kue pau cecah durian kampung. terbaek dari ladang |
'jangan, mahal lagi tu. awal musim lagi'
besoknya kat tempat kerja, ada hamba Allah ni dengan perasaan tak bersalah;
'hampa beli tak durian kampung tu semalam. dia kata dari Baling. aku makan sampai sebijik tak panas pun weh. isi tebai, biji halus saja. isi tebaii weiii.' (kat tebai tu memang dia sengaja stress kan the pronunciation)
mode: telan ayaq liyoq sambil dengar dia cerita. dalam hati kutuk sakan sebab tak biarkan kaki melangkah ke pakcik van tu.
tadi, belum pun kaki sempat mencecah tapak pasar malam, hidung sudah ada bau. ya... sudah mari.. seminggu mengidam deh. tiga biji sepuluh hengget saja. lepas ni boleh buat kenduri. sapa nak makan pulut dengan durian sila angkat tangan sekarang!!!
nak tambah sikit nota untuk solihin hijau zubir:
sebenarnya nak makan durian tu dengan roti. macam buat kaya. sapu saja dengan durian banyak-banyak atas sekeping roti dan ngap dengan jayanya. tapi stok yang ada cuma sebiji pau daging. jadi ambik saja bahagian putih pau. pastikan daging tak melekat sama.
kang melugai dalam perut. tak pasal-pasal kena jumpa doktor aidid pulak. rasa nya jauh panggang dari api dari pulut durian. sama macam makan dengan roti.
4 comments:
dah sampai musim ka?..tak nmpk pun..
perghhh...tak thn bau pulut durian tu sampai ke Finland ni dh bau ni buat lbh skit antar kat org jauh ni skit...hehe
uik! sy x pnah plak rsa kueh pau cicah durian kampung.. sedap ka? rsa cam pulut durian gak ka? heheh..
ein, sudah maa. mahai lagi, awal musim
nieza, gaul dengan santan kasi sebati, mak aiiihh..
dak ijau, ni kes takde roti
Post a Comment