memang betul la. bila dah mula bersekolah, habis semua blog melayang. nak menulis punya la seksa (ayat bombastik disitu). kerja yang bertambah, jawatan pun banyak, maka balik selalu dah lambat. bila dah lambat selalu la penat. bila dah penat nak buka lappy pun payah dah. bila dah payah, macam mana nak menaip di blog?
cek chun sendiri perasan. masa cuti lepas, bukan main sakan apdet entry. yelah.. dok saja kat rumah. nothing to do. setakat masak dan kemas rumah. laju la menulis. seronok sebenarnya menulis di blog ni. sumber aliran kreatif. kalau suka, ada la orang lain yang baca. kalau depa tak suka, tuan blog saja baca. tak ada sapa yang rugi disini.
sebab tu cek sangat respek para ibu terutama yang bekerja. tak kira la jadi cikgu ka, jurutera, kerani atau wartawan. kerja di opis dah penat, balik rumah kena sinsing lengan dan memasak, mengemas, membasuh apa yang patut pula. nak tengokkan anak lagi. kalau dah 4-5 orang? tak kena double flat. itu tak masuk dengan baby besar lagi. syukur lah kalau baby besar rajin menolong. kalau jenis order saja, jenuh!!
harap-harap lepas ni, kurang lah sikit sibuk itu. kelmarin pusing tiga buah sekolah dalam daerah ni. cari buku teks untuk budak-budak. penuh dah buku dalam kereta. sampai cekgu sekolah tu kata - lepas ni boleh buka koperasi ni. lol. apa saja demi anak-anak terchenta.
p/s nampaknya jualan RAPI febuari ni bakal mencanak naik. nak tau kenapa? beli saja laa :p
4 comments:
chun >>memang meletihkan jadi ibu yang bekerja..tapi kalau jadi surirumah lagi letih rasanya..kerja tak penah habis..i lagi salute kat suri rumah sepenuh masa...
i salute semua wanita dan lelaki yang memahami wanita :)
hehe.. sy pon x pasti nanti bila dh berumah tangga..
adaah sempat nk update blog ari2 cam skrg..
skrg pon waktu malam je free.. huhu..
malam je ehh. kompem tak sempat.hahaha :p
Post a Comment