Dalam banyak-banyak tempat di Malaysia, cek paling suka kuala kangsar (KK). Dah dua kali datang ke sini, dan ini kali ketiga.
Mungkin kerana memori yang KK dah beri. Kali pertama bersama kumpulan bakal-bakal guru dari M4P,penang. Untuk subjek pendidikan seni, kami perlu melengkapkan modul dengan lawatan sambil belajar. Ke kampung Bendang melihat perusahaan labu sayung, tidur asrama di chalet tepi sungai perak dan mandi air terjun di Lata Kekabu.
Kedatangan kedua pula bersama bekas rakan-rakan rumah sewa semasa kami belajar di shah alam. Mulanya berjumpa dan berjimba-jimba di lost world. Kemudian turun ke KK untuk makan rambutan, manggis dan durian. Sampai sendawa kekenyangan dek buah free. Penuh but kereta kami tapau.
Dan kali ketiga ni kami cuma turun makan dan ambik gambar sahaja. Medan selera ditepi sungai betul-betul mencekik darah. Teringin patin masak tempoyak, yang dapat ikan hanyir semata. Teringat kata-kata kakak penjual - selama ni takda sapa yang komplen ikan yang kami jual.
Memangla takda komplen kak. Sebab semua orang malas nak bising-bising pasal rezeki rm5 seketul tu. Tinggal je dalam mangkuk tu. Lepas ni pakai takda orang makan kat kedai kamu dah la.
Lepas ronda-ronda disekitar istana, kami terus ke taiping pula.
Night safari! Tunggu cek chun malam ni. Wuhuuu!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment