Monday, October 17, 2011

macam jalan bapak dia yang punya

pernah dengar perumpamaan yang kalau  orang tu survive memandu kat jalan di Penang ni, maka lempaq lah dia kat mana saja di Malaysia, sohih boleh hidup punya.

dengan ini, aku, cek chun dengan segala penuh hormatnya nak bagitau; TEPAT SEKALI! 

tau tak kenderaan apa yang paling korang kena berhati-hati sekali?
treler kilang?
van kilang?
kereta?
bas kilang?
bas rapid?

tidak.
tidak.
tidak.

its the bloody motorcycles!!!
bila memandu kat Penang ni, mata kau kena double alert kiri, kanan, depan dan belakang. 
nak tengok jalan, kereta depan, pastu motor yang potong kereta tu lagi. 
motor yang potong kita dari belah kiri lagi. 
kang terlanggar lak si mamat tu masuk longkang.

yes, it's happened to me a few years back.
dah cantik bagi signal nak masuk ke kanan.
berhenti la tengah jalan tunggu kenderaan depan clear.
baik punya bang!!!!
kena montot aku weh. 
hadoiiii!! 
si-moron-mamat-motosikal-tak-habis-sekolah-lagi ni sudah landing dalam longkang. 
remuk lampu aku.
amazingly motor dia elok jer boleh jalan.
nak mintak duit?
budak baru tingkatan 4.
nak ada duit apanya.
nak jer aku lempang time tu gak.
bukan kes potong kiri dah ni.
memang dia tak nampak keta aku berhenti ditengah jalan tu. 

berhati-hati lah korang kalau memandu di sini. 

9 comments:

Nur Fauzi said...

Agree with you.

Bila memandu kat penang tu, memang rasa mulut ringan nak mencarut. Mujur tak terkeluar.

Ikut suka dia bila nak belok, nak berhenti tengah jalan ke.

Tua, muda sama je.

cek chun said...

nurfauzi, make it pompuan lelaki sama saja. tadak toleransi langsung.

uncle gedek said...

lempang je...!

haha!

Nur Fauzi said...

hah lupa pulak nak tambah tang tu.
memang gigil ha tangan
dah la bawak van panjang
die punye belok ikut suke je
nyaris la nak lekat kat cermin depan van

cek chun said...

memang patut di pangggg ja depa nih

me.myself.dan.aku said...

hahahahah...setiap kali gi penang, mesti kitorg duk menyumpah dengan pengguna-penggguna jalanrayanya...yang pasti plat number diorg semenye bermula dari "P"...

cek chun said...

korang tak sumpah aku kan?
kekekekekeh

suri solehah said...

jalan penang lah best mai..kita leh bawak sesuka hati..cuba pergi kat tmpt lain...kena ikut law..tak best2 tambah kat langkawi ni..pemanduan tak mencabar langsung hehe

suri solehah said...

jalan penang lah best mai..kita leh bawak sesuka hati..cuba pergi kat tmpt lain...kena ikut law..tak best2 tambah kat langkawi ni..pemanduan tak mencabar langsung hehe

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...