Suatu waktu dulu, beg lah terapi jiwa. Kasut juga tak terkecuali. Walaupun masa tu gaji seciput cuma tapi kasut tetap diborong dan disusun disetiap anak tangga. Gaji sikit, kasut pun murah. Janji tiap hari kasut bertukar.
Beg pula diatur penuh almari. sampai masanya, diberi pada saudara mara. Selalu yang bernasib baik mestilah adik terchenta. Pantang sampai ke rumah, ditapaunya barang se beg dua.
Tapi tu dulu. Zaman jurasic. Zaman yang setiap hari tahu seronok saja. Zaman yang belum mengenali bahawa itu semua membazir. Pembaziran yang nyata boleh membuatkan cek tepuk dahi berkali-kali. Mana tak nya, bila di buka almari, beg sudah pecah disana-sini. Walhal jarang diguna pakai. Beg pun sudah tahu merajuk memakan diri.
Sekarang zaman celik mata. Baik simpan perkakas dapur. Boleh juga guna hari-hari. Kalau disimpan dalam almari pun, konpem tak makan hati. Yang besi tetap jadi besi. Tak kan berkarat jika elok cara simpannya.
Mata tiba-tiba bercahaya bila masuk ke bahagian dapur di mana-mana pasaraya. Macam budak-budak dilepas bebas dalam toys r us. Semua nak beli. Semua nak guna. Nak steamer buat kuih talam, nak pisau macam nigella lawson guna, nak belanga tefal, nak cast iron pan, nak griller macam jamie oliver, nak itu, nak ini.
Mujoq masih ingat pesan aruah tok. Jangan ikotkan hati. Nanti mati.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
10 comments:
Salam cek chun, apa habaq? cek chun dok penang ka?dok tang mana? cheq ni kg kat nibong tebai...tapi merantau cari rezeki kat Finland...haha btw nk tanya brapa rega belanga tefal hat dok tergantung tu?..saja tanya rega ja..hehe
ehehhehe...
zaman muda2 obses dengan benda2 lain..
zaman berumur, obsesi tu berubah ke benda lain plak.. hehhe...
yg penting, jimat berbelanja.. :D
wei tefal tengah ofer ke tu??mana murah harga yg i tawarkan ke yang tu hehe
nieza,
cek dok kat pulau nih. tefal tu range price dia $80-150. depend on certain type gak, hat dalam pic nih range Asian delight. bontot kaler merah :p
kalau latest range, 3++ pun ada. bontot hijau.
cek dok aim preasure cooker nih 5++. menages tengok harga.
kat finland murah lagi ka? bak mai la se periok :p
solihin, pandai sunggoh adik nih. tapi kekadang yang dah berumur pun masih tak insap maa. dok macam tu la.
selain faktor umor dan bergerak mengikut masa, kesedaran diri juga patut ada.
suri,
ni range asian delight, bontot merah.
u tunjuk kat i tuh yg bontot hitam. kehkehkeh..burok benor la bunyi la plak..
anyway, mu dok lgkwi tu, memang la semua murah lagi wehh :p
tak baik tau tanya soalan macam tu. wat i nak p lgkwi la ni jugak :((
melihat kuali dlm gambar tu, terus teringat nak beli kuali leper utk mengoreng daging burger....
aiyakk...pagi esok kena pergi beli ni
hahaha mata hati, len kali kena tutup mata la camtuh :p
p kat tesco yer, ada sale
nieza n suri, tefal tu asian light la. not delight.
haha...mmg gni ek??mak pon slalu je bli brang2 dpur ni..smpai kna sound ngan ayah..hehe
aku, memang gini lah nampaknya. habaq kat ayah, banyak brg dapoq, lagi sedaplah mak masak :p
Post a Comment