Wednesday, November 23, 2011

Semak TV

Pepagi buto pun kena

First time berjalan jauh di pagi buto memang mengundang dugaan. Diwaktu orang lain lena diulit intan, kami bergelak tawa dalam kereta. Kalau tak kerna dek urusan, pasti lena tak diganggu.

Perancangannya kami bakal tiba awal pagi. Selaras dengan waktu pejabat dibuka. Sebenarnya nak save budget penginapan juga. al maklumlah, berjalan diwaktu kesempitan ongkos.

pagi buto macam mana tu? how about 3.00 a.m. buto tak? memang kami pulun sunggoh. first time terserempak dengan road block di atas penang bridge. cuma satu laluan dibuka. pulun memasing tarik seat belt belakang :p orang depan tarak hal. memang jenis ikut law punya orang depan tu. orang belakang ni degil sikit, termasuklah aku. heh.

kemudian driver memaklumkan yang dia nak isi minyak di hentian Juru. pumpang-pumpang dok sembang, terlepas hentian tersebut. driver dah berpeluh sakan nak cari stesen minyak. pusing balik kat Juru. padahal ada satu stesen minyak kat tepi jalan Juru tu jer. tapi kalau dah tak biasa, memang tak perasan punya.

sampai di Seberang Jaya, punya la banyak short cut yang diambil. al maklumlah tarak kereta, lori, motosikal semua. nak jadi cerita, elok jer lepas short cut ke jalan yang tak sepatutnya, kami bertembung dengan pak polisi. dok ronda dengan dua motor LC cantik jer suruh kami berhenti.

kumat kamit gak la driver dan co pilot dok bercerita. agak-agak pak polisi nak percaya ka yang kami ni nak pi ke kolumpo sana. last-last driver give up dan suruh jer pak polisi saman. hakhakhak.. dasat tak kawan aku tu? sebenarnya dia ketaq semacam tu. kena lak tanya macam-macam. gelabah la member.

lepas polis ambik ic dan lesen, kena la ceramah seround. tahan je la telinga memasing. ye la. dah buat salah. lagi kau nak lawan ka? angguk angguk.. bebel bebel.. angguk lagi.. dilepaslah kami yang memasing cuba buat muka comel kot-kot berkesan tak kena saman.

si driver terus insaf lepas tu. sebelum tu sempat juga la dia komen yang kalau sekali buat jahat tu, awat terus kena? .. haishhhh..
aku gelak ja. saja tuhan tak mau bagi hang terus buat jahat tu.




Monday, November 21, 2011

Kunyah-kunyah

Benda wajib ada tiap kali mesyuarat.
Pandai yang datang jual, tak perlu bercakap banyak.
Tulis jer RM3, tak sampai sepuluh minit, habis clear.

Kalau time cuti kena datang kerja, memang gini lah caranya. Otak dah kemana. Tapi demi bangsa, digagahi juga.

Thursday, November 3, 2011

Kuah Rojak Mak Bee. FTW!!

Singgah Kompleks Pekan Rabu tak sah la kalau tak beli kuah rojak Mak Bee. Siap berkacang tumbuk, balik kacau sebati dan cicah dengan buah kegemaran.
Rasanya pedas, manis, bisa membuatkan lidah dan telinga berdesing. Bila dah mula, payah pula nak stop nye. Lebih-lebih lagi kalau pekena dengan pelam muda macam dalam gambar ni. Petik kat pokok depan rumah je ni.

1 botol ni reger nya rm4. Kalau beli 3, dapatlah rm10. Ada gerai yang jual rm3 jer. Pandai-pandailah korang cari gerai tu.
*To those that are still in the dark, FTW means For The Winner.

Monday, October 31, 2011

malang tak nampak

Aku pernah tengok a friend pegang tudung periuk buat shield masa goreng ikan.

Aku pernah melompat kesakitan masa minyak meletup terkena kaki takala menggoreng sotong goreng tepung.

Dan aku tak dapat bayangkan bila isi kuali panas tertumpah dan tercurah pada kaki mak. Not the normal size kuali in our kitchen. I'm talking about those gedabak one that you see in pasar malam.

Dah 30 tahun meniaga, ni pertama kali kejadian macam ni berlaku. Alhamdulillah ada abang penjual ayam goreng berhampiran. Disambarnya telur dari peniaga murtabak. Ambil putih telur dan ramas dengan pucuk ubi kayu. sapu kat kaki.

Ambulan datang dan those paramedic basuh dan sapu cream putih. Sejuk kata mak. Tahan di Kecemasan tu sampai 6jam pastu doktor suruh balik berehat. No swollen katanya.

Esoknya baru mengelembung kaki dan jari-jari. Bawa mak semula ke hospital. Dapat injection, doktor suruh hati-hati, jangan sampai pecah kulit tu. Makcik boleh balik rehat kat rumah.

Three days later, kaki mak rasa berat. Pergi klinik kesihatan,
"laaa..awat depa tak buang ayaq bisa ni. Tu yang berat kaki makcik. Meh sini kami buat"
Dekat separuh tapawe aiskrim tu dapat air bisa.

10 hari kemudian, luka dah menanah dan bengkak. mak abah bawa ke hospital semula.
"Kenapa makcik biar lama ni tak mai hospital!!"
Makcik pun apa lagi. habis dia cerita A sampai Z. Doktor yang suruh makcik balik tempoh hari, tunduk diam je time tu.

Maka bermulalah hidup mak dalam wad hospital gomen. Dapat bilik single bed sebab nak elakkan bacteria infection. Ok la ni mak. Kekonon dok private hospital eh.

Mulanya doktor kata kena buat minor operation. Nak buang dead skin yang dah jadi hitam kat kaki. 3 hari juga puasa, sebab op ditangguh.
"Kita bagi orang yang serius masuk dewan bedah dulu ye makcik"

Bila doktor pakar datang, dia cakap tak payah op, cuci saja sampai luka sembuh. Paling siksa time buka dressing tu. Isi terlekat di kain. 7.30am doktor pelatih buka, around 10-11 doktor pakar check, lepas tu baru nurse cuci dan balut.

Mungkin kena stay lima hari lagi kat sini.
Rehat lah ya mak.

Tuesday, October 25, 2011

Monday, October 24, 2011

Cerita tak boleh tidoq

Pernah enak letak kepala kat bantal, kendian tetiba teringat kerja yang belum settle yang perlu disiapkan dengan perfect lagi dua minggu?

Selalu aku boleh padam flashback itu dengan sekelip mata dan lena tidur sampai ke Subuh.

Tapi kali ni apehal ntah. Makin lama difikir makin senak perut aku dibuatnya.
Boleh berjaya ke kali ni?
Harapan yang bukan sikit anak diletak atas kepala bahu.

Nak marah carot pun tak guna. Yang menanggung beban aku jugak. Rasanya dah bahagi kerja seadilnya. Haishhh.. Ntah la...


Sent from my Strawberry® Smartphone

Friday, October 21, 2011

Early morning view

Sent from my Strawberry® Smartphone

Monday, October 17, 2011

macam jalan bapak dia yang punya

pernah dengar perumpamaan yang kalau  orang tu survive memandu kat jalan di Penang ni, maka lempaq lah dia kat mana saja di Malaysia, sohih boleh hidup punya.

dengan ini, aku, cek chun dengan segala penuh hormatnya nak bagitau; TEPAT SEKALI! 

tau tak kenderaan apa yang paling korang kena berhati-hati sekali?
treler kilang?
van kilang?
kereta?
bas kilang?
bas rapid?

tidak.
tidak.
tidak.

its the bloody motorcycles!!!
bila memandu kat Penang ni, mata kau kena double alert kiri, kanan, depan dan belakang. 
nak tengok jalan, kereta depan, pastu motor yang potong kereta tu lagi. 
motor yang potong kita dari belah kiri lagi. 
kang terlanggar lak si mamat tu masuk longkang.

yes, it's happened to me a few years back.
dah cantik bagi signal nak masuk ke kanan.
berhenti la tengah jalan tunggu kenderaan depan clear.
baik punya bang!!!!
kena montot aku weh. 
hadoiiii!! 
si-moron-mamat-motosikal-tak-habis-sekolah-lagi ni sudah landing dalam longkang. 
remuk lampu aku.
amazingly motor dia elok jer boleh jalan.
nak mintak duit?
budak baru tingkatan 4.
nak ada duit apanya.
nak jer aku lempang time tu gak.
bukan kes potong kiri dah ni.
memang dia tak nampak keta aku berhenti ditengah jalan tu. 

berhati-hati lah korang kalau memandu di sini. 

Monday, October 10, 2011

burung marah pujaan

hari-hari hidup aku penuh dengan burung-burung berwarna biru, merah, kuning dan hitam.
dua tiga menjak ni penuh pencil box, sharpener, erasers, bags and rulers bebudak ni with those cute little birds.
semua orang kenal angry birds.
bila ditanya sapa pernah main angry bird, cuma sebahagian saja yang angkat tangan.
rupanya yang lain cuma kenal dari pengaruh kawan-kawan.
angry-bird-cake.jpg (590×394)
http://walyou.com/angry-birds-cake-with-the-whole-clan-of-the-birds-and-pigs/
jangan la kata budak kecik.
haku pun sama. heh.
balik kampung raya lepas, terserempak this shop yang jual semua cute-cute stuff.
homaiiii!!! mata dah juling.
murah la pulok wehhh..


pensel tit-tit cuma 3 batang rm2.
eh jap. hampa tau ka tit-tit tu apa?
ada flush toys, pen, tali telefon, bantal baby pun ada juga.
duit aku je kurang ada masa tu T_T
angry-birds-iphone-cases_1.jpg (650×400)

sebelum tido memang aku dok main menatey ni ler.
konon nak release tension.
last-last aku yang dok hangin sebab tak tera slingshot.
kalau balik kampung pulak, berebut memasing dengan ipod touch tu.
siap kena kasi  time limit.
sorang segame each.
kalau tak, ada la yang tarik muka 16 segi.
2 hari lepas aku jumpa video bawah ni kat facebook.
teror mamat ni slingshot dengan ball.


Thursday, October 6, 2011

setahun sudah berlalu, berasap-asap mereka itu

dah setahun rupanya dok melangut kat blog sana tu.
macam ada semacam magnet yang menarik-narik aku setiap hari.
gaya bahasanya yang ringkas, penuh kelucuan, ayat tak makan saman, caci maki agak bertaburan.
semua tu rempah dan rencah yang menarik aku kepadanya.


tuan blognya sangat aku respek.
perjuangannya rupanya  dah lama.
cuma baru setahun ni jer dia bikin blog sendiri.
baru setahun tapi pageview dah dua juta lebih dah.
ini kalau letak iklan, masyuk oiiii..


tapi dia buat keja ni bukan untuk cari keuntungan apa-apa pun
sebijik iklan pun tadak kat blog tu
semua semata-mata jariah untuk anak bangsa saja
yang masih tak mengenal mana haram mana halal


nak jadi hero macam batman wajibla ada musuh ye dok?
siap ada ugutan bunuh membunuh lagi
maknanya agak tercapai la tu agenda tuan blog
panassss bontot sang musuh sebab duit dah tak masuk hari-hari.
ntah berapa kali dah page facebook kena hacked

kalau korang berminat, boleh la cari dan  like kat page Koleksi Maklumat anti MLM & skim piramid oleh Aidid Muaddib atau Say No To MLM dekat facebook tu.

tahniah doc.
moga makin hebak lagi penangan blog mu.
kasi ganyang depa habis-habisan!!


* ni bukan entry bodek. dia tak baca pun blog aku nih. heh.


Thursday, September 29, 2011

What a translation!

Sent from my BlackBerry

Monday, September 26, 2011

lantak dia la, facebook dia punya

Facebook-Dislike-Button.gif (347×276)

sana sini gebang pasal interface facebook yang baru.
siap bengang dengan Zuckerberg .
bangun-bangun tidur dah tak tau kat mana nak tengok friend list.
lebih teruk ada yang tak jumpa nak update status.
sakit hati bila sejuknya pagi ni, malasnya nak pi kerja tak dapat ditype dek terkial-kial nampak interface yang baru.

nak baca berita penuh, klik kat sini.

laman twitter penuh dengan keluh kesah.
laman facebook jangan cakap la.
facebook dah tukar baru la
duhh!!! macam facebook orang lain tak sama macam dia.

pompang-pompang macam facebook tu dia bayar tiap bulan.
lantak la si Zuckerberg tu nak buat interface lagu mana pun.
guna je la.

facebook dah bertukar rupa.
kita bila nak tukar perangai?
pantang nampak benda pelik sikit, terus nak paste kat wall sendiri jugak.
nak tolong kawan.
bukan ker sharing is caring.

yerrrrrrr..
faham tu.
agak-agak la benda apa yang hendak di share kan.
benda berilmu macam tafsir ayat quran,
hukum hakam agama,
recent news
sangat-sangat la dialu-alukan.
ini tidak.
ntah apa-apa la yang dipaste pun.
checknya idak.

nah!! untuk orang yang suka sangat paste rumours in their facebook.
ambik, baca dan hadam.



tak da kerja si Zuckermen nak charge korang. dah berbilion duit yahudi tu dalam bank.

Saturday, September 24, 2011

Medium, lagi cerita i can see dead people


sejak Cole Sear mengaku yang dia nampak orang mati, habis semua citer paranormal aku minat. kau ingat senang nak nampak orang mati? in daily basis pulak tu. what if yang datang tu jenis comot momot dan rambut macam kak limah? 


korang perasan tak kalau hantu orang putih jer mesti muka lawa. hantu orang melayu manjang buruk. tak kisah la sebelum mati tu dia cantik mengalahkan deborah henry. bila dah mati, rambut mesti jadi macam kak limah. apakah?
heroin dengan anak-anak dan laki 
sekarang kat Fox network ada Medium. citer heroin yang boleh bercakap dengan orang yang dah mati, dan selalu mimpi past or future events. Allison Dubois (Patricia Arquette) yang bekerja dengan DA office, kena la jumpa dengan ramai penjenayah untuk di dakwa. selalunya dia akan mimpi semua benda regarding the event. so expect i-feel-you-when-we-handshake scenes. tapi yang banyaknya dia akan terus mimpi pada malam dia jumpa suspek.

aku baru tau rupanya cerita ni based on a real person. the Allison Dubois rupanya memang pun jadi medium untuk solve banyak kes polis. tapi kesian kan. dah la tolong orang. lepas tu kena feel their pains throughout the case.

siri ni dah premiered dekat Amerika since 2005 dan dah habis pun last January 2011. sempat la bertahan sampai seven seasons. patutla kat Fox sekarang siap tayang hari-hari. dah tu buruk gila, grainy bila tengok kat tv. hadap jugak la sebab dah syiok.

serius aku teringin jadi macam dia.



Wednesday, September 21, 2011

the new addition in the house; muhamad adib muqry

Sent from my BlackBerry

Friday, September 2, 2011

Banyak nak cerita sebenarnya, tapi...

Kalau ikut hati, hari-hari mau hapdet.
Banyak cerita woo cuti-cuti ni.
Tapi mesti korang takmau baca cerita
aku p raya,
aku beli kue,
aku belajar belit shawl kat you tube
Aku tak p raya mana pun,
Aku tolong makan kat gerai mak,
Aku jadi runner gerai,
Aku berulang p tesco extra sampai pak guard pun kenai,

Aku jumpa dua kereta terhumban dalam sungai depan rumah,
Satu sebab kena langgar,
Satu lagi sebab tak reti nak mencuri,
Terus terbabas masuk dalam sungai,
Tu la ko,
Awal lagi tuhan dah balas,
kena lepuk dengan orang ramai lagi,
Last-last kena angkut dengan ambulans.
Aku buat bbq dengan sanak saudara,
tunggu 3jam baru arang tiba.
Arhhhhhh..
Mesti korang tanak baca semua tu,
Tapi apakan daya,
Nak hapdet line internet tak ada.
*gambar jeti kuala kedah, mencari ikan yang tiba-tiba mencanak naik harga lebih dari emas padu.
Sent from my BlackBerry

Friday, August 26, 2011

salam dan duit raya

hari ni memang mood raya dari pagi.
yang seronok tentulah budak-budak ni.
masing-masing tak sabar nak terima duit raya.
tahun ni, rezeki ada lebih sikit.
sampai dua company taja.
seronok la korang yer.
jangan beli mercun udah ler.

lepas rehat, terus bergegar bangunan dengan lagu raya.
takbir raya pun ada.
walaupun cuma 10 saat.
ntah sapa tersilap pasang.
kemudian masing-masing beratur bersalaman sambil terima duit raya.

apesal zaman aku dulu takdo macam ni eh?

Wednesday, August 24, 2011

Infak Ramadhan

Sent from my BlackBerry

Wednesday, August 17, 2011

Near Berbuka

Sent from my BlackBerry

Sunday, August 14, 2011

bufet seri ramadhan


bubur nasi peberet aku yang jaaaaaaarang ada masa bufet ramadan

tau kan feberet past time rakyat malaysia? makan la yeob. setiap hari perlu makan untuk hidup. tak kisah la kalau kau guna motto makan untuk hidup atau hidup untuk makan. yang penting makan tu perlu. dengan negara aman makmur rakyat pelbagai bangsa ni, lagi la choice makanan bertambah. tak cukup dari dalam, luar negara pun ada.


masa ni lah hotel berlumba nak anjurkan bufet ramadan. iklan kat tv, majalah dan suratkhabar penuh dengan gambar lauk pauk. pilih jer nak tema apa. seafood, tradisional, bbq, moroccon, atau thai.  kambing tergolek tu dah kira normal la. bukan bufet  namanya kalau takde kambing golek. harga pun boleh tahan. ye lah. dengan makanan pilihan sampai 100, takkan dia charge rm10 seorang kan. kau agak-agak la. tapi masalahnya, kau mampu ke cukupkan 100 rasa tu in 1 sitting?


my cousin-cousin boleh!! masing-masing berbadan sasa dan tinggi renjong dari aku. tau je la selera bebudak baru meningkat naik nih. semua benda depa boleh sapu. 2-3 tahun kebelakangan ni, kami akan pick 1 fine day, cari hotel yang budget-proof atau dalam erti kata lain MURAH dan duduk berjimba-jimba di sana. hotel yang charge RM30++  tu kira murah la. dorang akan start makan lepas solat magrib dan sedaya upaya rasa tiap masakan yang ada. time ni kena makan secara tertib dan bukan pelahab. kang perut cepat penuh.


lagi satu kena la make sure pelayan yang ada tu angkat pinggan yang dah kosong. ada sekali tu, sebab orang ramai sangat, tak menang tangan pelayan pun. pinggan dah penuh di meja. siap bertindan-tindan. orang meja sebelah dah senyum sumbing. aku macam dah nak letak kepala dalam mangkuk sup.  punya la malu. ni bukan pinggan aku la wei!!


setahun sekali boleh la nak habiskan duit macam ni. tahun ni taktau lagi boleh singgah hotel ke tak. perut dah tak boleh terima makan banyak-banyak. kang membazir duit saja.

Saturday, August 13, 2011

menangani perubahan





MENANGANI Perubahan merupakan koleksi terbaik kertas kerja dan ucapan Anwar Ibrahim sejak 10 tahun lalu dipelbagai majlis dan seminar. Secara umumnya buku ini mengandungi buah fikiran beliau di dalam bidang falsafah hingga ke politik. Setiap topik dibicarakan secara bersepadu dan menyeluruh.


Setiap pidato dan kertas kerja beliau di seminar-seminar sering mengandungi falsafah dan pemikiran para cendikiawan dan para ilmuan lampau. Malah beliau tidak lupa untuk menyelitkan serangkap dua falsafah dan pemikiran ini semasa membentangkan belanjawan negara sewaktu bertugas sebagai Menteri Kewangan dahulu.


Menurut beliau, politik tidak boleh dipisahkan daripada moral, sains dan ketrampilan teknik harus diiringi dengan penghayatan nilai seni dan sastera. Pendekatan ini beliau gunakan dalam hampir keseluruhan bab. Dengan konsep ‘manusia pelbagai dimensi’ untuk menangani cabaran abad ke-21, Anwar membawa pembaca untuk merenung persoalan semasa dan masa depan.


Menurut Anwar, manusia pelbagai dimensi ialah manusia yang dapat menerima perubahan dalam apa jua keadaan. Manusia boleh bersikap pasif atau aktif dalam menerima perubahan. Perubahan adalah hakikat duniawi yang akan berlaku setiap masa.


“Sikap pasif dan mengalah bermakna kita menerima pembaharuan baik dan yang buruk tanpa pilihan wajar. Tiada bezanya sikap ini dengan pendirian jumud yang menerima tradisi dan warisan tanpa tapisan yang saksama.


“Sebaliknya sikap aktif terhadap perubahan bermakna kita menangkis gejala tersebut dengan bijaksana, mengurus dan memberikan haluan yang kita tentukan,” katanya.


Buku setebal 140 halaman ini dibahagikan kepada 12 bab. Selain falsafah dan politik, Anwar turut menyelami bidang pendidikan, kebudayaan, bahasa, dan ekonomi. Kata-kata pujangga dan petikan karya Ibnu Khaldun, Edward Gibbon, Socrates, Gore Vidal, Michael Stanford, Malek Ben Nabi dan lain-lain para ilmuan diselitkan untuk mengukuhkan lagi pandangan beliau.


Beliau turut menggunakan petikan Al-Quran dan hadis, contohnya semasa menegur sikap meminta-minta atau mentaliti subsidi yang tidak sesuai dengan prinsip Islam yang ditunjukkan oleh umat Melayu pada masa sekarang.

Anwar telah mencadangkan konsep pendidikan futuristic semasa menutup Kongres Cendikiawan Melayu Kedua. Menurutnya pendidikan berteraskan masa depan dapat menyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan masyarakat industri atau bentuk struktur sosial yang akan dihadapi oleh generasi akan datang.


Beliau turut mengajak masyarakat agar peka dan memeliti ramalan arus masyarakat dan ekonomi dan seterusnya menyesuaikan sistem pendidikan negara dengan kehendak-kehendak tersebut.

Anwar menyeru kearah membudayakan ilmu. Kelahiran tradisi dan budaya ilmu merupakan prasyarat penting ke arah pembinaan sahsiah yang unggul, pembangunan bahasa yang kuat serta pembinaan tamadun yang tinggi.


Menurutnya, usaha menbina tamadun ilmu memerlukan wujudnya tradisi membaca yang meluas, termasuk karya-karya sastera dan budaya. Beliau turut memperkenalkan hasil karya Allan Vogel, Alfred North Whitehead, Fakhruddin al- Razi, prof Syed Hussein Alatas yang banyak mempengaruhi pemikiran beliau.

Semua khalayak masyarakat boleh mendapat manfaat daripada buku ini. Pembacaannya tidak terbatas kepada para ilmiah dan para pelajar. Sesiapa yang mempunyai keinginan untuk memajukan diri boleh mendapatkan buku ini, selain mengetahui karya-karya agung para ilmuan yang diperkenalkan oleh beliau di dalam menangani perubahan.

Walaupun Anwar telah dipenjarakan dan terlibat dalam pelbagai skandal serta tuduhan, adalah tidak wajar untuk membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap hasil karya beliau. Pemikiran beliau jelas boleh diterima pakai oleh masyarakat Malaysia hari ini.

*tulisan masa zaman uni dulu. nak bodek lecturer :p  daripada hilang macam tu jer, baik tempek kat blog sendiri. 
*buku aku tak tau pi mana dah.
*pic buku kidnap dari sini

Friday, August 12, 2011

sakit jiwa hati lara dibuat kau digi oiii

masuk hari ni cukuplah tiga minggu jumaat Digi telco buat perangai. line yang selalu laju berdesup bak arnab berlari boleh bertukar menjadi kura-kura dalam sekelip mata. pencawang tak jauh dari rumah. haruslah laju bila bersiaran ye dok?


last two weeks, dia dah start buat perangai. bila tanya pada kengkawan, memang dorang pun punya masalah serupa. penat mengadu kat twitter, yer Digi got its own twitter - DiGi_Telco -  untuk sapa-sapa yang nak follow. bila aku mengadu pasal coverage, sikit pun dia tak tercuit nak reply. kasi sarcastic remarks pun tak jalan. bila ada orang puji, bukan main dia retwit. memang dasar!


bila emel pulak, macam-macam pulak cengkadak kena hantar info bagai. tapi memang dorang reply a day after. kira bagus la customer service ni. jadi cara paling mudah, telefon je la. cakap dalam 10 minit, dia suruh reinstall broadband. dok jadi macam tu gak. last-last aku suruh pakat ramai-ramai call digi centre. 

tu cerita lepas. tu pasal blog tak berapdet lama. nak blogwalking pun tak boleh. boleh baca jer tak boleh komen. memang sakit jiwa. ni nyaris nak pi terminate. tetiba semalam coverage clear seperti biasa. 

motif gambar: kau tak puasa ke budak?... iskkkk

Thursday, August 11, 2011

Saturday, August 6, 2011

the kitchen goddess

tengah-tengah hari buto mengadap Nigella Bites, memang lah sangat sengai. kalau tak puasa, no hal la. layan AFC sampai sari suntuk pun takpa. tapi sebab dah minat, aku tahan jer. lagipun kalau tengok gambar makanan dengan bernafsu, kang makruh dibuatnya. kalau nak tau banyak lagi perkara pasal puasa boleh belek blog janji alam nih.

jadi kalau tak tahan tu, jangan la dok belek blog masakan lama-lama. lebih-lebih lagi blog yang hebat fotografinya. ayam masak kicap biasa pun boleh nampak sedap luar biasa. kalau dah kira menitik ayaq lioq tu, baiklah korang klik pangkah jer kat screen tu.
ni namanya mezza knife. peberet nigella untuk hancurkan nuts and herbs 
sebenarnya nak cerita pasai ms nigella lawson yang hebak nih. yang sorang ni memang bisa meruntuh sukma den ler. tengok lah baper kali repeat pun, den totap nak nengok juga. heran tul. lama-lama dok renung sendiri, aku dapat la beberapa konklusi.

  • her talent in cooking. tak payah kalut nak bukak restoran. cukup popular kat siri tv jer dan tulis beberapa buku masakan.
  • her pots and pans. yang ni memang buat aku drooling. senangnya kalau ada semua benda macam tu. nak jugak skillet pan, dutch oven, kitchen aide merah.. ya betul. aku aiming natang ni sebab terpengaruh dengan nigella. bukan sebab mat gebu pun ada satu. heh. 
  • her kitchen gadgets. sampai la tak jumpa nak cari kayu alah buat korek lemon tu. alaaa..yang nak perah air lemon tu.. merata Ikea, Living Quarters, Jusco, Tesco, Sunshine aku cari. ni kalau jumpa kat Giant, memang aku nages. yang lain aku kumpul sikit-sikit. untuk memudahkan kerja la weh. save time maa. kang bosan dok dapur lama-lama.
  • her books. walaupun tak de banyak picthas untuk di drooling, tapi aku ada la satu. jenuh la kalau nak kumpul semua. ni pun pejam mata jer aku beli nih. rm79.90. gigil gak nak bayar. tajuk tu yang tak tahan. How To Be A Domestic Goddess.. perhhh.. sungguh terasa goddessnya. 
  • her sexy bod. need  me to say more? heh. 
  • her choice of words. kalau dah guna 'volaptuous and creamy' just to describe her egg custard, tak ke wicked cool gila. jamie oliver cuma reti sebut 'wicked' jer. 
  • her attics. dia ni messy jugak bila kat dapur. boleh senang-senang jilat jer spoon or laddle. memang tak kisah nyer type. lepas tu makan dengan hebaknya sampai boleh bikin orang drool. tengah malam pun boleh bukak esbok lagi. comei. aku takkkk.. mau aku gemok lagi kalau buat gitu weh. 

    pic source:
    http://img.foodnetwork.com
    http://homecookingrocks.com

    Wednesday, August 3, 2011

    The usual 5mins took half an hour today

    Sent from my BlackBerry

    Sunday, July 31, 2011

    berpuasalah kamu sebelum berbuka puasa


    upin-ipin-puasa-copy.png (450×296)
    selamat berpuasa besok hari!! 
    bulan yang penuh mulia untuk tambah pahala berganda. 
    bukan bermakna bulan lain kau boleh buat apa saja dosa. 
    heh. tu dah salah konsep tu. 

    minggu last ni la kaum hawa sebok ganti puasa.
    minggu last jugaklah yang bekerja sebokkkk nak buat potluck bagai. 
    minggu last jugaklah ada yang sanggup merata ukur jalan cari peberet food depa. 
    semua nak buat last minit. 

    moga semua yang pulun buat last minit tu, kita tukar pulun sambut ramadhan pula. 
    teringat  wardina safiyyah dalam twitternya;
    I'm going to celebrate Ramadhan with balloon and posters and drawing of the kids. 
    bijak dia mengajar anak. 


    sumber pic: hellomynameislysamicmicy.blogspot.com

    Friday, July 29, 2011

    berkurun lama bersawang rasa























    hebak tak judul?
    agak-agak baca tajuk jer, korang nak beli tak buku aku tu?
    heh...

    sebenaunya blog ni yang dah bersawang dan bersarang.
    kalau bz lebih dari menteri, gini la padahnya.
    bz lebih dari emak yang beranak sepuluh.

    dah habis satu projek, datang pula projek yang lain.
    aku dah hilang punca apa sebenaqnya keja aku nih.
    serius, kekadang aku dok pikir jugak.
    yang ruginya tentulah budak-budak tu.
    goshh.. mak kamu ni cuma ada dua tangan wahai anak-anakku.
    lepas ni kita pulun habis-habisan.

    hohboii.. fedap aku nak aplod pictha nih. DG macam gamp dua hari dah.

    Wednesday, July 13, 2011

    Wordless wednesday

    Sent from my BlackBerry

    Sunday, July 10, 2011

    My version of Bersih 2.0

    Sent from my BlackBerry

    Friday, July 8, 2011

    my hamtaro


    thanks to Bomoh Hujan, now i am a proud owner tu a pair of hamster. kalau hari-hari kena bakar dengan gambar menatey ni yang cute dan miut, tak ker kau terliyoq? angan tu memang dah lama. cuma tak kesampaian. nanti busuk ke rumah? mampoih ke idak natey ni kang? boleh ke aku bela? 
    aaaahhhhh.. kalau dok pikir gitu, sampai bila nak settle. bela dulu baru tau maaa..

    sebenarnya nak cari ikan guppy. suka nau tengok ekor yang kembang dan kiut kecik tu. sampai je kedai pets ( banyak hokay aku skodeng kedai, nak cari yang murah punya pasai) ikan dalam akuarium lah yang ku tuju dulu. bawak bebudak ni sama, rambang mata nak pilih yang mana satu. semua nakkkkkkkkkkkk!!!!! 

    pastu baru terpikir, kang kalau coti lelama, sapa mau kasi makan maaa? nak angkut balik kampung ker. ohh cannot. so the best way is to have a pet hamster. senang angkut ke sini sana. benda yang perlu ada untuk menatey ni hidup dengan senang lenang ialah;
    • sangkar, tinggi pun takpa, kalau boleh lagi banyak mainan dalam tu, lagi syiok dia menari dan melompat. tengok kat kedai tu, harga dari rm20 to hundreds. the more the merrier the money. 
    • habuk kayu, tukar seminggu sekali. habuk ni serap tayik. so no bau. nais :) rm7
    • food pellet hamster ni berupa kuaci dan apantah. rupa macam fish pallet gak. rm 6
    • botoi air yang mahai kalahkan tuppaware lagi. kecik molek jer dah rm5. nanti dia dahaga, hisap kat botoi tu ler. 
    maka bermulalah episod nengok hamtaro ni bermain-main. syiok woo.. nak pegang pun payah. rempit bukan main laju. gambar ni pun guna kamera henpon jer. bendanya kecik jer. ada la half of my palm. patut aku beli yang besar sikit ler. maknya cinapek tu cakap, hamster jenis ni akan besar sikit jer. 

    menatey ni keje dia tido and makan je la. pastu main dalam sangkar dia yang hebak nih. ada benda pusing-pusing dan gelongsor tu hah. sampai tido pun nak dalam gelongsor ye kau Ben. perhhh.. siap ada nama. padahal bukan aku tau pun jantan ke tino. wakah. 

     tapi malangnya si Ben dah mampuih. memang masa beli dia asyik tido jer. rupanya sakit ler. yang sekor lagi rancak jer berlari melompat. rupanya ajal tak panjang. sekarang aku lak yang penin pikiaq nak beli kat mana ler sekor lagi. sian lak tadak sapa dia nak rempit bersama. ehh..yang sekoq ni lupa letak nama ler. 
    Pen? 
    Mem?
    Ten?
    Lens? 
    Nen?



    Sunday, July 3, 2011

    bahana banyak sangat tengok tv

    Dalam kereta lepas keluar dari pet shop.

    Kakak (19 yrs old): kak Atin chup nak letak nama Tuck arr. Hampa tak boleh ikut kak atin.

    Girl (6): ooohhh mana aci. Dillah pun nak wonderpets jugakkkkk.

    Kakak (19): no way. Dah chup dulu.

    Girl (6): oklahhh.. Dillah letak nama Ustat Amirul.

    Boy (8): yang cek punya tu nama dia Yusof............................Yusof Taiyob.

    Bwahaha.. Masa ni tak tahan dah. Aku bantai gelak kaw-kaw dengan Atin. Budak-budak tu terpinga-pinga. Sungguh inesen korang eh.

    Sent from my BlackBerry

    Friday, July 1, 2011

    my heart says thank you

     to Nabila, these little chocholate were so yummeh. dont even know such things existed. the brown wrapper is milk chocolate while the white one has coconut with white chocolate. super yummeh. those are  from forero roche.
    to nabila's mummy aka kak ija,
    this is super nice. love the colour, love the tassel. love everything about it. thanks to Amirah for choosing this for auntie. nak harapkan beli sendiri, pakai idak ler. tengok ajer la dekat butik tu. thank you soooooo much babe.
    to dekna beb,
    wohaa!! lepas ni pulun mengukus semua benda. badan pun jadi selim melim. tak payah kalut nak makan herbalife tu. wat rosak badan jer. paling tak boleh blah ayat dekna,  nanti hang masak apa-apa, jangan lupa la kasi aku sepinggan.. adessss.

    Wednesday, June 22, 2011

    wordless wednesday

    apehal tak bleh aplod pic nih???
    kan dah tak jadi wordless entry aku nih.
    grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...............

    Tuesday, June 21, 2011

    tua day

    its my birthday people!!!!

    okeh, sudah tua dengan jayanya.
    dah boleh dapat apa yang hati nak.
    walau terpaksa berdikit berhempas pulas pada mulanya
    bermula dari ipod to nikon to macaron
    to bags, shoes, mac, clinique
    oh kalau ikut hati memang orang kata mati

    dah boleh buat apa saja.
    dah dapat kebebasan walaupun tak maksima.
    dah boleh. dah boleh.
    actually dah lama boleh dah semua tu.
    hahaha.

    to my mak yang bertungkus lumus meneran, mengepush dan screaming on top of her lungs,
    pada hari ini _ _ tahun yang lampau
    its your day actually
    pada abah yang sanggup buang CHE di depan nama cek tu
    i'm still your anak abah walaupun nama kita dah tak berbunyi sama seperti yang tok wan idam-idamkan.
    pada tok bidan yang menyambut cek dengan jayanya
    thank you tak terhingga
    mujoq takdak komplikasi apa-apa pada anak sulung pasangan itu.

    pada sedara mara, kawan-kawan yang wish, call, kasi gifts
    thank you
    terima kasih
    lebiu lebiu lebiu


    pic : http://thefoodphilosophy.blogspot.com

    Saturday, June 18, 2011

    another blog??

    DSC_1347 by cek chun
    DSC_1347, a photo by cek chun on Flickr.
    cek dah ada Flickr album. baru je try kelmarin. campur ni kira dah ada 3 benda nak kena update selalu kat alam maya nih. chaiyok cek chun. pulun sampai urat tangan kejang. tapi kekadang tu tak terdaya jugak nak update semua benda. nak blog walking lagi. dah sebab minat, i'll try my best. bz bukan lah alasan. chewahhh...

    gambar moss ni cek chun aplod sebab terkena tempias gadis bunga. gambar dia tak pernahnya tak cun. haishhhhh.. manjang telan ayaq lioq bila singgah blog dia. bukan sebab lapar tapi sebab picthas lawa-lawa seh. takpa cek chun. lepas ni pulun menembak sampai tak henggat duniya lak.

    Thursday, June 16, 2011

    boleh tolong hackkan blog MLMers tak?

    PETALING JAYA: The www.malaysia.gov.my portal targeted for attack at 3.30am today by a foreign-based hacker group has been offline since midnight. Several other Malaysian Government websites are also offline.
    Speculation is rife on blogs and Twitter, the micro-blogging site, with some believing that the hacker group that calls itself Anonymous has launched a distributed denial-of-service attack on the websites.
    Others, however, seem equally sure that local authorities have unplugged the servers of these sites, either in an attempt to spoil Anonymous' plan, or to buy more time for website security to be upgraded before putting the sites back online.
    Securitynewsdaily.com posted that the malaysia.gov.my website became unresponsive around midnight, most likely due to a denial-of-service attack.
    This method of attack involves bombarding the website with an ever increasing amount of requests that it eventually becomes unable to handle all the queries and crashes.
    On Twitter, some said they don't believe it was due to plug-pulling, while others stated that it was. One person tweeted that he received e-mail messages advising him to switch off servers, but did not provide more details when contacted through Twitter.
    The other government websites that were offline includewww.parlimen.gov.mywww.rmp.gov.my (Royal Malaysian Police),www.treasury.gov.my (Ministry of Finance), and www.mocat.gov.my(Ministry of Culture, Arts and Tourism).
    But the Parliament, Treasury and Police websites came back up before 9am.
    Among the unaffected are the websites belonging to the Ministry of Defence, Department of Islamic Development, the Election Commission, and Tourism Malaysia.
    Anonymous had threatened to hack the malaysia.gov.my portal to protest against the Malaysian Government's censorship of the Internet, movies and TV shows. And because Malaysia had banned and called for the blocking of 10 filesharing sites. These sites were among the most visited by Malaysians to illegally download movies.
     the star online

    sapa punya angkara: 

    motif: gomen banned 10 website untuk download free software n movies.
    alasan gomen: perbuatan ni melanggar akta hak cipta 1987. jadi salah la kalau donlod pree.
    alasan dragon force: do not block us from freedom from using internet!

    apa jadi bila dah kena hacked:

    blog biasa ---->
    klik disini  kalau nak tengok in action. siap ada lagu.

    blog gomen -------->

    siap ada pesanan khidmat masyarakat lagi.. hehehe..

    wei.. hampa takmau tolong hack blog MLMers ka?

    source:
    the star online
    http://www.zulkbo.com

    Wednesday, June 15, 2011

    Tuesday, June 14, 2011

    asam garam gula & kopi


    life is like a box of chocolate. you never know what  you're gonna get. itu falsafah mak si Forrest Gump. you know, askar yang duduk kat Amerika tu. kalau mak kat Malaysia pulak, dia kata, hidup ni penuh asam garam. ada masa penuh masam, masin, manis dan pedas. tak lengkapla hidup kalau tak merasa semua tu. its the flavour that make your life complete. yer, mak cek teror speaking amerika. 

    dah bila tiba time nak berdua, bertambahlah lagi asam garamnya. kali ni kena tambah gula dan kopi pula. ada manis, ada pahit. ada masa putih, ada masa hitam. dari selesa hidup seorang, kini nak menjadi dua. berkongsi makan pakai, tidur bantal. dari masa berkenalan, bercinta lalu berumahtangga, macam-macam flavour dok ada. hanya yang hebat dapat meneruskan perjalanan hingga ke akhir hayat. insyaallah, kalau dipanjang umur dan usia rumahtangga. 

    buku Abd Jalil Ali ni mengandungi rencana yang ditulis beliau di dalam kolum di majalah Seri Dewi & Keluarga. ada kisah beliau sendiri dan ada juga dari pemerhatian. banyak kisah yang kelakar dan penuh pengajaran. cek mula kenal pun dari majalah Keluarga. belek kolum beliau dan after that i'm hooked. bila jumpa je buku ni, terus grab dan sengih sorang-sorang baca. its not just me tau. ada kawan (kak sal) yang dah kawen masih boleh lagi sengih sorang-sorang bila baca. tambah la cek yang single mingle nih. waaaa.. tak sabo lak wa nak kawen. dang!  

    buku ni jugak menjadi peberet cek untuk dipresentkan kepada sahabat yang baru berkahwin. nak cun lagi, kasi kat sahabat lelaki. so that they can treat their wife properly. hohohoho.. my boy friend tu siap baca sampai lunyai woo ini buku. hearing that coming from him, buat cek rasa kembang kucup. dia pun sengeh sorang-sorang baca. hopefully bini mu dapat la habuan yang baik lepas tu. 

    malangnya aihh tak dapat nak salin quote yang cun dari buku tuh. buku hilang!!!!!! tak tau sapa pinjam. adesssss... dah tu kau review pebenda kalau takde buku cek chun oiii? ni based on my ingat-ingat lupa memory, my new KOPI O TANPA GULA book, and my friend's testimoni (bwahahaha,,ni kalau aidid muaddib baca, mesti dia sepuk aku, testimoni palajad..) 

    buku ni murah saja beb. tiga belas hengget. nak cun lagi, gi beli kat Popular. dapat diskaun kalau guna kad Popular tu. kalau tadak duit sangat, suruh kawan belikan buat wedding present. 

    Sunday, June 12, 2011

    great voice + poor = stardom

    this video remind me of Paul Potts of British Got Talent. what is it with opera that can bring tears to everyone who listen to it? beats me.
    but Paul Potts win hand down. still had the goosebumps like the first time I watch his video.

    Saturday, June 11, 2011

    Baik-baik sayang

    * teringat sahabat yang dulunya tidur sekatil dan berkongsi bantal juga rahsia. Kemana saja berdua.
    Badai datang tak sapa yang menduga. Akhirnya sang sahabat membawa diri ke sana.


    * teringat sahabat yang dulunya setia mendengar keluh kesah.
    Tiap malam bergurau mengata sesama kita.
    Ada saja benda yang nak dicerita. Merajuk memujuk dah perkara biasa.
    Tiap malam nanar juga kalau tak dengar suara.
    Akhirnya sepi membawa diri juga.


    Kepada mereka
    Moga baik-baik sayang.
    Walau dimana kamu berada.
    Diri ini tetap tak lupa.

    Sent from my BlackBerry

    Saturday, June 4, 2011

    Sirih pinang dimakan tuan

    Cek chun kat tempat kenduri ni.
    Terpandang setalam sirih pinang untuk dijamu pada tetamu yang datang.
    Bukan takat sirih, rokok daun dan tembakau pun ada.
    Ni dah soheh untuk golongan lama la ni.
    Sambil-sambil buat kerja, leka mengunyah sirih.

    Lama dah tak mengacip pinang ni.
    Saja test power.
    Teror lagi nampaknya :p.
    Dulu-dulu cek chun layan gak sirih yang siap digobek.
    Tumbuk sampai hancur sebati, terus masuk dalam mulut je.
    Bolehla makan sesudu teh tu.
    Makan banyak-banyak mau mabuk jadinya.

    Ni cek chun nak tunjuk cara makan sirih yang stylo punya.
    Kalau lepas ke dalam tekak sehelai ni, memang tabik spring la kat hampa.
    Letak secalit kapur, sedikit gambir dan beberapa hirisan nipis pinang tadi.
    Balut cun cun pastu ngap.
    Masa ni lah nanti akan keluar air sirih merah menyala tu.
    Sebenarnya air liur tuan badan tu.
    Kena diludah buang.
    Macam padayappa buat tu.


    Sent from my BlackBerry

    notis pendek saja

    semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

    gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...