Tuesday, September 28, 2010

serangggggggggg!!!!

open house merata-rata. tiap-tiap minggu. makan. makan. makan. makan lagi sampai semput dan sendat perot. kalau tak p, sian pula kat kawan-kawan. orang berharap sangat kita p, dimasak banyak-banyak untuk menjamu. kang tak habis, membazir pulak makanan tu. besar hati tuan rumah jika tengok makanan dia laku semua.


kejadian di gambar ni semua berlaku dirumah kak uda di alor star. semua geng turun dari penang. baguih betoi depa nih. kebetulan masing-masing ada di kampung sekitar kedah saja. kami ambil kesempatan berjumpa dengan kawan lama yang dah berpindah. kak uda balik ke AS, syohaida ke langkawi. shila yang ke KL jer tak jumpa, ada hal lain. kalau dah ke rumah kak uda ni, banyak la makanannya. kalau kat skul dulu, dia la ketua pot luck n masak-masak. laksam sedap yang dia order, biskut rangup yang dibuat sendiri bersama anak-anak daranya, kek choc moist, ketupat dan rendang rusa. bila dah kenyang, apa lagi, snap snap snap laa. kamera kecik ka besaq ka, masing-masing posing tak henggat. perut dah diisi, maka senang la nak senyum. itu semua dirumah kawan-kawan. rumah sendiri pula buat apa? selalunya masakan mak kita la. yang paling dia teror sekali. sekali pekena ja, mesti orang tringat punya. bihun sup lah makanan rutin semasa hari raya. kena pulak ngan kaki lembu, jadilah sup gear box. makan banyak-banyak pening la. kalestrol berlambak. selalunya kami kat rumah dah magli dengan sup ni. bagi kat tetamu yang datang ja.

4 comments:

suri solehah said...

bestnya gamba i ada kat blog ni...sapa tuan blog ni,,,hhheloo

cek chun said...

hahaha.. cek la..sapa lagi aihh

suri solehah said...

hihihihi saja buak ramai...respek kat u rajin menulis...i nak tulis dari tak keja dulu lagi...la ni ada pembantu baru sempat sikit2.

cek chun said...

saja nak asah skill ja. lama dah tak menulih nih. kot2 dah berkarat ka :P

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...