Saturday, April 16, 2011

cek chun's book club.. cuma tak se gah oprah punya jer

dulu sebelum dikenalkan dengan internet, buku la peneman cek chun. tak makan pun takpa. janji dapat habiskan buku tersebut. baca buku dari pagi sampai malam tu dah selalu terjadi. kadang-kadang berlanjutan sampai ke pagi. cerita best. payah benar nak letak balik buku tu dan tidur. kang termimpi pulak ending nya. tak ke payah!

dan perangai ni bermula dari tarikh cek boleh membaca lagi. tentulah pada zaman tadika dulu. bila masuk sekolah rendah, cikgu buat pertandingan membaca. masa tu lah pulun tak ingat. cikgu kata ada hadiah best. boleh masuk untuk buku BM dan BI. pastu kepala otak cek yang teror ini pun berpikir la dengan ligatnya. baik ambil buku BI, sure orang tak ramai join.

maka bacalah buku cerpen siang malam. dapatlah dekat seratus juga la tahun tu. bila depa announce the winner, hadiah cek cuma piala kecik. yang dapat piala besar tu yang baca novel BI tu. ada la 40 buku dia baca. demm. awat teacher tak habaq awai-awai. kalau tak, mesti cek pulun baca novel. bengang tak tau nak habaq ler. kena plak piala besar tu boleh bawak balik ke rumah. normally piala macam tu buat piala pusingan jer. simpan kat rumah seminggu, pastu hantar ke sekolah balik. 


besar ni lah piala tu, tak ke hangin gua..haishhhh..
padan muka. kata teror sangat. kekekekeh.. budak lagi weh. bukannya reti apa time tu. start time tu la cek dah fall in luv dengan buku. tak kisah la buku apa. suratkhabar lama pun jadi. janji benda yang boleh di baca. dalam toilet pun kena baca something. dah tu takkan nak tengok benda tu kot. tak kuasa cek aih. baik baca paper lama.

pernah menagis teresak-esak sebab abah tak kasi beli buku rujukan, cukup la dengan buku teks tu kata abah. petang tu jugak dia kena bawak anak dia pi pesta buku. bukan sebab dia kesian tengok anak dia menagis. cek rasa telinga dia tak tahan dengar leteran mak. masa tu cek baru darjah 6. padan la abah malas nak melayan. tapi sekali lagi diingatkan, cek masih budak. bukan reti apa pun. tau nak benda je.

dan ada satu cerita tv ni yang cek tak boleh lupa. yang cek ingat ada kisah pasal coklat, budak miskin dan coklat everywhere. kenapa benda yang satu ni sangat terlekat kat kepala, sampai sekarang cek tak tau. cek bukan minat coklat sangat pun. boleh layan Bounty dan Ritter Sport je. tu pun kalau ada kacang dalamnya.

selang beberapa tahun kemudian, baru cek tau yang cerita yang cek dok ingat dari kecik tu rupanya Charlie and The Chocholate Factory hasil tulisan Roald Dahl. buku ni dah berada di pasaran dari 1964. bila baca jer, terus i fall in love. suka sungguh dengan gaya bahasa Roald. wicked bak kata jamie oliver. apa tak nya, kilang coklat dalam cerita ni sungguh la gah. kenapa kilang coklat ni paling hebat kat dunia? nanti la cek cerita.

bila dah bekerja ni, boleh la beli buku yang dihajati. dulu cek cuma bertapa kat library. pantang cuti, disitu la cek ada. naik motor ke pekan alor star, senang sikit nak rempit dan parking. pinjam buku pun guna kad library sepupu. dua tiga jam kemudian, baru rempit balik semula ke rumah. boleh dikatakan hari-hari juga la time cuti semester tu. baca buku dato Lat, pastu gelak sorang-sorang. baca buku pasal ufo, dahi sampai kerut-kerut. nak percaya ke tak ni.

sebab buku jugaklah cek kenai dengan sorang uncle kat bazar chowrasta. tiap bulan dok pi jengok dia dalam kedai yang sempit tu. tokei buku sekenhen. kadang-kadang dapat buku baru dengan harga secondhand. tak ke best tu. kalau kat alor star pula, cek kenai dengan maknya (makcik cina)  moden ni. Reader Digest tahun lepas dia jual dua hengget saja. memang berbaloi weh.

lepas ni cek buat review sikit pasal buku-buku yang ada dalam simpanan ni. tak la banyak mana pun. boleh la buat mengisi masa lapang tu. dari buku kanak-kanak roald dahl, jk rowling sampai ke buku masakan nigella dan oliver.


pictha: http://wb9.itrademarket.com

10 comments:

uncle gedek said...

Sekarang gantikan buku tu dengan e-book...!

Charlie and The Chocholate Factory versi Tim Burton tidak mengecewakan...

cek chun said...

the movie version mengecewakan cek la uncle. maybe my expectation was too high. itu pasal suka baca lagi. the imagination can running wild.

NasQ said...

selalu fall in sleep bila baca buku BI... hihohohahauauahu...

Solihin Zubir said...

okla tu kak.. dpt juga piala.. hehehe...
sy pon dlu suka sgt membaca...
kalo dh xde buku sgt, paper lama pon jadi.. haha..

skang ni ngadap internet je..
dh jrg ngadap buku.. hehehe..

cek chun said...

@Nasriq hehehe.. cek baca buku ni pun sebab nak improve english. kadang-kadang kamus dok tepi :p

cek chun said...

@Solihin Zubir tulah, habis semua masa dok ngadap tenet jer. buku pun dah berabuk. hehe.. pasni kena cari masa ngadap buku lak, sian kat buku2 tuh

cek chun said...
This comment has been removed by the author.
cek chun said...
This comment has been removed by the author.
Prettyvrach said...

bagusnye cek cun, bangga ML baca. Sebab ML tak rajin bace buku. Sebab dari zaman sekolah sampaila sekrang kepale ML stuck dengan buku-buku sekolah je. So, novel ke ape ke memang susah nak habis. Kecuali kalau memang betul-betul teringin nak bace. Yang lain tu, memang berdebu saje~ hihihi...Nanti kongsi-kongsi la na buku-buku yang best ^__^. Cek cun orang kedah ka? ML pun orang kedah. Lahir dekat pusat pakar utara.=)

cek chun said...

@miszlullaby patut la pandai, rajin baca buku skolah rupanya. buku cek baca biasa2 jer.tak yah pikir punya buku nih.

ai orang alor staq, penah keja kat PPU tu setahun tau, as a dispenser. rindu la plak nak jumpa pharmacist kat sana.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...