Wednesday, December 15, 2010

ronda ronda alor star


 cek memang kaki berjalan. kalau tak, mesti rasa tak sedap badan. setahun sekali pun dah cukup. untuk legakan stress kerja dan kehidupan. merata alam dah cek jejak. tapi tak lengkap la hidup kalau tempat sendiri pun masih tak habis meronda. macam biasa, rombongan cek chun mesti terdiri dari 4 orang adik beradik ni. kekadang ada adik cek. tapi kali ni, dia dah abah booking untuk tolong meniaga.

hentian pertama di Dataran Tanjung Chali. bersebelahan dengan sungai besar pinggir bandar. dahulu sungai ini boleh di jelajahi dengan bot pelancong. sekarang bayang bot pun dah tak nampak. cuma kelihatan mereka yang aktif dengan sukan kayak dan sekali sekala bot nelayan melintas.

menara ni masih dalam pembinaan. menurut seorang abang yang kebetulan baru selesai menyiapkan kerja, hari ni cuaca baik dan boleh nampak langkawi dari kejauhan. kalau dah sampai sini, tak sah la kalau tak posing kan.

seterusnya ke Taman Jubli Perak atau femesnya dengan Taman Rimba. tempat popular untuk berjongging dan bermain permainan kanak-kanak.



1 comments:

CIK TOM said...

nmpk seronok jalan2..thanks bg moral support kt cik tom..

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...