Tuesday, December 14, 2010

panas..panas...

Ada kenal dengan kuih di atas?
Ada yang panggil peneram, denderam, telinga keling (tetiba keling dapat nama) dan cucur lubang. Kuih ni manis. Diperbuat dari tepung beras, gula dan gula merah.

Kuih ni kalau panas-panas memang masyuk. Garing sunggoh. Selalu disajikan sejuk la. Time kenduri kahwin, kalau kat utara ni, memang tak sah la kalau tiada kuih ni dalam bungkusan bunga telur tu.

Sekarang ni cek kat pasar malam di alor star. Saja menjengok makcik meniaga. Sepuluh biji seringgit saja. Kalau selasa dan rabu, pasar malam depan pacific hypermarket ni.

Kalau musim cuti sekolah, memang tak menang tangan depa menekan dan goreng. Orang beli untuk kenduri kahwin. Tiba hari raya dan deepavali pula, sampai kena beratur tunggu turn nak beli. Cuma nombor giliran ja belum disediakan :p.

Cek pun dibesarkan dengan duit pasar malam la jugak. Kira ramai sanak saudara semua meniaga. Bermula dari Pekan Rabu hinggalah ke pasar malam. Kena minyak panas ni dah macam rutin. Tu nanti cek cerita di lain entry.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6 comments:

Kei Hiroki said...

kuih ni kalau makan tiap2 ari kompem kencing manis dgn segera..haha =)

yantisa said...

ingatttttt ... aderesem..pananji uruuli ..hahaha

cek chun said...

Itu sudah tentu :))

Solihin Zubir said...

cucuq peneram ni mmg sedap makin time panas2..
tp tak sedap mkn time sejuk.. huhu..

zahidah dihaz said...

air deram?? or penyaram??.... tak berapa minat...


New entry: We Got Married

cek chun said...

Same here ZD, setahun hanya makan sekali :p

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...