malam ni apa kata kita baca sebab apa orang melayu tamak.
suka sungguh nak dapat duit cepat.
kalau boleh nak tidur atas duit. kalau boleh kita nak kipas dengan guna duit.
bila dah teringin nak berduit,
kenapa orang kita suka sungguh cari benda yang pantas dan mudah nak buat duit.
dulu-dulu tak belajar ka bahawa tiada jalan mudah nak dapat kejayaan.
masa ustaz dengan cikgu mengajaq dulu, tidoq ka?
bila dah besar ni, tak cukupkah pengalaman hidup yang mengajar bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya?
tamak?
rambang mata?
nak cekau semua yang dunia boleh bagi.
tanpa perlu peduli hal akhirat sana.
cek chun kenal sorang mamat ni.
dia kata - insiden ketamakan umat Melayu ini daripada dua sudut. Pertama, faktor bahawa pegangan agama ramai umat Melayu yang sangatlah "joker/badut". Kedua, dari sudut kenapakah bebudak Melayu itu senang sungguh kena kelentong dengan dakyah alkafirun dalam kesah mencari rezeki cara MLM-SP
dia juga kata -dengan adanya ramai bebudak Melayu yang tak berpelajaran tinggi tetapi perasan gah genius dalam bidang ekonomi, dan ditambah dengan keadaan sosioekonomi orang Melayu yang sentiasa di bawah paras yang dikehendakinya, maka keadaan dimana ajaran agama yang diketepikan, dan ajaran upline dan syarikat MLM pulak yang diutamakan, akan terus wujud di kalangan bebudak yang dungu-piang tadi
banyak dia cakap nih. tak larat cek chun nak mengopipesnya. apa kata kita pi ke blognya. mamatnya pandai jugak main gitar. boleh la layan lagu sambil membaca. awatlah cek chun tak penah dapat mamat yang teror men gitar nih. haishhhh..
6 comments:
stuju...yer sangat2
@iniialahaku
sungguh bagai dikata kan??
Mmg best dapat mamat main gitar Chun...memula la.. Pastu kalau dah kawin, hari2 dengar bunyi guitar, tambahan guitar karen, tension gak kalau nak tido..
Tapi tu ok lagi, adik aku kawin drummer lagi..hehehe...mmg la kena sabar...
Bab Melayu tamak ni, mungkin sbb sekarang ni kita terlalu sanjung benda2 materialistic. Kalau dapat beg mahal, kereta mahal tu tanda kita berjaya. Tu salah tu. Kita tak Akan berjaya selagi kita tak puas dah happy dengan apa yang kita ada. Yela, mungkin pihak media terlalu focus pada artis2, jutawan2 and buat kita sume rasa kecik kalau xde benda2 tu..
Tapi as a teacher, bolehla kita buat something. Ajar budak2 berfikir secara kritis dan suka bantu orang. Good luck ye, ngajar...
bila kebendaan jadi keutamaan ...tamaklah..penyakit akhir zaman...sebut gitar..tiba2 teringat makros huhu
@Rose
ya laa. aku tak terpikir lak kot situ. tpi sayang punya pasal, sumbat jer la telinga kan rose. hehe
masa sekolah rendah dulu aku teringin sangat nak nak jadi drummer. terikut sama cikgu muzik masa tu.
aku pun pelik bila benda2 macam tu yg disanjung. if u have d money, by all means, p la beli. tapi kenapa yang takda duit guna tu sebagai petunjuk orang yg berjaya.
ilmu je yang patut kita cari in order to live successfully n rich in life.
tu jer yg mampu aku buat buat masa ni as a teacher. i'm learning new things everyday.
thanks rose :)
@suri solehah
bila agama diletak di tepi
ilmu duniya yang disanjung
ross memang kancak dengan gitar tu. hehe
Post a Comment