terpegun seketika tatkala melihat Nona di tv3 tadi. acara pertunangan yang gilang gemilang. bunga sakura merah jambu bertaburan dilantai dan gah 'tumbuh' di merata dewan. tiga puluh ribu kuntum semuanya. bukan setakat untuk ditabur kuntum-kuntumnya, tetapi sudah dijadikan hamparan sakura. cantiknya lahaii..
sekali pandang, laksana upacara perkahwinan. betuah badan. itu baru pertunangan. tentu makin hebat tatkala perkahwinan yang bakal menjelma setahun dari sekarang.
hantaran bertukar tangan yang berupa tepak sirih dan manisan macaron yang digubah bak sirih junjung. sekotak besar coklat gordiva yang pastinya sudah mencecah ribuan ringgit. kek berfondant cantik. semuanya digubah dengan teliti dan menawan.
majlis yang gilang -gemilang di adakan di hotel shangri la. se gah tempat yang dipilih. begitu juga hiasan dalamannya. digarab hebat oleh Nas, kalau tak silap cek chun, pengubah tersohor yang sudah mencipta nama di luar negara.
bertuahnya mereka.
2 comments:
awat xamik pic.terlepas nk tgk td huhu :(
mu tunggu la jelita or wanita. saheh ada pic kat sana 2-3 bulan lgi
Post a Comment