Thursday, December 9, 2010

Sein & Nana - contoh penyelesaian yang baik

mStar Online : Sein & Nana Cerai Talak Satu

ramai yang kata rancangan tu ada badinya. sorang-sorang cerai. tapi kalau dah tak sefahaman, macam mana mau diteruskan kehidupan itu.
mahu kah bertekak setiap hari di depan anak-anak?
mahukah terus-terusan tidur berasingan?
mahukah bermasam muka setiap kali bertemu?
mahukah melihat anak-anak memendam rasa melihat ayah bonda nya bergaduh?

perceraian berlaku di mana-mana. artis, orang biasa, dato' hatta datuk tiada gigi sekalipun. cuma bila melibatkan golongan terkenal, yang hari-hari kita nampak di kaca tv dan majalah, maka perceraian menjadi berita yang besar. sama besarnya dengan majlis perkahwinan mereka. tapi itulah yang perlu mereka hadapi kalau dah jadi terkenal.

yang cek nak cerita ni pasal penyelesaian yang depa ambil. bergilir-gilir menjaga anak dan bagi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak. jarang kita dengar golongan artis yang membuat penyelesaian dengan baik. yang selalu kita baca - tak bayar nafkah, tak bagi belanja anak dan yang lagi teruk, bayar duit hantaran tak habis! itu cerita golongan artis. macam mana pula dengan orang biasa-biasa macam kita?

harap-harap kita boleh ambil pengajaran dari kisah mereka. ingat! anak-anaklah yang paling menjadi mangsa jika perceraian berlaku. ibu mungkin mendapat suami baru. ayah juga mungkin mendapat isteri lain. tapi bagi sang anak, itu lah satu-satunya ayah atau ibu kandung mereka.

1 comments:

azzey said...

Cek Chun: Yelah klu berlaku perpisahan sekalipun biarlah berlaku secara baik..:)

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...