Monday, April 18, 2011

Charlie and The Chocolate Factory

published in 2001, the first edition published in 1964
buku ni lah bermulanya jatuh cinta pandang pertama dengan Roald Dahl. sebenarnya berkenalan secara tak langsung. masa kecik-kecik tak ingat umur berapa, ada tengok cerita kat tv. kisah budak miskin dalam kilang coklat. cerita hitam putih ke kaler pun dah tak sure. fast forward many years afterward, cek jumpa lah sumber ceritanya. rupanya di adaptasi dari buku.

 yang buat teringat sangat tu, sebab kilang coklat tu la. besar dan hebat. ada sungai yang mengalir dengan coklat. nak minum cedok jer dengan mug. tak ker gah gila.

kisahnya si Charlie Bucket yang sopan dan dengar cakap orang tua. tinggal dengan parents dan 2 grandparents. dekat tempatnya ada kilang coklat paling hebat kat dunia milik Mr. Willy Wonka. orang yang bekerja kilang  pula digelar oompa lampa. depa ni suka menyanyi, siap ada rhyme tu.

si Charlie ni punya la miskin, nak tidur pun kena share katil dengan 4 orang grandparents ni. kira kalau dapat makan coklat ni, macam kita makan kat TGI or Chilis le. mahai seh. tak mampu. setahun sekali masa besday jer dia dapat makan, kira hadiah dari parents and his grandparents. dah la tiap hari jenuh dok tahan nafas dok bau coklat. ye lah, dah kilang  dekat rumah je. 

semua orang teringin gila nak masuk dalam kilang ni. apa taknya, semua coklat mr wonka memang melotup. ada  wonka's whipple scrumptious fudgemellow delight, ada marshmellows that taste of violet, rich caramels that change colours every ten seconds, chewing gum that never lose its taste, lovely blue birds's eggs with black spots thats getting smaller and smaller when u sucked them until suddenly a tiny little pink sugary bird appear on your tongue. aisehhh.. meleleh dah tulis ni pun.

one day, Wonka buat tour untuk 5 orang bertuah yang menang golden tiket dalam coklatnya. Charlie jadi salah sorang pemenangnya. kira semasa tour tu, macam-macam kejadian berlaku dekat budak-budak yang tamak, tak dengar cakap, tak ikut arahan si Wonka. last-last tinggal je hero kita si Charlie ni. ending buku ni lagi sempoi, Charlie dapat kilang sekali as present. see... memang berbaloi tau jadi budak baik.
the scene from tim burton's movie
yang paling best dalam buku ni, mestilah bahasa yang digunakan.
he's crazy! he's balmy! he's screwy! he's batty! he's dippy! he's dotty! he's daffy! he's goofy! he's beany! he's buggy! he's wacky! he's loony!
tengok brapa banyak perkataan boleh digunakan to describe a crazy person. walaupun setengah tu takde makna pun, tapi masih menarik dan cool.


dan bila depa dok war-warkan yang movie akan ditayangkan, cek lah orang pertama yang tak sabar nak melihatnya. tapi bila keluar dari cinema, ralat semacam jer.  kenapa impact tak cukup kuat ar. padahal si Johny Depp tu dah teror dah as Willy Wonka. rasanya kilang tu tak se gah yang cek imagine. tu lah kelebihan membaca, your imagination can running wild. no amount of movie or tv can top that.

pic: http://charlieandthechocolatefactorytickets.com
http://dailycontributor.com

14 comments:

uncle gedek said...

Mungkin uncle peminat Tim Burton...

Sebab tu uncle suka versi movie yg ni...

Tim sangan 'komik'!

Unknown said...

tgk movie lagi best sbb johnny deep yg berlakon..huhu

iniialahaku said...

wily wonka...wily wonka...haha..lyan kot cte ni

gadisBunga™ said...

cek chun sangat susah nak dipuaskan. ekekekek!!!!

RYOVZHVR said...

wallaweyy..jenguk sini terus folow.dah cuba masak sayur peria blackpepper??huhu

cek chun said...

@gedek! don't get me wrong uncle. tim is ohsem. who can forget his great batman, scissorhands and alice in wonderland.

blame it to my high expectation. baca buku tu sebelum mumayiz lagi sampai dah besar macam ni, heck.. what do you expect? :p

cek chun said...

@MataHati @ MH well, depp memang gila dalam tu. hilang habis hensem gara-gara he's into the characters. tu baru pelakon sejati kan?

cek chun said...

@iniialahaku anything with Roald Dahl memang cek pun layan

cek chun said...

@gadisBunga kekekekekeh..u nihhh..tak seswai tau kata kat cek gitu. just this one only. bab lain i puas :p

cek chun said...

@Ryo Azhar Rahza hai. welcome. belum maa.. tunggu nak beli daging dulu. nanti masak i letak kat maifood. siap link ke ur blog :) tungguuuu

Solihin Zubir said...

alangkah indahnya kalau btul2 wujud kat dunia nyata..
gemok sy dibuatnya.. hahaha...

Rose said...

Yup, my first Roald Dahl book gak, masa tu darjah 5. Mmg leleh ayaq liuq, suka part chewing gum yg boleh rasa three course meals. Yum! Time oompa loompas nyanyi pun best. I totally agree with u, the movie does not reach my expectations, especially the oompa loompas.

Hang dah baca Witches tak? Best gak sebab dia describe witches in disguise : mesti pakai gloves (sebab tangan cam claws) mesti slalu garu kepala (sebab actually witches tu botak kena pakai wig), air liuq kaler biru...Mmg best, lawak la Roald Dahl. I dok kumpul sebab kat sini kalau pergi carboot sale, boleh dapat murah, kadang2 dlm 20 pence pun leh dapat...

Masuk syllabus ke cerita Roald Dahl? Sure bebudak enjoy kan, utk train baca buku English...

cek chun said...

lihin,
kalau betul ker, pakat-pakat chubby la kita dik.

cek chun said...

rose,
takde dalam silibus ler. tapi ada gak la dok cerita kat budak-budak. suruh dorang baca kat library.

wiches ada ni. dok tengah kumpul merata. kalau u beli kat car boot sale, i plak kat kedai secondhand book :)

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...