Friday, January 28, 2011

kenapa saya suka taiping : part 3

kedatangan cek chun ke daerah ini sebenarnya untuk menikmati taman tasik taiping yang memang terkenal di perak. oleh kerana perancangan adhoc, maka kami hanya google untuk melihat penginapan yang sesuai. akhirnya setelah melihat iklan hotel flemington di you tube, ya betullah tu, dorang buat iklan di you tube. kami pun booking dengan gagahnya melalui telefon.

 sangat inovatif sebab kita boleh lihat sendiri rupa bilik dan hotel. kekadang gambar di web site boleh mengelirukan. nampak sungguh cantik, tetapi rupanya nan ado. bilik air pun buruk, tub mandi pecah. kisah benar ni. cek chun sendiri yang  kena. tapi berapa kerat hotel yang akan berbuat demikian. flemington pun buat mungkin kerana hotel ni masih baru. cantik la untuk ditunjukkan pada pelanggan. harga berpatutan. superior room rm128 dan kami minta extra bed, rm50, termasuk sarapan untuk dua orang.

pagi-pagi selak langsir dan dihidangkan dengan permandangan macam ni. mana nak dapat wehh..
yang paling best, flemington ni terletak dalam taman tasik taiping. wuhuuuuu!!bilik kami bertentangan dengan hutan hijau ni. kalau nak bilik berhadapan dengan taman tasik, kena lah tambah rm20. tapi, kalau dapat bilik bersebelahan dengan rumah buruk warna kuning tu, adehh, memang tak dapat den nak nolong. jadi, baik bertanya sebelum anda konfem bilik.
dalam ni tiada almari yer. semua main sangkut tepi meja solek. ada flat tv dengan astro channel. takda la banyak channel pun. standard hotel la. bangla sesat dalam gambar ni tengah dok prepare extra bed kami. mujoq tak hensem macam shahrukh. kang tak pasal-pasal bergambar sekali.

cek paling suka bilik air. ada paip besar atas kepala. sedap mandi air terjun :p ada hose air tu. tu wajib ada weh. paling tension kalau ke hotel takda hose air macam ni. dah la takda cebok. biasa la weh. orang kampung. tak retinya nak lap-lap.

cc: entry tak berbayar ni untuk info kawan-kawan yang ada plan nak ke taiping.

4 comments:

Solihin Zubir said...

haha.. biasela tu.. lam gambar semua cantik.. nk promosi la katakan.. heheh..
wah.. besar gak kepala shower tu eh.. baru puas skit mandi.. heheh..

cek chun said...

puas wehh. cek suka :D
memang dari dulu cek dok aim benda nih. nak boh dalam bilik air sendiri

Kei Hiroki said...

uww~dinding toilet superb weh! haha

cek chun said...

asyfiqaz, superb tahap agong. toilet cun!!

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...