Wednesday, March 2, 2011

bila kereta mayat usung aidid muaddib

pernah baca blog kereta mayat? cek chun pun baru tahun lepas kenal dia.
itupun dari blog walking. sambil baca entry kawan-kawan, ada beberapa orang mention him. yaa. kereta mayat ni adalah lelaki misteri yang di kenali dengan nama HAMKA. kalau mengikut pahaman cek chun, hamka ni merupakan penulis dan ulama terkenal di Indonesia. beliau pernah menjadi editor di majalah Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam. dan aruah pun orangnya pada 1981. memang seorang tokoh yang terkenal di sana.

dan rasanya penulis kereta mayat pun menggunakan nama hamka kerana sebab yang sama. menulis dan berdakwah. dan yang menariknya, tulisannya kebanyakkannya lucu, witty, hillarious. bikin gelak saja sapa yang membaca. dan pada masa yang sama, desyum desyum kena tepat kat muka. bak kata hamka; ada bebarapa artikel yang mungkin lucu pada sesetengah jiwa, penulis tidak berniat membuat lawak, ini bukan blog lawak, dan ugama tidak boleh di jadikan bahan gurau, (kena pergi surau).., anggaplah itu sebagai “pereda ketegangan” dalam membincangkan bab-bab ugama.

banyak isu yang di kupas dalam blognya. kebanyakkan nya isu terkini. ingat lagi dengan cara memberi salam yang betul yang tersebar meluas di facebook dan emel minggu lepas? yang mengatakan salam itu maknanya selamat tinggal dan nak type salam mestilah penuh dan cukup sifatnya. kereta mayat dah ulas dengan panjang lebar. nak tau apa katanya, kenalah klik dan baca :)

dan sekarang tentulah hangat dengan skim piramid atau multi level marketing (MLM). skim yang hanya merosakkan bangsa Melayu yang tamakkan duit segera. sebenarnya banyak kali dah hamka mentioned dalam blognya. secara indirectly.

Amboi, Pak cik Kasim, pengurusi surau.., kuatnya ketawa.., check diri masing masing, dengar hadith nabi teruja ke, atau dengar menantu Pak De jual catalog MLM buat korang jadi teruja., Saya tengok, orang ‘islam’ ramai yang lebih teruja dengar ceramah MLM dari dengar hadith kitab fadahail.., datang cerita kelebihan system pyramid, dan kelebihan jadi jutawan lalu tunjuk gambar tersenyum di sisi kereta mewah, terus si bengong percaya dan habiskan duit simpanan masuk MLM tapi tak kaya kaya jugak, lepas tu masuk pulak MLM tu, MLM ni.., yakin sangat dengan janji dunia, senang senang kena tipu, sedangkan janji Allah, iaitu bila sedekah, Allah akan lipat ganda, jika bayar zakat, Allah akan lipat lagi kali ganda, tak buat pulak korang, berimankah kita?, atau hanya islam di bibir sahaja..

(suasana kelihatan tegang, dan hadirin kelihatan serius macam nak marah pada penceramah, maklumlah ramai sudah antara mereka yang tertipu dengan MLM, latans penceramah berseloroh..)
Ini, bukan orang sini, ini tempat lain.
.
(hadirin ketawa bagai nak rak dengar ungkapan terakhir penceramah, kelakar sebab orang bengong yang di maksudkan penceramah tadi adalah orang kampong lain, kelakar ha ha ha)

 dan bila dibelek-belek, rupanya hamka sudah bercerita pasal MLM ni pada jun 2007 lagi. bila orang heboh pasal skim pak man telo dan skim gores dan menang. maknanya wabak ni memang on going. bertambah moden mengikut masa. kalau kat bandar besar, jarang dah dengar skim gores dan menang. yang banyak kat bandar skim rebut tapak kat dalam internet. tapak yang cuma dihasilkan menggunakan microsoft excel yang tak bayaq pun lesennya pada bill gates. beli tapak, promot kawan suruh beli, naik tapak, beli tapak lagi dan makin tinggilah hingga tiada penghujung. maklumlah rakyat Malaysia nih 23 juta. kalau semua masuk modal beli tapak di internet tu, tak ke kaya pakciknya??

dan beberapa bulan lepas, oktober 2010 to be exactly, muncul pula satu blog ni. dari batman yang sukakan susu. tengok muka dia saja, mesti dia tanya; susu mau? pandai batman ni suruh orang jaga tulang. isi blog batman ni memang gempak. penuh humor dan saintifik terms and findings. memang berpinau mata nak baca. almaklumlah, cek chun ni dalam golongan marhaen jer. sains A tapi math tak pass masa SPM, memang hanggok sunggohnya. kalau tak dah jadi doktor dah. sigh.
blog aidid muaddib. sedap nama tu. hensem ke tak, tak tau la cek chun nak habaq. ni pon jejaka misteri malaya. semua cerita tentang MLM ada dalam ni. hampir semua skim ada. dari yang tak pernah dengar, sampai ke barang yang cek chun pernah guna pun ada. tapi awas! blog ni untuk 18sx saja. ada banyak tut! tut! dan tut!!! tambah-tambah bila para MLMer yang datang komen mempertahankan skim depa. walhal semua findings dan fakta ada terbentang. tapi masih tak paham-paham. geleng kepala jer baca. cek chun yang tak terror math ni pun boleh paham. inikan depa yang rata-ratanya berpelajaran tinggi. 



betul kata orang, bila duit datang bertimpa, memang kelabu mata jadinya. tak kisahlah jika duit tu datang dari mana. tetap nak kata tu semua tak salah.ubat merekalah yang best, tak ada kimia, dibuat dari herba, tak payah makan ubat, cucuk karan saja, terus on kuat badan pak mail.  tak payah nak tunjuk ujian makmal. panggil saja kak siti cerita dia kurus lepas 2 minggu minum shake sedap. suruh pak ali cerita badannya dah bebas dari diabetes, tak payah dah cucuk insulin. tak main lah syringe, itu outdated maa. sekarang cucuk pakai karan saja. tak sakit,  cuma baring saja barang sejam dua.

tu pun ramai dok terikut. hairan sungguh. bukan kata orang lain. dekat-dekat cek chun pun. macam yang di sebut dalam posting-posting lepas. rasa macam nak cekik orang saja. tak paham-paham!!

dan hari ni kereta mayat bercerita tentang MLM lagi atas pertanyaan ramai pembaca. jawapan beliau kali ni:

Salam,
Piramid tu firaun yang punya..
Harta yang banyak pulak, qarun yang punya.
Akhirnya, mereka berdua masuk neraka 
Reply Pembaca:Terima kasih kereta mayat...sebab bagi aku melihat dengan lebih jelas...
Terima kasih banyak banyak.
Keretamayat: “Any time...”

Sekian.

Ps: Untuk keterangan lanjut yang lebih dramatik, sila rujuk aididmuaddib.blogspot.com.  
Harap maklum.

lebih dramatik tu! memang dramatik pun. dua malam ni saja penat gila refresh page baca depa berdebat kat sana. bila kereta mayat letak link macam tu, harap-harap makin ramailah yang datang baca dan hadam isi blog aidid.

aidid kata kereta mayat merupakan sumber inspirasi blognya. padanlah cek chun keja gelak saja bila baca. bila gelak, senang paham. zaman belajar dulu, memang tak sabar tunggu cikgu yang suka melawak masuk kelas. tak sampai lima minit, pecah berderai semua pakat ketawa berdekah-dekah. yang hairannya, semua score gila subjek tersebut.  kalau cikgu buat lawak, benda tak paham pun boleh paham. minda terbuka lebihkah bila kita gelak ni?

hamka dan aidid, masing-masing punya tujuan yang sama. untuk mendidik pembaca. walaupun dari  bidang yang berbeza,  mereka menulis bukan kerana wang dan nama.  


source:
  • wikipedia
  • http://keretamayat.blogspot.com
  • http://aididmuaddib.blogspot.com

10 comments:

Kak Amy said...

p/s: jemput join contest sinar raudah

http://sinarraudah.blogspot.com/2011/03/contest-resepi-pilihan-sinar-raudah.html

MiszNoRuL said...

assalamualaikum kak chun,

best naa duk kt blog aidib ..dia duk kata pasai mlm ..hehehe..

kak, sy tag akak dlm contest ni..
nnt klik ye..if free..

http://misznorul.blogspot.com/2011/03/contest-jangan-pandang-camera.html

iniialahaku said...

dua2 blog ni cek suka baca...info ada, tpi santai je..

cek chun said...

amy,
nanti cc pi jengok

norul,
best wooo, jangan tak baca..hehe

nanti kak chun pi usya wokehh

iniaku.
tepat sekali, sepuluh markah kasi.

Solihin Zubir said...

malangnya, masih rmai yg tertipu dgn skim MLM firaun tu.. haish..
erm agak ngeri tgok blog HAMKA.. tp penuh isi-isi bermanfaat...

gadisBunga™ said...

both blog gb tak biasa jenguk. kire chek chun dan buat promosi lah pasal blog ni sebab lepas ni gb nak gi jenguk depa! hihihi~

cek chun said...

careful gb, malam ni kang pakai dok hadap blog dorang je la :p

peeja said...

cek chun, kalu x silap sy, pernah bce Hamka tulis kat komen kt blog die, Hamka tu name sbnr die..
tp xtau la kalu sy slh bace =p

cek chun said...

ya ka peeja. thanks ya for info.

Latifah said...

blog HAMKA dan blog Bro. Aidid memang berhantu~~~

kalau boleh tak nak singgah, sebab kalau singgah, melekat tak bergerak dah... hehehe...

jadinya, pergi sekali sekala, baca secara pukal... gagagagaaaa...

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...