Saturday, December 25, 2010

Jom Berkenalan

hai incik loqman hakim. cek chun tetiba teringin nak join segmen anda. ada tujuh soalan yang perlu cek chun jawab untuk dapatkan tag ini.

1. status
cek chun ni status tak tetap. kekadang sorang, kekadang berdua. kekadang berlima. kadang-kadang sampai 40. jadi cek chun pilih status unknown ok.

2. cerita pasal tuan blog
cek chun ni bekerja dah. tujuh tahun dalam bidang ni. hari-hari mengadap papan hitam sampai alegik kapur. harap-harap tahun depan, semua diganti dengan whiteboard marker.

3. cerita tentang blog
belog cek chun ni bermula pada may tahun ni. mulanya ingat nak kopipes saja info berguna yang cek chun dapat dari emel dan facebook. yelah. senang nak buat rujukan. kemudian cek chun rasa nak menaip pula. sayang pula rasanya kalau apa yang ada dalam kepala ni tak dipindahkan di sini. boleh la juga baca-baca dimasa senggang.

4. pandangan tentang dunia blog
pandangan cek chun kelam pada mulanya. apa taknya, banyak sungguh blog yang terang benderang. liplap-liplap pon ada. tu tak masuk dengan lagu yang tiba-tiba menyerang telinga secara spontan lagi. lama-lama dah biasa. semua orang ada blog. dah dia tuan tanah, dia lah yang mengcorak blognya. cuma cek chun payah dah la nak masuk rumah tu semula :p

dunia blog ni meriah. dan ada kelompoknya sendiri. nak fesyen awak terjah blog A. nak masakan, awak terjah blog B, nak tips untuk cantikkan blog, awak pergi ke blog C. cuma perlulah cari yang serasi. silap-silap ikut, punah jadinya. jadi kena guna akal fikiran semasa di alam maya ni.

5. nasihat pada yang baru nak berbelog
cek chun pun baru ni. tak layak lagi nak nasihat orang. cuma satu je cek chun minta. kurang-kuranglah kontroversi dan widgets. guna budi bahasa yang dah jadi budaya kita tu.

6. keunikan blog cek chun
boleh la nak baca info-info yang ada. tak banyak mana pun. cek chun banyak menaip dari hati jer.

7. sampai bila nak berbelog
sampai seru kot. rasanya sampai ke tua, insyaallah. suka pula bila dah boleh menaip ni. teringat cita-cita yang tak kesampaian tu.


bab tag orang ni, cek chun payah la nak pilih empat saja. jadi cek chun pilih semua yang ada kat atas tu yer. jom la join.

2 comments:

Cikgu Akim said...

Nice story!Semoga berjaya menggapai impian yg terbuku dihati~

jemputlah ziarah rakan2 segmen jom berkenalan dblog saya k!

salam perkenalan dri saya bakal Guru SP n Biology!

nice blog!

dayanadarmawi said...

heyy , slm pknaln , cn we be fwen ?? hee
come vsit my blog :)dont forget 2 follow ea ^^

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...