Sunday, August 14, 2011

bufet seri ramadhan


bubur nasi peberet aku yang jaaaaaaarang ada masa bufet ramadan

tau kan feberet past time rakyat malaysia? makan la yeob. setiap hari perlu makan untuk hidup. tak kisah la kalau kau guna motto makan untuk hidup atau hidup untuk makan. yang penting makan tu perlu. dengan negara aman makmur rakyat pelbagai bangsa ni, lagi la choice makanan bertambah. tak cukup dari dalam, luar negara pun ada.


masa ni lah hotel berlumba nak anjurkan bufet ramadan. iklan kat tv, majalah dan suratkhabar penuh dengan gambar lauk pauk. pilih jer nak tema apa. seafood, tradisional, bbq, moroccon, atau thai.  kambing tergolek tu dah kira normal la. bukan bufet  namanya kalau takde kambing golek. harga pun boleh tahan. ye lah. dengan makanan pilihan sampai 100, takkan dia charge rm10 seorang kan. kau agak-agak la. tapi masalahnya, kau mampu ke cukupkan 100 rasa tu in 1 sitting?


my cousin-cousin boleh!! masing-masing berbadan sasa dan tinggi renjong dari aku. tau je la selera bebudak baru meningkat naik nih. semua benda depa boleh sapu. 2-3 tahun kebelakangan ni, kami akan pick 1 fine day, cari hotel yang budget-proof atau dalam erti kata lain MURAH dan duduk berjimba-jimba di sana. hotel yang charge RM30++  tu kira murah la. dorang akan start makan lepas solat magrib dan sedaya upaya rasa tiap masakan yang ada. time ni kena makan secara tertib dan bukan pelahab. kang perut cepat penuh.


lagi satu kena la make sure pelayan yang ada tu angkat pinggan yang dah kosong. ada sekali tu, sebab orang ramai sangat, tak menang tangan pelayan pun. pinggan dah penuh di meja. siap bertindan-tindan. orang meja sebelah dah senyum sumbing. aku macam dah nak letak kepala dalam mangkuk sup.  punya la malu. ni bukan pinggan aku la wei!!


setahun sekali boleh la nak habiskan duit macam ni. tahun ni taktau lagi boleh singgah hotel ke tak. perut dah tak boleh terima makan banyak-banyak. kang membazir duit saja.

6 comments:

gadisBunga™ said...

so far aku belum berbuffet lagi ramadhan ni. planning dgn member pun suam2 kuku aje...

ekonomi meruncing kot memasing. hihi~

uncle gedek said...

makan kat rumah lagi menyelerakan dari makan kat hotel...!

kkan?

Unknown said...

cedap ngat horrr bubur nasik tuh..
sya pun sama mcm puan gB tuh..belum lagi berbuffet tahu ni..

cek chun said...

gb, tu la punca paling utama!

uncle, sangat benar, lebih-lebih lagi mem kat rumah yang masak.

MH, she's a cik GB. dan bubur nasi tu memang ohsem, teringat-ringat sampai sekarang.

CIK TOM said...

cik tom asyik masak je setakat ni..xpernah lagi berbuka kat luar..hee...

p/s: akak apa khabar?lama xjenguk sini...

cek chun said...

baik je ciktom. rajin awak masak yer.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...