Monday, October 31, 2011

malang tak nampak

Aku pernah tengok a friend pegang tudung periuk buat shield masa goreng ikan.

Aku pernah melompat kesakitan masa minyak meletup terkena kaki takala menggoreng sotong goreng tepung.

Dan aku tak dapat bayangkan bila isi kuali panas tertumpah dan tercurah pada kaki mak. Not the normal size kuali in our kitchen. I'm talking about those gedabak one that you see in pasar malam.

Dah 30 tahun meniaga, ni pertama kali kejadian macam ni berlaku. Alhamdulillah ada abang penjual ayam goreng berhampiran. Disambarnya telur dari peniaga murtabak. Ambil putih telur dan ramas dengan pucuk ubi kayu. sapu kat kaki.

Ambulan datang dan those paramedic basuh dan sapu cream putih. Sejuk kata mak. Tahan di Kecemasan tu sampai 6jam pastu doktor suruh balik berehat. No swollen katanya.

Esoknya baru mengelembung kaki dan jari-jari. Bawa mak semula ke hospital. Dapat injection, doktor suruh hati-hati, jangan sampai pecah kulit tu. Makcik boleh balik rehat kat rumah.

Three days later, kaki mak rasa berat. Pergi klinik kesihatan,
"laaa..awat depa tak buang ayaq bisa ni. Tu yang berat kaki makcik. Meh sini kami buat"
Dekat separuh tapawe aiskrim tu dapat air bisa.

10 hari kemudian, luka dah menanah dan bengkak. mak abah bawa ke hospital semula.
"Kenapa makcik biar lama ni tak mai hospital!!"
Makcik pun apa lagi. habis dia cerita A sampai Z. Doktor yang suruh makcik balik tempoh hari, tunduk diam je time tu.

Maka bermulalah hidup mak dalam wad hospital gomen. Dapat bilik single bed sebab nak elakkan bacteria infection. Ok la ni mak. Kekonon dok private hospital eh.

Mulanya doktor kata kena buat minor operation. Nak buang dead skin yang dah jadi hitam kat kaki. 3 hari juga puasa, sebab op ditangguh.
"Kita bagi orang yang serius masuk dewan bedah dulu ye makcik"

Bila doktor pakar datang, dia cakap tak payah op, cuci saja sampai luka sembuh. Paling siksa time buka dressing tu. Isi terlekat di kain. 7.30am doktor pelatih buka, around 10-11 doktor pakar check, lepas tu baru nurse cuci dan balut.

Mungkin kena stay lima hari lagi kat sini.
Rehat lah ya mak.

4 comments:

uncle gedek said...

baca pon seriau!

Latifah said...

Allahurabbi~~

Moga mak cek chun diberi kesembuhan oleh Allah dan semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.

Nur Fauzi said...

Awat la doktor yang cek tu tak terus bagi masuk wad terus.
penat orang sakit berulang-alik. bila datang kena bebel pulak...ai..hospital gomen..

cek chun said...

tengok live lagi seriau uncle

thanks latifah

nak marah pun takbleh fauzi, benda free.. what do u expect then..sigh..

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...