Saturday, June 4, 2011

Sirih pinang dimakan tuan

Cek chun kat tempat kenduri ni.
Terpandang setalam sirih pinang untuk dijamu pada tetamu yang datang.
Bukan takat sirih, rokok daun dan tembakau pun ada.
Ni dah soheh untuk golongan lama la ni.
Sambil-sambil buat kerja, leka mengunyah sirih.

Lama dah tak mengacip pinang ni.
Saja test power.
Teror lagi nampaknya :p.
Dulu-dulu cek chun layan gak sirih yang siap digobek.
Tumbuk sampai hancur sebati, terus masuk dalam mulut je.
Bolehla makan sesudu teh tu.
Makan banyak-banyak mau mabuk jadinya.

Ni cek chun nak tunjuk cara makan sirih yang stylo punya.
Kalau lepas ke dalam tekak sehelai ni, memang tabik spring la kat hampa.
Letak secalit kapur, sedikit gambir dan beberapa hirisan nipis pinang tadi.
Balut cun cun pastu ngap.
Masa ni lah nanti akan keluar air sirih merah menyala tu.
Sebenarnya air liur tuan badan tu.
Kena diludah buang.
Macam padayappa buat tu.


Sent from my BlackBerry

5 comments:

Azza Azman said...

eii sirih bukan ke pedas ke? teringat kenangan sirih dengn arwah nenek saya.


hai cik chun, saya cik chemp.. huhu saya telah pun follow awak...XOXO, Chempaka Sari.

Solihin Zubir said...

sireh pedas la akak.. haha..

gadisBunga™ said...

pandai mkn sireh? kagum ah!

suri solehah said...

salam ku terbayang tadi..sirih junjung cik mai...

cek chun said...

Sireh memang pedas. Tapi kalau dah kena gobek tu, boleh je makan. Tapi tadak la sampai sehelai tu, takut den :p

Suri
Hahahahahahaha
Doa-doakan laaa..

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...