Friday, March 25, 2011

SPM dah lepas, lepas ni apa pula?

dulu lepas cek chun dapat result SPM, i'm so lost. tak tau nak pi kemana. nak masuk U, result cukup-cukup makan. nak ambik STPM, banyak nya nak kena baca. nak ambil kemahiran? yang cek chun tau, nak jadi chef. bestnya kalau boleh masuk kursus masak lepas SPM nih.
ada ke orang suka exam?
bila selak-selak cari info, yang cek chun nampak semua kursus tu di kolej ternama saja. yuran saja berpuluh ribu. mana mak abah nak mampu nih. masa tu rely on newspaper dan beberapa brosur dari sekolah. kat cikgu langsung takmau tanya. cek chun memang pemalu dulu. reserved person. so katak bawah tempurung. malu tak ketahuan punca.

padahal boleh saja masuk institut kemahiran atau kolej komuniti yang tawarkan pengajian dengan murah. itulah.. kalau dok diam, mana nak datang info. penyudahnya, cek chun ambil STPM. memang teraba-raba nak cari haluan masa tu. how i wish i know somehow who can guide me out from the tunnel.. sigh..

tapi alhamdulillah. jadi jugak orang bila dah besar.  perangai pendiam tu di buang sikit demi sikit. bila dah berada di tempat orang, berkenalan dengan orang ramai dari seluruh Malaysia. memang tak ada pilihan lain. nak berjaya kena usaha. kena banyak bertanya. kena tebalkan muka. pemalu tu penting. tapi biarlah bertempat. jangan sampai nak cari ilmu pun masih malu. macam cek chun muda-muda dulu.

budak-budak sekarang beruntung. awak google saja, banyak info datang depan mata. kalau masih was-was dengan pilihan anda, bertanya lah dengan guru, ibu bapa dan saudara. sebenarnya cek chun nak tunjukkan blog dari osip ni. baru habis belajar di U,  terus jadi jurutera di Mesir. sepanjang kenalnya, cek chun perasan yang orangnya matang dan berfikiran kritis. sesuai dengan tajuk blognya - get off the box. osip siap senaraikan pilihan-pilihan yang ada jika result SPM kurang gempak. awatla cek chun tak kenai awak dari dulu eh sip :-p

on the lighter note, jika SPM tak gempak juga, anda masih ada banyak pilihan. kalau tak percaya, cuba klik blog brutal solo. mengkekek cek chun gelak tadi.memang betul pun apa yang budak brutal ni tulis. harap-harap kita semua tak termasuk dalam senarailah ye.

pic source: badrina-ibtisam.blogspot.com

14 comments:

Acik Erna said...

alhamdulillah..yang penting sekarang dah berjaya..
sama le macam mak cik dulu..pemalu ya amat..

cek chun said...

@kak Erna
alhamdulillah..
minat tetap maintain kak :)

Solihin Zubir said...

cek chun ni pemalu jugak rupanya dlu..
mcm sy..
pemalu gila dlu..
skang ni dh buang sikit2..
dh mula ada kyakinan diri skit.. heheh...

cek chun said...

@Solihin Zubir
bersyukur lah kita asalnye pemalu
dari tak malu langsung.
bila meningkat dewasa, malu kena diseimbangkan mengikut tempat dan masa

osip said...

terharu...

kalo cek chun tanye dari dulu kan, tak tau nak jawap apa...

iniialahaku said...

malu yer????hahahahahaha....

penting ke SPM tu????

suri solehah said...

salam..cik chun mmg pemalu dulu,kini dan selamanya ahaks....

gadisBunga™ said...

sebanarnya banyak tempat kite boleh pegi lepas abis spm. tak semestinya U je. kena rajin godek-godek dan yang penting jg dgr cakap2 negatif orang kan?

cek chun said...

@iniialahaku
masa tu, tak pernah terpikir pun spm penting. waktu kat uni, baru realise. i hav to do someting or else..

cek chun said...

@suri solehah iyo lah tu da :p

cek chun said...

@gadisBunga betoi sangat2..

uncle gedek said...

Uncle SPM dulu dapat 3...

sekarang maseh hidop, pon...

cek chun said...

@diana
gps pun terhegeh-hegeh.. kona merata gak sesat jalan

cek chun said...

@gedek!
uncle, u r not like others.
tengok rambut pun dah tau u can survive greatly

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...