Saturday, January 15, 2011
pembulian separa sedar
ini kuje. dulu rambutnya panjang dan wavy. tahun ni dia masuk pra sekolah. sebelum krismas dia dah kena potong rambut. rambut wavynya itu hari-hari membelai telinga beliau. cek lupa pula nak habaq, telinga dia ni sakit. kekadang ada nanah, kekadang kering. sebijik macam penyakit cek chun masa kecik-kecik dulu. mak kuje kata dah dapat penyakit macam kak chun, harap pandai belajaq macam kak chun juga. ehh.. tetiba.. apa kena mengena?
kerana rambut wavy itu, maka telinganya lagi sakit bila rambut menampar-nampar manja telinga. maka say goodbye to wavy hair. bermula lah episod 'lepas mandi tak payah pakai tuala pun untuk keringkan kepala'. tak payah dah susah payah ikat rambut. tak ada dah episod sikat lekat kat rambut.
hari pertama di pra sekolah dia dah tumbuk sorang budak lelaki. punca?
budak tu panggil ayah kuje 'tok lang'.
"tu bukan tok kami la... tu abah kami"
dushhhhh....
kena sebijik kat muka.
mak budak tu panggil pak lang pada abah kuje. so by right, budak tu patot la panggil tok lang.
hari-hari kerja dia bergaduh dengan abang saja. yang ni namanya Kaya. aksi di atas tu ala gadoh-gadoh manja. suruh depa posing depan kamera, aksi ini yang dia guna. iskkkk.. tapi Kaya kontrol macho. siap tunjuk pinggan putih bukan beli kat ikea lagi.
lepas tu suroh posing bertiga dengan Fatin, the sister. laa.. sempat lagi. ingatkan nak posing cara lain pula. Kaya dengan tulus ikhlasnya mengorbankan pipi kiri untuk cubitan mesra. tau dah.. ni mesti nak suroh kak chun blanja nih. sebab tu tak menangis.
dah kenyang bolehla kita bermain untuk buang balik lemak-lemak dibadan. konon!!..
tengok tu, sempat lagi tolak-tolak mesra. kali ni pun tak menangis sebab takut kak chun tinggal depa macam tu saja kat sini. haishhh.. kuje.. kuje.. perangai macho semacam. tapi sangat suka pink!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
notis pendek saja
semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.
gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.
gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.
2 comments:
sebab panggil tok lang pon kena tumbuk? hahah.. ganas tol kuje.. hehe..
akak yg dengaq cite lgi kuat gelak. tapi lepas tu siap warning sama dia. tak bley tumbuk, kutey, tampar orang.
Post a Comment