Friday, March 11, 2011

kisah dekat site



sebenarnya cek terpanggil nak bercerita kisah ni bila cek baca entry ini di blog gadis bunga.
selepas tamat mengaji pondok, cek chun dapat kerja jadi site clerk. kerja di tapak pembinaan PPRT. rumah flat untuk rakyat miskin. duduk dalam kontena putih tu dari 8 pagi sampai 5 petang. memang boleh muntah. yang ada cuma dua big boss. masak tengok muka depa hari-hari. dok cong ceng cong ceng, sebijik butir cek tak paham.

ada 3 kontena dalam site tu. untuk konsultan dan 1 lagi untuk tempat meeting. tiap bulan mesti meeting punya. masa tu semua turun padang. arkitek, engineer, konsultan. minit jangan cakap ler. berlambak. dengan report lagi. masa ni lah cek belajaq guna mesin potostet. dari mesin murah sampai ke mesin yang maha senyap. boleh sort sendiri sampai 10 set. huh.. memang best.

cek dapat kerja pun sebab makcik tolong ekjaskan. dia buka kedai makan sebelah site. jadi kedai ni lah tempat lepak cek. boleh dok pekena teh tarik sampai bos terjerit-jerit panggil nak type surat. muahahaha.. ramai geng weh. semua alpha male. guwa sorang bunga.

dan tau sajalah sapa lagi yang banyak kat tapak pembinaan macam ni. bangla dan indon la weh. rajin sungguh bekerja. siang malam. tapi depa jarang-jarang makan kat kedai makcik. bila dah lama kerja, baru cek tau, rupanya ada kedai makan indon kat dalam site tu. yang bangla pula, jenis masak sendiri. pi pasar malam, beli bawang besar dan kentang berkilo-kilo. kekadang sampai seguni depa tanggong kat bahu. depa paling minat ikan air tawar ni. memang kelam la pakcik ikan kat pasar malam tu kena kerumun.

lapan bulan gak la cek kerja kat situ. kesian betul tengok depa bertungkus lumus mencari sesuap nasi. angkat barang berat. besi ceracak. bata. kayu. panjat tinggi-tinggi tanpa safety belt or wire. time inspection baru semua kalut pakai topi kuning. kerja siang malam. tua muda. perempuan pun ada.

yang paling sakit hati, bila time nak bayar gaji. mesti ada rush. habis semua bertaburan lari. gara-gara tak ada permit. duit tak dapat. jail juga masuk. bila dah dua-tiga kali benda yang sama berlaku, baru cek tau yang buat dajalnya depa punya boss jugak. cha ya nun alip ni bawa pendatang, dekat time bayar gaji dia tip off kat polis suruh rush sekian sekian hari. dah save kat dia beribu-ribu ringgit. masuk poket sendiri. memang manyak cilaka punya olang.

memang tak berperikemanusiaan. bangla ka indon ka. depa tetap orang. they work for the money. bukan pi mencuri. sad. cek bukan sokong depa datang sini kerja as pendatang haram. tapi bila orang dah buat kerja tu, bayar je la. sengal tul.

eh...tiba-tiba teringat mamat bangla yang ajak cek chun deting kat pasar malam naik basikal.. kahkahkah.. gelak gila masa he ask me out. mujoq muka hensem macam akshay kumar. siap nyanyi lagu dil to pagal hey tiap kali selisih dengan cek. tak bleh blah punya mamat.

* lagu tak kena mengena ngan cerita. malam ni layan blus jap. 20kali dah rewind the song over n over.

8 comments:

Solihin Zubir said...

ish! busuk hati punya majikan..
ntah2 slama ni buruh asing yg dok kna tgkap tu coz majikan wat dajal..
nak sep bajet punya pasai..
jahat btoi.. naya org..

cek chun said...

sian tau. memang kijam.

cek chun said...

Diana.
Tk muntah beb.
Tu yg heran tu. Hahaha

iniialahaku said...

yg sedih2 xmo kcian..yg nk gelakknya..hahahahaha..taste mat bangla...hehe...jngn marah aaaa

cek chun said...

hahahaha.. multi cultural beb..
mu ada? hahahahaha

fizalinolie said...

185, saya follow awak dear... :)

dear anies said...

sik baik ajak pi psr mlm.. kalu ajak g tmn...mau guling2

slalu jupe kt blog aidid tp arini nk terjah blog empunya nama 'cek chun'

cek chun said...

thanks fiza

anies, nak p taman, tapi tak beli sari. so cannot go maaa

thanks sudi terjah

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...