Saturday, January 8, 2011

tahun baru gerai baru

 
 pagi-pagi buta dah angkut barang.
ada la 10 jenis lauk pauk.
semua diletak dalam bekas tapawe plastik yang bukan berjenama tupperware.
angkat tong gas sampai dua balang.
angkat dapur.
angkat periuk belanga.

nak kemana cek chun?
mak kita buka kedai makan hari ni.
ada la dalam 1km dari rumah.
sebenarnya tumpang gerai orang saja.
tuan tanah tu dah dapat tender kantin.
jadi mak kita pun dapat la menumpang dalam dua tahun kat situ.

banner dah siap tempah, dah ikat pon di kedai.
harga adik beradik sebab adik cek yang kedua tu kerja di kedai banner.
sakan depa letak menu. ada
nasi lemak, bihun goreng dan koteow goreng untuk makan pagi.
nasi putih dan aneka lauk untuk tengahari.
bihun sup dan nasi ayam untuk makan petang.
cucur udang dengan kuah kacang pon ada.

mak kita ni suka sunggoh masak.
dalam dok sakit pon dia boleh lagi masak banyak-banyak jenis.
bila dah masak, sakit pun tak terasa.
pulun sunggoh dia.
harap-harap sihatlah sentiasa.

dia dah biasa meniaga macam ni.
dulu jual bihun sup dan nasi ayam di ekspo USM dan jom heboh.
jadi tukang masak di kantin kilang.
dan buat katering untuk bersahur di masjid tandop.

gerai ni depa buka berdua.
hajah jamilah dan maznah.
best friend juga rakan sekerja.
kalau nak terjah boleh saja.
titi keling, dekat dengan petronas tandop.
sebelah main road ke alor star. 

4 comments:

suri solehah said...

salam..aduh tetiba teringat mehun sup tulang..nak kena balik alor star ni hhehe

cek chun said...

Meh ler. Dtg je bila2

Solihin Zubir said...

uish.. nnt bila2 nk kena p try jugak ni kalau lalu kot tandop tu.. heheh..
bly dpt diskaun x kalau sebut nama akak? ;-p

cek chun said...

sat lagi cek bagi pasword kat hampa ya solihin

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...