rhyme tu.

si Charlie ni punya la miskin, nak tidur pun kena share katil dengan 4 orang grandparents ni. kira kalau dapat makan coklat ni, macam kita makan kat TGI or Chilis le. mahai seh. tak mampu. setahun sekali masa besday jer dia dapat makan, kira hadiah dari parents and his grandparents. dah la tiap hari jenuh dok tahan nafas dok bau coklat. ye lah, dah kilang  dekat rumah je. 

semua orang teringin gila nak masuk dalam kilang ni. apa taknya, semua coklat mr wonka memang melotup. ada  wonka's whipple scrumptious fudgemellow delight, ada marshmellows that taste of violet, rich caramels that change colours every ten seconds, chewing gum that never lose its taste, lovely blue birds's eggs with black spots thats getting smaller and smaller when u sucked them until suddenly a tiny little pink sugary bird appear on your tongue. aisehhh.. meleleh dah tulis ni pun.

one day, Wonka buat tour untuk 5 orang bertuah yang menang golden tiket dalam coklatnya. Charlie jadi salah sorang pemenangnya. kira semasa tour tu, macam-macam kejadian berlaku dekat budak-budak yang tamak, tak dengar cakap, tak ikut arahan si Wonka. last-last tinggal je hero kita si Charlie ni. ending buku ni lagi sempoi, Charlie dapat kilang sekali as present. see... memang berbaloi tau jadi budak baik.
the scene from tim burton's movie
yang paling best dalam buku ni, mestilah bahasa yang digunakan.
he's crazy! he's balmy! he's screwy! he's batty! he's dippy! he's dotty! he's daffy! he's goofy! he's beany! he's buggy! he's wacky! he's loony!
tengok brapa banyak perkataan boleh digunakan to describe a crazy person. walaupun setengah tu takde makna pun, tapi masih menarik dan cool.


dan bila depa dok war-warkan yang movie akan ditayangkan, cek lah orang pertama yang tak sabar nak melihatnya. tapi bila keluar dari cinema, ralat semacam jer.  kenapa impact tak cukup kuat ar. padahal si Johny Depp tu dah teror dah as Willy Wonka. rasanya kilang tu tak se gah yang cek imagine. tu lah kelebihan membaca, your imagination can running wild. no amount of movie or tv can top that.

pic: http://charlieandthechocolatefactorytickets.com
http://dailycontributor.com

Saturday, April 16, 2011

cek chun's book club.. cuma tak se gah oprah punya jer

dulu sebelum dikenalkan dengan internet, buku la peneman cek chun. tak makan pun takpa. janji dapat habiskan buku tersebut. baca buku dari pagi sampai malam tu dah selalu terjadi. kadang-kadang berlanjutan sampai ke pagi. cerita best. payah benar nak letak balik buku tu dan tidur. kang termimpi pulak ending nya. tak ke payah!

dan perangai ni bermula dari tarikh cek boleh membaca lagi. tentulah pada zaman tadika dulu. bila masuk sekolah rendah, cikgu buat pertandingan membaca. masa tu lah pulun tak ingat. cikgu kata ada hadiah best. boleh masuk untuk buku BM dan BI. pastu kepala otak cek yang teror ini pun berpikir la dengan ligatnya. baik ambil buku BI, sure orang tak ramai join.

maka bacalah buku cerpen siang malam. dapatlah dekat seratus juga la tahun tu. bila depa announce the winner, hadiah cek cuma piala kecik. yang dapat piala besar tu yang baca novel BI tu. ada la 40 buku dia baca. demm. awat teacher tak habaq awai-awai. kalau tak, mesti cek pulun baca novel. bengang tak tau nak habaq ler. kena plak piala besar tu boleh bawak balik ke rumah. normally piala macam tu buat piala pusingan jer. simpan kat rumah seminggu, pastu hantar ke sekolah balik. 


besar ni lah piala tu, tak ke hangin gua..haishhhh..
padan muka. kata teror sangat. kekekekeh.. budak lagi weh. bukannya reti apa time tu. start time tu la cek dah fall in luv dengan buku. tak kisah la buku apa. suratkhabar lama pun jadi. janji benda yang boleh di baca. dalam toilet pun kena baca something. dah tu takkan nak tengok benda tu kot. tak kuasa cek aih. baik baca paper lama.

pernah menagis teresak-esak sebab abah tak kasi beli buku rujukan, cukup la dengan buku teks tu kata abah. petang tu jugak dia kena bawak anak dia pi pesta buku. bukan sebab dia kesian tengok anak dia menagis. cek rasa telinga dia tak tahan dengar leteran mak. masa tu cek baru darjah 6. padan la abah malas nak melayan. tapi sekali lagi diingatkan, cek masih budak. bukan reti apa pun. tau nak benda je.

dan ada satu cerita tv ni yang cek tak boleh lupa. yang cek ingat ada kisah pasal coklat, budak miskin dan coklat everywhere. kenapa benda yang satu ni sangat terlekat kat kepala, sampai sekarang cek tak tau. cek bukan minat coklat sangat pun. boleh layan Bounty dan Ritter Sport je. tu pun kalau ada kacang dalamnya.

selang beberapa tahun kemudian, baru cek tau yang cerita yang cek dok ingat dari kecik tu rupanya Charlie and The Chocholate Factory hasil tulisan Roald Dahl. buku ni dah berada di pasaran dari 1964. bila baca jer, terus i fall in love. suka sungguh dengan gaya bahasa Roald. wicked bak kata jamie oliver. apa tak nya, kilang coklat dalam cerita ni sungguh la gah. kenapa kilang coklat ni paling hebat kat dunia? nanti la cek cerita.

bila dah bekerja ni, boleh la beli buku yang dihajati. dulu cek cuma bertapa kat library. pantang cuti, disitu la cek ada. naik motor ke pekan alor star, senang sikit nak rempit dan parking. pinjam buku pun guna kad library sepupu. dua tiga jam kemudian, baru rempit balik semula ke rumah. boleh dikatakan hari-hari juga la time cuti semester tu. baca buku dato Lat, pastu gelak sorang-sorang. baca buku pasal ufo, dahi sampai kerut-kerut. nak percaya ke tak ni.

sebab buku jugaklah cek kenai dengan sorang uncle kat bazar chowrasta. tiap bulan dok pi jengok dia dalam kedai yang sempit tu. tokei buku sekenhen. kadang-kadang dapat buku baru dengan harga secondhand. tak ke best tu. kalau kat alor star pula, cek kenai dengan maknya (makcik cina)  moden ni. Reader Digest tahun lepas dia jual dua hengget saja. memang berbaloi weh.

lepas ni cek buat review sikit pasal buku-buku yang ada dalam simpanan ni. tak la banyak mana pun. boleh la buat mengisi masa lapang tu. dari buku kanak-kanak roald dahl, jk rowling sampai ke buku masakan nigella dan oliver.


pictha: http://wb9.itrademarket.com

Thursday, April 14, 2011

awek teror main gitar, i present to you, Schuyler Fisk!!!!

cek baru kenal sorang awek cun nih. pandai plak tu main gitar. suara sodap weh. namanya Schuyler Fisk. macam mana nak sebut tu?  ni hah..  Sky-ler. minah ni lahir tahun 1982. dulu pernah berlakon kat siri tv di Amerika tu. tak heranla sebab mak dia pun berlakon. mak dia, Sissy Spacek ni lah yang ajar dia main gitar.  mak cek chun ajaq masak jer. kalau ajaq main gitar, mau anak dia dah boleh kalahkan Yuna nih. hoho.. merepek sudaaa..

Schuyler ni main folk musik jer. patutla cek tak kenai. ya lah, kalau hari-hari dengar Red FM, korang ingat ada ker dia nak pasang lagu jenis folk-folk ni semua. ada la sorang brader yang teror main gitar ni yang introduce cek kat Schuyler. brader ni memang power bab-bab gitar ni. sampai 6 biji gitar dia himpun. hari-hari tukar gitar macam orang pompuan tukar beg ker bang aidid? :p

berbalik pada si Schuyler ni, debut albumnya pernah dapat no 1 kat  iTunes Folks Chart pada 2009. banyak lagu sedap-sedap weh. buat layan jiwang malam-malam. meh cek chun introduce kat hampa lagunya yang berjaya mendapat tempat kat my not-so-folk-soul nih.

lagu yang diperkenalkan oleh brader gitar tu. dia kata ni gepren lama. tengok Schuyler main gitar, berkobar hati teringin gak nak memetik gitar. tapi berkobar time tu jer la. masa mana nak pi belajaq. nak apdet blog pun dah jadi seminggu dua kali jer ni. 

lagu best kalau teringat ex-boyfren, teringin gak nak tau sekarang dia macam mana, dah ada awek ke belum, you know.. saja tanya-tanya khabar. uitt.. banyak ker ex bf cek chun? ada laaa.. muahahahaha..

dan lagu yang palinggggggggg cek suka sekali. paling yummeh to me. ni kalau mat salleh, dah tentu depa guna masa berarak nak masuk kawen tu. so romantic ho ho. tapi memang betul ler. lagu ni depa guna masa wedding rehearsal dalam pilem I am Reed Fish.

pic source: http://www.binsidetv.net/

Saturday, April 9, 2011

memang fresh dari ladang... eh..laut la..

malam tadi cek chun dan kawan-kawan dijemput untuk meratah ikan kembong bakar dan tomyam sedap. alasannya ikan banyak sampai tak ada siapa nak menghabiskannya. sang suami asyik turun laut menjala. orang kata benda yang satu ni jangan ditolak. rezeki datang syukur alhamdulillah. kalau tak pi kang, sian pula dia masak banyak-banyak.. kan? kan? kann?

laut yang banyak berjasa memberi rezeki pada mereka yang rajin berusaha
inilah seronoknya tinggal di tepi laut. ada pula kemudahan bot sendiri. ikut suka la nak turun menjala, memancing atau nak berkayak sekalipun. ada la 2-3 orang rakan yang terjebak sama dengan kegiatan ni. kami yang perempuan seronok dapat ikan jer. boleh gak ambik ratah-ratah sambil gebang ramai-ramai.

ni rupa segar dari laut. baru beberapa jam keluar dari air. berkilat-kilat sisiknya.

si kembong atau yang pemesnya ikan temenung kata orang utara
datanglah ikan besar manapun, temenung ni jugak la feberet chun. rebus pun dah layan. cecah pula dengan air asam. nasi letak kicap pun dah jadi dah. kalau segar macam ni, elok digulaikan, diasam pedaskan atau goreng celup tepung saja.

cc: tulis bukan main, tapi ikan masih dalam peti sejuk..kehkehkeh..

Thursday, April 7, 2011

bertungkus lumus memerah keringat kerna mereka inilah

 lama benor rasanya cek tak bersiaran. mampu nak berblog walking saja. sibuk tahap yang amat. bila balik, banyak pula tumpuan pada benda-benda lain. ni baru boleh bernapas dengan selesa. tapi yang pasti, tak lama. datang pula kerja yang lain. biasa la kan. kalau takda halangan atau rintangan, tak fun la pulak kerja.

kejadian kat atas ni dah lama. memang berpeluk bertungkus lumus buat apa yang terdaya. bermula dari memilih lagu, cari minus one, prektis, buat props, dan prektis, prektis, prektis. awat yang tak senak kepala dan perut. budak-budak ni memang mudah hafal lagu, tapi nak bagi steps tarian tu sama.. ohhh.. cikgu sikit lagi nak jadi macam hulks saja :p

rakan seperlaguan. kusyuk mekap apa yang patut. guna Stage okeh.

seals comei

bears yang alamak tak garangnya..

monkeys yang dah macam baru balik dari masquerade party ke haper

tengokla buas ke tak buas monkey ni. sekor dah hilang ekor. tapi gaya tetap kena maintain..tengokla sapa ajaq..kehkehkeh

Sunday, April 3, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan - the review

plak musim lepas yang sangat diinginkan oleh para tokei restoran dan gerai
dari dulu lagi tiap-tiap ahad mesti tunggu jam 12 di tv3. seronok tengok Maria Tunku Sabri makan dengan lahapnya. minum air segelas dengan sekali sedut. i cannot. tak payah try pun dah tau. napas tak panjang macam maria. dan sekarang Maria dah digantikan dengan Qi. si blogger boy dekat tv9 yang hangat diperkatakan dengan Yuna. by the way, next episode will be featuring Yuna as the guest.

dan sepanjang pemerhatian cek chun;
  1.  host JJCM mestilah makan dengan laju + pantas = lahap. kalau tak mampu, tektik mencepatkan camera digunakan. teknik ni selalu digunakan semasa Maria makan. untuk Qi, tak perlu nak run laju-laju. dia memang semulajadi lahap dah. 
  2. Qi memang layak untuk jadi host atas dasar yang disebutkan diatas. tengok dia makan, terus hati berkata - ohh sedapnya.. tapi ada juga yang kata Qi loqlaq. makan tak sopan. well, mana boleh nak puaskan hati semua orang kan.
  3. Qi kurang vocabulary untuk describe the food. balik-balik pedas, sempoi, sedap, manis, masin (tak pernah dengar lagi). berlemak dan power. sila belajar dan tengok macam mana si Makansutra kat Singapore, mr KF Seetoh  describe the food ye Qi comei (well, ok, i think he's cute apa) 
  4. guest di JJCM tend to eat dengan sopan dan gorjes nya. dalam hati mungkin depa ingat makan kena kontrol, camera tengah shoot.
  5. gaya makan guest tak in sync dengan ayat di mulut. last week, si polan cakap - emmm sedapnya.. tapi cubit lauk sebesar lidi cuma dan makan dengan hati-hati takut lipstik comot.
  6. so far, heliza dan ana rafali berjaya makan dengan bestnya. they are not in no 3 group. tips - jemput makanan sikit dan makan cepat-cepat. kompem nampak macam makan dengan sedap. mimik muka dan mata yang bolat juga menyumbang kepada 'nampak sungguh sedap' makanan yang dimakan.
  7. makan memang peberet past time rakyat malaysia. gerai atau restoran yang sedap, memang kompem kena beratur sebelum dapat masuk makan. lepas masuk JJCM, terus makanan jadi tak sedap lepas tu. uitt.. kenapa ya?
pic: http://grandna.blogspot.com

Friday, April 1, 2011

dah hilang satu sumber bacaan yang gempak

chun dah tau source malware tu. thanks gadisbunga yang baik hati dan sanggup terjah jugak blog ini walaupun dah kena tahan dengan red light. tadi dah buka blog che det, tapi keluar screen merah saja. rumahnya dah kena blocked. lepas tu baru tengok komen GB yang bagitau punca malware tu dari sana.

chun dah buang link dari sana. baru teringat yang pernah baca somewhere yang malware juga berjangkit dari link. tapi chun ada satu kemushkilan lagi la. naper tiap kali masuk blog redmummi mesti ada amaran malware tu. dari dulu lagi ni. bukan baru sekarang. sedih tul.

kena baca through handphone yang screen kecik tu jer. lain la ada iphone macam uncle gedek. best la jugak boleh tarik cantum kasi besar pitcha nya. chun dah tweet RM semalam. dia kata RD sudah check and found no malware. maknanya its from my lappy lah kan? tapi naper cuma blog RM. blog orang lain ok jer. menatang malware tu dah duduk kat url RM ker? ohh i'm so konpius. dah la chun  not a geek. pakai google je nih.

lagi satu cek chun bengang jugaklah pasal blog cek det tu. awatla hampa buat tahana kat orang tua tu. cuma masuk baca saja tak boleh ka. nak kena letak virus berlambak-lambak juga kah?  he has great mind apa. masa dia panjang umur inilah, baca apa yang dia nak tulis. kalau elok, kita ambik. tak elok, letak jer tepi. chun bukan bercakap pasal politik ya. tak suka.

chun dah baca Malay Dilemma. bahasa melayu dan english version. saja nak bagi paham lagi. what so great about the book sampai kena banned. Mahathir Dibalik Tabir pun selak juga. ni buku yang ditulis oleh zainudin maidin. dan sekarang teringin sangat nak baca A Doctor In The House. buku terakhirnya mungkin. sapa tau kan.. 

hari tu dekat secondhand bookstore at Chowrasta jumpa My Story-Lim Goh Tong. sampai sekarang nyesal tak beli.


pic: http://www.maximumpc.com

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...