Sunday, December 19, 2010

dari biru ke kuning

seronok pula dah boleh blog walking nih. kena pula dengan line broadband yang sangat lah hebat. apa tak nya, tiang dekat dengan jalan depan tu je. betul-betul depan sekolah. radiasi? rasanya rumput kat skolah depan tu yang banyak dok serap. 

mula-mula bertukar dari orang biru ke orang kuning, cek dah excited gila. apa tak nya, dekat setahun cek bertahan dengan orang biru itu. dengan coverage yang kadang-kadang ada macam biskut chipsmore, cek memang lah seorang yang setia. setia walaupun padahnya cek juga yang kena. nak tengok you tube pon payah. tersangkut-sangkut macam enjin motorbot yang dah nak habis diesel.

 ramai kawan dah bertukar. ramai dah bagi A+, tapi cek tetap setia. to me, datanglah apa jua, yang biru tetap dihati. dari mula $68 hinggalah cek tukar ke RM50 sebulan, biru juga tetap jadi pilihan. macam mana dapat $50 ni? ohhh.. guna ic sepupu yang baik hati. maka dapatlah diskaun untuk budak Uni :-p.

bila modem dah jahanam, baru cek ke PC fair di Pisa. di booth biru, cek check coverage di kampung, memang sipi-sipi dalam lingkungan 3G. patutlah malap je kalau bertenet di sana. pergi pula ke booth kuning, huh..line klear nih. cantikk.maka servis pun bertukar tangan.

 macam mana modem boleh rosak? huhh. pendek je ceritanya. orang utara kata loqlaq. rentap modem sampai terkeluar dari casingnya.

cc: dari pagi dok jenguk balik kawan-kawan yang datang berkunjung.

4 comments:

eelobor said...

tukar ke wimax.....best

cek chun said...

tak leh gak. kawasan gunung ganang nih

Kelab Kembar Malaysia said...

macam mana serbis orang kuning ok ka?

cek chun said...

perhhh. takde tersedak dah. dalam 10hari tetiba dah cukup 3Gb dah. agak gila. ingat dah cukup la kuota tu. ni walaupun slow, tapi stil cun lagi. puas ati ler

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...