Monday, December 20, 2010

servis yang macam ke laut

macam mana lah orang biru ni punya servis. handphone dari petang semalam tiada internet connection. payah la nak blog walking nih.macam mana nak update entry?  tu tak masuk face booking lagi nih. kesian kawan-kawan yang setia menulis kat status tu. kalau tak online kang, takde sapa nak komen kat status dorang :-p


cek chun dengan gigih menelefon call centre pagi-pagi ni. belum pun gosok gigi, call centre jugak yang ku cari. bila dah bagi semua particulars, adik manis tu boleh pi cakap - boleh tak cik call dari hp lain? saya nak sambungkan cik kepada department servis. jadi kena guna hp lain untuk call kami.


adoiiii!!!  ingat cek banyak hp ka? well, ada la dua tapi mana ada kredit dah. payah la haihh. kenapa biru ni tak call saja cek tru my other hp? pagi-pagi sudah bikin cek sengal. adehhh. habis la rosak cek punya - bangun pagi senyum sepuluh kali punya habit. yer.. sepuloh kali. ingat senang ke nak bagi  nampak muda :-p

ermmm.. sapa-sapa kat sini ada hp line biru tak? pinjam? 


pic :www.wpclipart.com
 

1 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...