Thursday, December 23, 2010

Virus baru di alam maya

Mulanya cek chun tak perasan lagi. Tapi bila dah hari-hari dok buat benda yang sama, ini seriusssss, bak kata minmin wonderpet. Cek chun cuba juga tengok senarai simptom-simptom penyakit ni. Hah!! Memang sah dah kena virus.


1. Pagi-pagi belum gosok gigi dah gagau handphone untuk check blog. Usya lama-lama kot-kot ada orang letak komen atau blogwalking semalam.

2. Buka blog idola. Nak tengok apa cerita dia pagi-pagi ni. Mana tau dia bagi tips lagi. Atau cerita terbaru. Untung-untung boleh jadi pengomen nombor satu. Aiii. Ingat senang ka nak jadi komen first. Follower dia beratus-ribu lemon tau.

3. tengok pitcha idola yang cun/hensem tu pon dah cukup. Sambil-sambil belek badan sendiri, bila la aku nak jadi macam dia ye?

4. Pantang tengok orang komen kat shout box, terus nak p terjah. Ada juga orang jalan-jalan blog aku yer. Mood- terharu.

5. Baca komen dengan tersengih-sengih. Kalau kerang tengok pun dia menangis. Apa taknya, tersengih lebih dari kerang. Tulisan kita bisa buatkan orang terberhenti seketika untuk mengomen. Mood- double terharu.

6. Belek-belek dashboard sambil tengok entry terbaru kawan-kawan. Pilih mana-mana yang berkenan untuk diterjah.

7. Blogwalking sambil meninggalkan jejak. Paling cikai pun tulis cakkkk!! dekat shoutbox.

8. Komen entry sesedap rasa. Harap-harap tak menyakiti hati sesiapa.

9. Tetiba jadi pandai (knowledgable) bila bercakap pasal sesuatu isu diluar sana. Padahal baru saja baca di blog sipolan sipolan tadi.

10. Hari-hari pikir nak tulis apa. Tak kan nak kopipes saja.

Simptom ni cek chun jumpa di dinding klinik medical alternative masa dok round tengok sijil PHD dan prof. emiratus beliau. Lokasi dirahsiakan.

Psssss.. korang ada kena simptom ni tak? Cepat-cepat p check.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comments:

Kujie said...

hehehe...adalah juga virus tu
tapi masih dlm kawalan

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...