Sunday, January 16, 2011

kellie's castle yang penuh misteri

 kagum seketika tatkala melihat istana ini dari kejauhan. sungguh gah tersergam. makin indah kalau dapat disiapkan seperti yang dirancang. istana william kellie smith ini dibina di tengah-tengah ladang getahnya di batu gajah, perak. mula dibina selepas kelahiran pewaris yang ditunggu-tunggu oleh kellie.
  ketaksuban kellie pada agama hindu telah menyebabkan beliau mengambil seni bina dari India untuk rumahnya ini. malah batu bata juga diimpot dari sana. terdapat terowong bawah tanah yang menghubungkan kuil hindu yang berdekatan dengan istana.
bahagian atas istana

 di menara yang tinggi ini terletak lif dalam rumah yang pertama di tanah melayu. kellie juga memasang impian untuk membina padang tenis di tingkat dua. di tingkat atas sekali merupakan tempat untuk berhibur, melayan tetamu sambil melihat kawasan naugan beliau. cerita pembinaan istana ini sungguh gah hingga mendapat tempat di akhbar London Financier pada november 1911.
di lorong inilah dikatakan bayang-bayang jelmaan kellie sering kelihatan. mungkin tak sanggup meninggalkan istana kesayangan. who knows..
pandangan dari atas istana. sanyup mata memandang
nak tahu lebih lanjut pasal istana ini? klik saja di wikipedia dan info dari kerajaan negeri perak ini

6 comments:

Fiqah Alias said...

fiqah mmg rse seram la klo p kellie's castle nie..asai lalu jer terasa seram..huhu..

cek chun said...

byk hantu dlm nih

Solihin Zubir said...

walaupon kelihatan agak seram, tp kalau wat photoshoot kt sini mesti cun kan.. heeh..

cek chun said...

aahh.. masa awk nak kawen nti sgtlah orait

Anonymous said...

seram sangat ker? hurmmm...

btw, nice shot!

cek chun said...

Naqib, depend pada kekuatan/kelemahan semangat yg ada

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...