Saturday, March 5, 2011

saja kasi gua panass..


Tengah pulun marking exam paper, budak-budak ni pula datang join sama. sebenarnya cek kat belakang rumah. Nak kena angin sepoi-sepoi bahasa yang bisa menidurkan jiwa. Elok pegang saja kertas, terus rasa nak lena. haishhhhh. Panas sungguh alor star hari ni. duduk dalam bilik lagi la rasa macam sauna.  jalan terbaik, capai kertas dan cari port baik sambil mengadap rumput dan pokok hijau.

Payah nak tengok budak-budak ni main dengan kayu macam ni. Mana depa jumpa ntah. Siap buat lego block. Pastu susun buat istana, kereta, lori, keretapi. Bersungguh-sungguh mainnya pun. lepas sudah susun, depa cari pula straw nak buat bendera, bekas sumi jeli yang dijadikan kubah istana, dan apa-apa saja benda yang tercapai dek tangan depa di belakang rumah ni.

Seronok sungguh cek chun tengok. Ingatkan dah tak reti main macam tu semua. Si Kuje ni terror main computer games. Ni abang dia la ajar. Kalau masuk rumah rasa sunyi sepi, memang sah la dia kat dalam bilik sambil tekan keyboard laptop tu. Menyenget-nyeget badan ikut kura-kura dalam game tu melompat. Keyboard tu jangan cakap la. Habih haus dok kena tekan bertalu-talu.

Haiii.. Kuat la pulak gelaknya. Ni tak boleh jadi ni. Mai sini ambik pen merah ni. Tanda apa yang patut!!!

5 comments:

joegrimjow said...

sorry kalau buat terasa. beselah, menaip dengan emosi - habis nak marah2 kat orang

minat kereta mayat kan? minat jugak dan ni ada 2 entry yang ku buat ambil ilham dari dia. mungkin baca entry ni u will know me better =)

http://joegrimjow.blogspot.com/2010/06/joegrimjow-dan-perempuan-perempuannya-1.html

http://joegrimjow.blogspot.com/2010/06/joana-dan-perempuan-perempuannya-2.html

teruskan berblog, yeahh

cek chun said...

it's ok :)

maya amir said...

aah ek budak2 skang asek ngadap computer jek.. bagus gak derang main mende2 gini sesekali:)

Solihin Zubir said...

ni kes dh bosan ngadap game komputer la kot.. heheh..

cek chun said...

zaman ICt, mujoq tak mintak ipad :p

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...