Tuesday, March 29, 2011

hai-o dah jadi haiyohhh.. peluh dah dai

satu malaysia dah heboh pasai ni semalam. haaa.. kan dah cakap. benda-benda macam ni memang tunggu masa saja. lama dengan cepat je. gila kau kalau profit turun mengila sampai 65%. siap bagitau lagi tu dari bahagian MLM. tengok banyak mana baju jerut perut dan ayaq tapis tu menyumbang pada revenue hai-o. juta-juta weh. hai-o ni banyak divisionnya. kalau nak tau, hampa pi la klik kat websitenya. macam-macam jenis bisnes depa ni buat.

laku sungguh ya produk depa ni. sorang siap beli sampai sepuluh tu. hahahaha.. guwa pun mau bisnes la ini macam. sorang beli sepuluh kek coklat, sebijik dah 40 ringgit. 1 juta beli? tak ke jutawan guwa nanti. tak payah sibuk-sibuk baca buku irfan khairi atau azizi ali.
kek coklat guwa. apehal tetiba masuk ini cerita??
duit hai-o yang million-million ni asalnya duit kawan-kawan, saudara seislam guwa jugak ni. buat loan sampai 24k, beli 10 barang. pilih saja nak air penapis ka baju jerut perut. tak pun, pilih saja dua-dua. kasi balance. baju jual kat sang bini, penapis air kat sang laki. last nya sapa yang menanggung hutang? depa jugak. sampai sepuluh tahun. kalau laku barang tu, lain la cerita. ini sampai berhabuk bawah katil.

ni bukan cakap kosong ni. berlaku di depan mata. siap kena pelawa masuk ahli. cuma hati kering guwa ni banyak songeh sikit. nanti la guwa pikirkan. last-last guwa diam macam tu saja. orang pun malas nak tanya dah. mesti dalam hati, bengang je kat guwa. kepala angguk-angguk paham, tapi kosong rupanya. guwa jamin mesti dia berbulu tu tengok guwa. buat penat bancuh teh sejag dengan goreng kopok sepinggan. 

tapi kalau korang nak cerita yang lebih dramatik lagi bak kata kereta mayat,  klik la kat sini. link yang kedua tu korang enter at your own risk la. guwa tak bertonggengjawab. kalau masuk pastu tak reti-reti nak keluaq, guwa warning korang siap-siap. dalam tu lagi detail semua cerita. siap ada figures semua. takkan tuan tanah tu nak mencipta sendiri kot. pandai-pandai la korang survive kat sana.



cc:paling tak bleh blah, masa google tadi keluaq video dil to pagal HAI.. watheheck!!
tau tak guwa dah banned sahrukhan!!!! 

9 comments:

Unknown said...

menyelerakan kek coklat tu..
cuba scan balik blog ni sbb dapat amaran merah time nak masuk tadi.. malware

Solihin Zubir said...

sy pon kalo ngadap membe2 yg dok cita pasai ni, sy angguk2 ja..
padahal kosong.. dlm hati, bila la nk blah mamat ni.. haha..
xdengar kang kecik ati sbb membe.. heheh..

p/s : blog akak ada malware la..

Ati Masrif said...

salam kenal cek chun,

kita mai dari blog gb

nasib tak masuk lagi high O tu...huhu


kak ati disini

^____~

cek chun said...

@MataHati @ MH thanks ye for d warning. meh aku nak blanja choc cake

cek chun said...

@Solihin Zubir betoi tu, hati kena jaga. dalam hati mendidih gila. thanks ya bgitau pasal mware, nti k chun usaha buang

cek chun said...

@Ati Masrif
salam akak
thanks sudi drop by
bab2 MLM ni hati kena keras
baru boleh tepis..

suri solehah said...

salam ..termasukkan kek tu saja nak bagi orang terliur tu..huhu dosa mai ni.

cek chun said...

@suri solehah
erkk..tak bersalah

Nur Fauzi said...

sampai nak hujung tahin ni, melambak lagi yang jual korset jerut badan tu kat internet.

harge mahal bedaah gitu jugak la.

yang tak tahan ade cekgu jual.

rase nak lempang laju-laju je cikgu tu

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...