ni sambungan dari entry pagi tadi. setelah angin berkurangan, cek chun dengan sopannya menelifon lagi biru punya call centre. kali ni guna handphone kedua cek chun. ntah macam mana, tetiba ada kredit pula. setelah menunggu, mendengar arahan dan menekan nombor 2,3, dan 0, maka dapatlah bersembang dengan orang di sana.
kali ni, tetap dengan adik manis. setelah semua info diberi siap dengan nombor telefon, maka disuruh nya cek chun menunggu sambil dia buat semakan. korang tau tak kalau nak top up kredit dekat orang tersayang, awak cuma perlu sms rm10 send 013456789? eh.. betul ke info ni :-p kalau tak percaya, boleh call 1111 dan dengar arahan sekarang.
setelah 3 minit, adik manis dengan cun nya memberitah;
-ni bukan masalah hp cik, coverage problem ni. cek cuba check lagi dari masa ke semasa. memang bukan masalah hp.
- habis tu kenapa tadi saya call, dia suroh call balik guna hp lain? kenapa dia tak check macam awak check ni?
- dia mungkin nak check setting hp cik tu.
- check my foot!!
p/s - ayat last tu cuma diucap dalam hati.
0 comments:
Post a Comment