Friday, August 26, 2011

salam dan duit raya

hari ni memang mood raya dari pagi.
yang seronok tentulah budak-budak ni.
masing-masing tak sabar nak terima duit raya.
tahun ni, rezeki ada lebih sikit.
sampai dua company taja.
seronok la korang yer.
jangan beli mercun udah ler.

lepas rehat, terus bergegar bangunan dengan lagu raya.
takbir raya pun ada.
walaupun cuma 10 saat.
ntah sapa tersilap pasang.
kemudian masing-masing beratur bersalaman sambil terima duit raya.

apesal zaman aku dulu takdo macam ni eh?

Wednesday, August 24, 2011

Infak Ramadhan

Sent from my BlackBerry

Wednesday, August 17, 2011

Near Berbuka

Sent from my BlackBerry

Sunday, August 14, 2011

bufet seri ramadhan


bubur nasi peberet aku yang jaaaaaaarang ada masa bufet ramadan

tau kan feberet past time rakyat malaysia? makan la yeob. setiap hari perlu makan untuk hidup. tak kisah la kalau kau guna motto makan untuk hidup atau hidup untuk makan. yang penting makan tu perlu. dengan negara aman makmur rakyat pelbagai bangsa ni, lagi la choice makanan bertambah. tak cukup dari dalam, luar negara pun ada.


masa ni lah hotel berlumba nak anjurkan bufet ramadan. iklan kat tv, majalah dan suratkhabar penuh dengan gambar lauk pauk. pilih jer nak tema apa. seafood, tradisional, bbq, moroccon, atau thai.  kambing tergolek tu dah kira normal la. bukan bufet  namanya kalau takde kambing golek. harga pun boleh tahan. ye lah. dengan makanan pilihan sampai 100, takkan dia charge rm10 seorang kan. kau agak-agak la. tapi masalahnya, kau mampu ke cukupkan 100 rasa tu in 1 sitting?


my cousin-cousin boleh!! masing-masing berbadan sasa dan tinggi renjong dari aku. tau je la selera bebudak baru meningkat naik nih. semua benda depa boleh sapu. 2-3 tahun kebelakangan ni, kami akan pick 1 fine day, cari hotel yang budget-proof atau dalam erti kata lain MURAH dan duduk berjimba-jimba di sana. hotel yang charge RM30++  tu kira murah la. dorang akan start makan lepas solat magrib dan sedaya upaya rasa tiap masakan yang ada. time ni kena makan secara tertib dan bukan pelahab. kang perut cepat penuh.


lagi satu kena la make sure pelayan yang ada tu angkat pinggan yang dah kosong. ada sekali tu, sebab orang ramai sangat, tak menang tangan pelayan pun. pinggan dah penuh di meja. siap bertindan-tindan. orang meja sebelah dah senyum sumbing. aku macam dah nak letak kepala dalam mangkuk sup.  punya la malu. ni bukan pinggan aku la wei!!


setahun sekali boleh la nak habiskan duit macam ni. tahun ni taktau lagi boleh singgah hotel ke tak. perut dah tak boleh terima makan banyak-banyak. kang membazir duit saja.

Saturday, August 13, 2011

menangani perubahan





MENANGANI Perubahan merupakan koleksi terbaik kertas kerja dan ucapan Anwar Ibrahim sejak 10 tahun lalu dipelbagai majlis dan seminar. Secara umumnya buku ini mengandungi buah fikiran beliau di dalam bidang falsafah hingga ke politik. Setiap topik dibicarakan secara bersepadu dan menyeluruh.


Setiap pidato dan kertas kerja beliau di seminar-seminar sering mengandungi falsafah dan pemikiran para cendikiawan dan para ilmuan lampau. Malah beliau tidak lupa untuk menyelitkan serangkap dua falsafah dan pemikiran ini semasa membentangkan belanjawan negara sewaktu bertugas sebagai Menteri Kewangan dahulu.


Menurut beliau, politik tidak boleh dipisahkan daripada moral, sains dan ketrampilan teknik harus diiringi dengan penghayatan nilai seni dan sastera. Pendekatan ini beliau gunakan dalam hampir keseluruhan bab. Dengan konsep ‘manusia pelbagai dimensi’ untuk menangani cabaran abad ke-21, Anwar membawa pembaca untuk merenung persoalan semasa dan masa depan.


Menurut Anwar, manusia pelbagai dimensi ialah manusia yang dapat menerima perubahan dalam apa jua keadaan. Manusia boleh bersikap pasif atau aktif dalam menerima perubahan. Perubahan adalah hakikat duniawi yang akan berlaku setiap masa.


“Sikap pasif dan mengalah bermakna kita menerima pembaharuan baik dan yang buruk tanpa pilihan wajar. Tiada bezanya sikap ini dengan pendirian jumud yang menerima tradisi dan warisan tanpa tapisan yang saksama.


“Sebaliknya sikap aktif terhadap perubahan bermakna kita menangkis gejala tersebut dengan bijaksana, mengurus dan memberikan haluan yang kita tentukan,” katanya.


Buku setebal 140 halaman ini dibahagikan kepada 12 bab. Selain falsafah dan politik, Anwar turut menyelami bidang pendidikan, kebudayaan, bahasa, dan ekonomi. Kata-kata pujangga dan petikan karya Ibnu Khaldun, Edward Gibbon, Socrates, Gore Vidal, Michael Stanford, Malek Ben Nabi dan lain-lain para ilmuan diselitkan untuk mengukuhkan lagi pandangan beliau.


Beliau turut menggunakan petikan Al-Quran dan hadis, contohnya semasa menegur sikap meminta-minta atau mentaliti subsidi yang tidak sesuai dengan prinsip Islam yang ditunjukkan oleh umat Melayu pada masa sekarang.

Anwar telah mencadangkan konsep pendidikan futuristic semasa menutup Kongres Cendikiawan Melayu Kedua. Menurutnya pendidikan berteraskan masa depan dapat menyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan masyarakat industri atau bentuk struktur sosial yang akan dihadapi oleh generasi akan datang.


Beliau turut mengajak masyarakat agar peka dan memeliti ramalan arus masyarakat dan ekonomi dan seterusnya menyesuaikan sistem pendidikan negara dengan kehendak-kehendak tersebut.

Anwar menyeru kearah membudayakan ilmu. Kelahiran tradisi dan budaya ilmu merupakan prasyarat penting ke arah pembinaan sahsiah yang unggul, pembangunan bahasa yang kuat serta pembinaan tamadun yang tinggi.


Menurutnya, usaha menbina tamadun ilmu memerlukan wujudnya tradisi membaca yang meluas, termasuk karya-karya sastera dan budaya. Beliau turut memperkenalkan hasil karya Allan Vogel, Alfred North Whitehead, Fakhruddin al- Razi, prof Syed Hussein Alatas yang banyak mempengaruhi pemikiran beliau.

Semua khalayak masyarakat boleh mendapat manfaat daripada buku ini. Pembacaannya tidak terbatas kepada para ilmiah dan para pelajar. Sesiapa yang mempunyai keinginan untuk memajukan diri boleh mendapatkan buku ini, selain mengetahui karya-karya agung para ilmuan yang diperkenalkan oleh beliau di dalam menangani perubahan.

Walaupun Anwar telah dipenjarakan dan terlibat dalam pelbagai skandal serta tuduhan, adalah tidak wajar untuk membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap hasil karya beliau. Pemikiran beliau jelas boleh diterima pakai oleh masyarakat Malaysia hari ini.

*tulisan masa zaman uni dulu. nak bodek lecturer :p  daripada hilang macam tu jer, baik tempek kat blog sendiri. 
*buku aku tak tau pi mana dah.
*pic buku kidnap dari sini

Friday, August 12, 2011

sakit jiwa hati lara dibuat kau digi oiii

masuk hari ni cukuplah tiga minggu jumaat Digi telco buat perangai. line yang selalu laju berdesup bak arnab berlari boleh bertukar menjadi kura-kura dalam sekelip mata. pencawang tak jauh dari rumah. haruslah laju bila bersiaran ye dok?


last two weeks, dia dah start buat perangai. bila tanya pada kengkawan, memang dorang pun punya masalah serupa. penat mengadu kat twitter, yer Digi got its own twitter - DiGi_Telco -  untuk sapa-sapa yang nak follow. bila aku mengadu pasal coverage, sikit pun dia tak tercuit nak reply. kasi sarcastic remarks pun tak jalan. bila ada orang puji, bukan main dia retwit. memang dasar!


bila emel pulak, macam-macam pulak cengkadak kena hantar info bagai. tapi memang dorang reply a day after. kira bagus la customer service ni. jadi cara paling mudah, telefon je la. cakap dalam 10 minit, dia suruh reinstall broadband. dok jadi macam tu gak. last-last aku suruh pakat ramai-ramai call digi centre. 

tu cerita lepas. tu pasal blog tak berapdet lama. nak blogwalking pun tak boleh. boleh baca jer tak boleh komen. memang sakit jiwa. ni nyaris nak pi terminate. tetiba semalam coverage clear seperti biasa. 

motif gambar: kau tak puasa ke budak?... iskkkk

Thursday, August 11, 2011

Saturday, August 6, 2011

the kitchen goddess

tengah-tengah hari buto mengadap Nigella Bites, memang lah sangat sengai. kalau tak puasa, no hal la. layan AFC sampai sari suntuk pun takpa. tapi sebab dah minat, aku tahan jer. lagipun kalau tengok gambar makanan dengan bernafsu, kang makruh dibuatnya. kalau nak tau banyak lagi perkara pasal puasa boleh belek blog janji alam nih.

jadi kalau tak tahan tu, jangan la dok belek blog masakan lama-lama. lebih-lebih lagi blog yang hebat fotografinya. ayam masak kicap biasa pun boleh nampak sedap luar biasa. kalau dah kira menitik ayaq lioq tu, baiklah korang klik pangkah jer kat screen tu.
ni namanya mezza knife. peberet nigella untuk hancurkan nuts and herbs 
sebenarnya nak cerita pasai ms nigella lawson yang hebak nih. yang sorang ni memang bisa meruntuh sukma den ler. tengok lah baper kali repeat pun, den totap nak nengok juga. heran tul. lama-lama dok renung sendiri, aku dapat la beberapa konklusi.

  • her talent in cooking. tak payah kalut nak bukak restoran. cukup popular kat siri tv jer dan tulis beberapa buku masakan.
  • her pots and pans. yang ni memang buat aku drooling. senangnya kalau ada semua benda macam tu. nak jugak skillet pan, dutch oven, kitchen aide merah.. ya betul. aku aiming natang ni sebab terpengaruh dengan nigella. bukan sebab mat gebu pun ada satu. heh. 
  • her kitchen gadgets. sampai la tak jumpa nak cari kayu alah buat korek lemon tu. alaaa..yang nak perah air lemon tu.. merata Ikea, Living Quarters, Jusco, Tesco, Sunshine aku cari. ni kalau jumpa kat Giant, memang aku nages. yang lain aku kumpul sikit-sikit. untuk memudahkan kerja la weh. save time maa. kang bosan dok dapur lama-lama.
  • her books. walaupun tak de banyak picthas untuk di drooling, tapi aku ada la satu. jenuh la kalau nak kumpul semua. ni pun pejam mata jer aku beli nih. rm79.90. gigil gak nak bayar. tajuk tu yang tak tahan. How To Be A Domestic Goddess.. perhhh.. sungguh terasa goddessnya. 
  • her sexy bod. need  me to say more? heh. 
  • her choice of words. kalau dah guna 'volaptuous and creamy' just to describe her egg custard, tak ke wicked cool gila. jamie oliver cuma reti sebut 'wicked' jer. 
  • her attics. dia ni messy jugak bila kat dapur. boleh senang-senang jilat jer spoon or laddle. memang tak kisah nyer type. lepas tu makan dengan hebaknya sampai boleh bikin orang drool. tengah malam pun boleh bukak esbok lagi. comei. aku takkkk.. mau aku gemok lagi kalau buat gitu weh. 

    pic source:
    http://img.foodnetwork.com
    http://homecookingrocks.com

    Wednesday, August 3, 2011

    The usual 5mins took half an hour today

    Sent from my BlackBerry

    notis pendek saja

    semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

    gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...