Wednesday, December 22, 2010

dah sepuluh tahun rupanya

 kami kenal dari 1997. masa masing-masing masih mencari haluan sendiri. memilih satu dari empat jurusan yang diminati. akhirnya kami sekelas. dengan seorang lelaki yang secara vetonya telah dilantik sebagai ketua. dengan kelas sekecil ini, kami selalu gelak gempita bersama-sama. sampaikan duduk rumah sewa kalau boleh nak bersama.

masing-masing laparkan ilmu. mencuba untuk menjadi yang terbaik. sedaya upaya menyerap ajaran yang insyaallah akan dipraktikan di masa hadapan. tempoh tiga tahun setengah untuk kami yang menggunakan modal STPM sangatlah dirasakan singkat. kalau dah hari-hari belajar di sulam dengan gelak ketawa, masa pun tak terasa.

fast forward ke tahun ini, ada yang ke RTM bahagian sukan, ke Karangkraf bahagian majalah dan juga ke suratkhabar. tak kurang juga ke profesyen perguruan.  ada yang bergelar wartawan dan ada juga editor. ada juga PA dan eksekutif dan tentunya ada juga yang bergelar guru.

dan ahad lepas kami berjumpa semula. walaupun hanya bertiga, tapi suami masing-masing  dari batch yang sama. lima orang dah cukup gempita. walaupun facebook merapatkan kami, tapi tetap tak sama macam bersua muka. mereka dah beranak dua. tapi badan tetap maintain jaga. ohh..tetiba rasa macam nak jumpa jer semua.

3 comments:

me.myself.dan.aku said...

macam pantun2 lak....jumpa sambil gelak2...peel masing2 cam zaman dulu jugak.....tak tahu lah camana nak agak...kalau kami semua jadi umah hang tempat lepak....mau makcik sebelah mai dok ketuk tingkap......hehehhee...buat kak mai, tenkiu bebanyak...menu laksa, cok peneram and kek ceklat memang enak....nanti kami mai lagi jangan lupa masak.....

Dang Fatiha Subkylatifputri said...

waaaaaaaahhh..apahal sumer cam berpantun seloka nie?? x blh jadi, nie rs nk cuba wat seloka sendiri..best gilak jumpa2 gini..kalo blh mmg nk selalu ulang lagi..tp apakan daya, masing2 ada komitmen diri..nnt2 kita aturkan jumpa2 gini eyh..x kisah lar mana punn, sbb confirm dh jumpa2 nnt, semua happy..
k.mai..liplapliplap, i lap u...

cek chun said...

liplapliplap tak bleh blah..wakakakah

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...