Monday, October 31, 2011

malang tak nampak

Aku pernah tengok a friend pegang tudung periuk buat shield masa goreng ikan.

Aku pernah melompat kesakitan masa minyak meletup terkena kaki takala menggoreng sotong goreng tepung.

Dan aku tak dapat bayangkan bila isi kuali panas tertumpah dan tercurah pada kaki mak. Not the normal size kuali in our kitchen. I'm talking about those gedabak one that you see in pasar malam.

Dah 30 tahun meniaga, ni pertama kali kejadian macam ni berlaku. Alhamdulillah ada abang penjual ayam goreng berhampiran. Disambarnya telur dari peniaga murtabak. Ambil putih telur dan ramas dengan pucuk ubi kayu. sapu kat kaki.

Ambulan datang dan those paramedic basuh dan sapu cream putih. Sejuk kata mak. Tahan di Kecemasan tu sampai 6jam pastu doktor suruh balik berehat. No swollen katanya.

Esoknya baru mengelembung kaki dan jari-jari. Bawa mak semula ke hospital. Dapat injection, doktor suruh hati-hati, jangan sampai pecah kulit tu. Makcik boleh balik rehat kat rumah.

Three days later, kaki mak rasa berat. Pergi klinik kesihatan,
"laaa..awat depa tak buang ayaq bisa ni. Tu yang berat kaki makcik. Meh sini kami buat"
Dekat separuh tapawe aiskrim tu dapat air bisa.

10 hari kemudian, luka dah menanah dan bengkak. mak abah bawa ke hospital semula.
"Kenapa makcik biar lama ni tak mai hospital!!"
Makcik pun apa lagi. habis dia cerita A sampai Z. Doktor yang suruh makcik balik tempoh hari, tunduk diam je time tu.

Maka bermulalah hidup mak dalam wad hospital gomen. Dapat bilik single bed sebab nak elakkan bacteria infection. Ok la ni mak. Kekonon dok private hospital eh.

Mulanya doktor kata kena buat minor operation. Nak buang dead skin yang dah jadi hitam kat kaki. 3 hari juga puasa, sebab op ditangguh.
"Kita bagi orang yang serius masuk dewan bedah dulu ye makcik"

Bila doktor pakar datang, dia cakap tak payah op, cuci saja sampai luka sembuh. Paling siksa time buka dressing tu. Isi terlekat di kain. 7.30am doktor pelatih buka, around 10-11 doktor pakar check, lepas tu baru nurse cuci dan balut.

Mungkin kena stay lima hari lagi kat sini.
Rehat lah ya mak.

Tuesday, October 25, 2011

Monday, October 24, 2011

Cerita tak boleh tidoq

Pernah enak letak kepala kat bantal, kendian tetiba teringat kerja yang belum settle yang perlu disiapkan dengan perfect lagi dua minggu?

Selalu aku boleh padam flashback itu dengan sekelip mata dan lena tidur sampai ke Subuh.

Tapi kali ni apehal ntah. Makin lama difikir makin senak perut aku dibuatnya.
Boleh berjaya ke kali ni?
Harapan yang bukan sikit anak diletak atas kepala bahu.

Nak marah carot pun tak guna. Yang menanggung beban aku jugak. Rasanya dah bahagi kerja seadilnya. Haishhh.. Ntah la...


Sent from my Strawberry® Smartphone

Friday, October 21, 2011

Early morning view

Sent from my Strawberry® Smartphone

Monday, October 17, 2011

macam jalan bapak dia yang punya

pernah dengar perumpamaan yang kalau  orang tu survive memandu kat jalan di Penang ni, maka lempaq lah dia kat mana saja di Malaysia, sohih boleh hidup punya.

dengan ini, aku, cek chun dengan segala penuh hormatnya nak bagitau; TEPAT SEKALI! 

tau tak kenderaan apa yang paling korang kena berhati-hati sekali?
treler kilang?
van kilang?
kereta?
bas kilang?
bas rapid?

tidak.
tidak.
tidak.

its the bloody motorcycles!!!
bila memandu kat Penang ni, mata kau kena double alert kiri, kanan, depan dan belakang. 
nak tengok jalan, kereta depan, pastu motor yang potong kereta tu lagi. 
motor yang potong kita dari belah kiri lagi. 
kang terlanggar lak si mamat tu masuk longkang.

yes, it's happened to me a few years back.
dah cantik bagi signal nak masuk ke kanan.
berhenti la tengah jalan tunggu kenderaan depan clear.
baik punya bang!!!!
kena montot aku weh. 
hadoiiii!! 
si-moron-mamat-motosikal-tak-habis-sekolah-lagi ni sudah landing dalam longkang. 
remuk lampu aku.
amazingly motor dia elok jer boleh jalan.
nak mintak duit?
budak baru tingkatan 4.
nak ada duit apanya.
nak jer aku lempang time tu gak.
bukan kes potong kiri dah ni.
memang dia tak nampak keta aku berhenti ditengah jalan tu. 

berhati-hati lah korang kalau memandu di sini. 

Monday, October 10, 2011

burung marah pujaan

hari-hari hidup aku penuh dengan burung-burung berwarna biru, merah, kuning dan hitam.
dua tiga menjak ni penuh pencil box, sharpener, erasers, bags and rulers bebudak ni with those cute little birds.
semua orang kenal angry birds.
bila ditanya sapa pernah main angry bird, cuma sebahagian saja yang angkat tangan.
rupanya yang lain cuma kenal dari pengaruh kawan-kawan.
angry-bird-cake.jpg (590×394)
http://walyou.com/angry-birds-cake-with-the-whole-clan-of-the-birds-and-pigs/
jangan la kata budak kecik.
haku pun sama. heh.
balik kampung raya lepas, terserempak this shop yang jual semua cute-cute stuff.
homaiiii!!! mata dah juling.
murah la pulok wehhh..


pensel tit-tit cuma 3 batang rm2.
eh jap. hampa tau ka tit-tit tu apa?
ada flush toys, pen, tali telefon, bantal baby pun ada juga.
duit aku je kurang ada masa tu T_T
angry-birds-iphone-cases_1.jpg (650×400)

sebelum tido memang aku dok main menatey ni ler.
konon nak release tension.
last-last aku yang dok hangin sebab tak tera slingshot.
kalau balik kampung pulak, berebut memasing dengan ipod touch tu.
siap kena kasi  time limit.
sorang segame each.
kalau tak, ada la yang tarik muka 16 segi.
2 hari lepas aku jumpa video bawah ni kat facebook.
teror mamat ni slingshot dengan ball.


Thursday, October 6, 2011

setahun sudah berlalu, berasap-asap mereka itu

dah setahun rupanya dok melangut kat blog sana tu.
macam ada semacam magnet yang menarik-narik aku setiap hari.
gaya bahasanya yang ringkas, penuh kelucuan, ayat tak makan saman, caci maki agak bertaburan.
semua tu rempah dan rencah yang menarik aku kepadanya.


tuan blognya sangat aku respek.
perjuangannya rupanya  dah lama.
cuma baru setahun ni jer dia bikin blog sendiri.
baru setahun tapi pageview dah dua juta lebih dah.
ini kalau letak iklan, masyuk oiiii..


tapi dia buat keja ni bukan untuk cari keuntungan apa-apa pun
sebijik iklan pun tadak kat blog tu
semua semata-mata jariah untuk anak bangsa saja
yang masih tak mengenal mana haram mana halal


nak jadi hero macam batman wajibla ada musuh ye dok?
siap ada ugutan bunuh membunuh lagi
maknanya agak tercapai la tu agenda tuan blog
panassss bontot sang musuh sebab duit dah tak masuk hari-hari.
ntah berapa kali dah page facebook kena hacked

kalau korang berminat, boleh la cari dan  like kat page Koleksi Maklumat anti MLM & skim piramid oleh Aidid Muaddib atau Say No To MLM dekat facebook tu.

tahniah doc.
moga makin hebak lagi penangan blog mu.
kasi ganyang depa habis-habisan!!


* ni bukan entry bodek. dia tak baca pun blog aku nih. heh.


notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...