Monday, January 17, 2011

tengok balik sapa yang hampa add kat facebook

 Social network users now easy targets for criminals

PETALING JAYA: Forget about bringing criminals to book, the crooks are themselves going to the book – Facebook, that is.
Many are targeting Malaysians – via their personal details posted on Facebook.
They are lifting information such as addresses, telephone numbers and even photographs for crimes ranging from drug trafficking to blackmail and sexual harassment.
Experts have criticised Malaysians for being too naive in accepting “friendship” requests from strangers.
Last year alone, some 400 crimes involving Facebook were reported to a cyber security group.
The trend is worrying because an international survey last year revealed that Malaysians had the most number of friends on social networking websites like Facebook with an average of 233 each – and spent up to nine hours each week logged on.

source: the star online 

cek kenal dua tiga orang kawan yang suka sungguh add sesiapa saja di facebook. rasanya cita-cita dia nak samakan rekod friends lady gaga. malangnya kawan cek ni cuma seorang penyanyi di fun fair dan karaoke saja. dan kalau dia pakai macam lady gaga, memang saheh la ramai akan add dia. silap-silap orang gelar dia boy george malaysia. ya.. kawan cek chun tu lelaki.

tapi setakat ni, belum ada lagi cek dengar dia kena tipu di facebook. rasanya friends dia yang dah mencecah  ribuan orang tu pun muak baca status yang diapdet tiap jam. dah macam twitter dah layaknya. sampai nak masak nasi untuk buat nasi goreng cendawan pun distatusnya. harap-harap lepas ni, tak adalah status 'sedang bergayut bersama awek yang baru dikenali di fb' ditaipnya.

berhati-hatilah bila nak add sesiapa saja di fb. cara paling mudah, buat dua akaun. satu untuk family dan kawan rapat manakala satu lagi untuk anda berlagak diva @ artis in the making @ kenal-kenal di cyber @ ikut suka la sebab apa pun anda nak buat akaun kedua ini. jangan secara terang-terangan meletakkan maklumat peribadi anda.kang kena stalk naya.

kalau rasa anda tak cantik macam gadis-gadis shawl, anda silap. kecantikan itu berbeza pada setiap individu. kalau dah ada yang sukakan anda, tak mustahil hari-hari distalknya anda. alam cyber boleh dibawa hingga ke realiti. itu sudah pasti.

selain orang yang tak dikenali, paling cek tak suka, time cikgu-cikgu add murid. tolong lah. nak add murid boleh. tapi buat lah akaun lain. tengok sendiri la cara anda apdet status. semua bergantung kepada mood masing-masing.

tengah gembira -
  • eaa.. bestnya dapat handbag baru. tq hubby. 
  • wuhuuuu.. projek berjalan lancar. 
  • besok meting port biasa. close deal bro. masyukkk..hahahaha
tengah sedih
  • moga Allah damaikan hati ni..
  • duduk seorang kat rumah. huhuhuhu..hubby tak balik lagi. 
  • sampai hati mereka. kerja kita buat, depa yang dapat nama :( 
tengah marah
  • bodoh!! bab* ingat lawa ka buat perangai macam tu.
  • gamp**** , si**, keja macam tu pun tak boleh buat ka?????
dan setelah terpapar status di wall, maka akan berkerumunlah anak-anak murid bertanyakan berita.
  • kenapa cikgu? 
  • sapa marah kat cikgu nih? 
  • cikgu marah kat sapa?
  • cantiknya beg cikgu...
  • sabarlah cikgu. Allah bersama orang yang bersabar. 

watdehey. yennadey. macam tu ka kita nak bagi anak murid baca. fb tu tempat untuk sesama kita. bukan untuk budak-budak bawah umur. biar mereka berfb sesama mereka. kalau cikgu-cikgu nak membimbing. elok buat satu lagi akaun untuk tujuan itu. mungkin sekarang kita tak letak semua status-status macam yang ditulis kat atas tu. tapi the day will come. cek sendiri yang malu bila baca anak murid menasihat guru. dah terbalik. tolong ya. semak balik sapa yang hampa add dalam facebook itu.

6 comments:

suri solehah said...

betul tu,,sayapun tak suka nak esep org tak tentu hala.saya asep bila dah mmg betul kenal n kwn baikje huhu.sbb tu ada lebih 50 kwn yang tak esep....

Kujie said...

kalau yg nak add, mesti buka wall tengok siapa dia...link blog

kalau tak boleh tgok profile dia, tak pernah kenal ...nick tak pernah nampak..mmg tak approve

semua gambar setting privasi walaupun friends...biasanya set utk me only dan suami.

Anonymous said...

Betul tu apa yang cek cakap nie benar benar belakar. Kalakar pun ada pendek kata semua ada. hihi i like it

Unknown said...

sekarang ni, segala maklumat terlalu mudah tersebar. jika boleh, jgn terlalu open ngan maklumat diri kita.kalo benda tak penting, jgn letak tarikh lahir sebenar.haha

Solihin Zubir said...

sy selalu add org yg saya kenal je..
tp org yg sy xkenal slalu sgt add sy.. haha..

bila fren sy dah makin ramai, sy mula private semua gambar2 sy yg berlambak tu.. tinggallah profile pix aje.. heheh...

cek chun said...

baguih suri, jgn asep tak tahwan.naya

k jie, pic sgt privacy eh.thanks 4 ur tip

noorsl, maseh like. u like ur food too :D

shaifie, thanks, nti cek p jengok

fareed, tk terpikir lak bab tarikh lahir tu. betul lah. thanks yer 5 ur tip

solihin, depa berkenan kat spek hang kot, tu yg dok add merata..kehkehkeh.. baguih2 private pic.. nk buat gak la

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...