Friday, January 28, 2011

myvi putih yang hantu

Kuala Lumpur, 28 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia, (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini adalah palsu.

"PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih," kata PDRM dalam laman sosialnya.
Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi ini gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, "PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.
"Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar." Sila sebarkan.
-- BERNAMA

cek chun terima berita ni dari pesanan blackberry pagi tadi.  kemudian bila buka blog, lagi ramai dah menyebarkan kisah penculikan ini. ramai rakyat malaysia yang prihatin ni. bagus lah. masih banyak punya belas kasihan yang tinggi untuk memastikan penjahat ni di tangkap.

memang hantu lah sapa yang punya angkara. agak-agak bila berita ni tersebar, si encik rashid tu akan terima sms maki tak? ntah-ntah dia tak bersalah pun. ada sapa-sapa dah telefon tanya ka?

5 comments:

Woofer Storm said...

kdg2 org ni suka nak mainkn org lain..jahat benar org2 mcm ni,issshhhh

Solihin Zubir said...

adeyhh.. benda mcm ni pon org nak wat main..
kena kat anak sindri baru dia taw..
nauzubillah...

cek chun said...

storm, pelik kan orang. macam2..

solihin, gila la kan.. ntah apa2

Unknown said...

sian kot..kecik lagi..baru setaun..

munna said...

ooo.. tipu jelah semua tu ye... ambil kesempatan je org ni...

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...