Tuesday, January 4, 2011

zoo taiping night safari : malam-malam tengok, nak nampak apa?

kalau bab iklan, cek chun bagi A++. dalam suratkhabar sampai ke billboard depa pulun. lawatlah zoo taiping, zoo tertua dengan night safari yang pertama di malaysia. nampak mata binatang yang bersinar-sinar. nampak badan lion yang sunggoh oh cunnya..

jadi salahkah cek chun kalau begitu berkobar-kobar nak ke sana? dengan camera di tangan, cek chun pun meneruskan perjalanan. masa beratur nak naik tram (keretapi kecik tu).. perhhh.ramai sunggoh umat manusia. tiket masuk seorang rm16 nampaknya tak mematahkan semangat sapa-sapa pun. cuma masing-masing tak mau berjalan sebab gulap gelita. seram wei. hutan jer dalam tu. dengan pokok-pokok besar, tak mustahil cheetah lurking behind them. (okeh, yang ni cek chun tambah bagi sedap ayat)

dalam sepuluh minit, sampai lah tram. naik sebaris tiga orang. seronok jangan dok habaq la. macam kanak-kanak plak over nya. lama weh tak datang tepen. masa kecik-kecik umor 10 tahun tu last datang. bila tram jalan jer, adehhh... gulap beb. gelita jer duniya. apehal dey. mana lampu? mana minatang? mana? mana?

satu kandang ada la 2-3 sportlight yang cuma boleh nampak bayang-bayang haiwan itu. ada sportlight yang rosak. aiseymen.. duit tiket kami bertiga boleh jer beli bulb baru la abang oiii. tertipu gue tau. habis punah anganku.

hangin punya pasai, lepas selesai tram buat pusingan, maka kami pulun berjalan pula. masa ni dah tak takut gelap semua. janji pictha boleh di snap banyak-banyak. nak ambil pic dalam low light kena stand still. ohhh. dugaan sunggoh.

tetiba jer rasa macam beruang madu (honey bear) tu macam nak menerkam cek. kalau cek pon marah beb. dah la duduk depan kandang dia, lepas tu dok kelebek kamera lama-lama. flash tak bleh guna beb. sian kat mata mereka.

hanya satu binatang jer yang cek suka tengok kat sana. ni kat bawah ni. besar woo.. tempat tinggal first class. siap ada ayaq terjun.

6 comments:

Unknown said...

selalu gak g tepeng tp x nek pun safari..

cek chun said...

p la try. tengok betapa tak bestnya. awk g siang la. nampak gak rupa binatang tu :p

suri solehah said...

hehehe...cari sapa memlm kt sana tu

cek chun said...

cari bf la suri. dok sorok celah pokok..hahaha

diana. sakit ati tau. pasni tk buat dah!! :D

CT said...

x penah lg masuk zoo tepeng...best ke?

CIK TOM said...

wah bestnya..cik tom xpernah lg pergi...

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...