Tuesday, March 15, 2011

suka dan benci bersatu

awal 2009
guwa memang dah berangan-angan lama dah nak pegang iphone. meleleh jer tengok orang guna. bila la iphone nak masuk malaysia nih??? semalam tengok buletin utama dan NST. iphone tak dapat masuk pasaran kerana kerajaan tak bagi rebet ke apa ntah. sedih sungguh. besoknya terus pi Switch dan sambaq ipod touch. buat pengubat lara. interface sama macam iphone. boleh r dari takde. tangan guwa dah gatai nak pegang touch screen. tertipu jugak kengkawan masa apdet status kat facebook. sebab kat fb tulis via iphone.. kehkehkeh..

sama kan macam iphone? - rasional guwa masa tangkap benda alah ni satu
empat bulan kemudian,
riuh rendah maxis bawa masuk iphone ke malaysia. watdefish. hari tu kata tak boleh masuk. grrrrrrrrrr.. guwa dah jadi hijau dalam 5 minit. rasa nak hempok jugak ipod touch time tu.

may 2010
kegilaan pada iphone berjaya di bendung. ipod touch banyak berjasa. ilham mari banyak masa telinga disumbat dengan earphone putih berseri itu. sedap betul menulis kat blog sambil layan dangdut. kekadang layan slow rock. paling bangsat lagu cek mek molek yang zahid nyanyi tu. sangat memberi bahan dan ilham.

guwa dapat duit terpijak bulan ni. pikir punya pikir, baik invest kat handphone cun. dah sebab ada ipod, maka baiklah sambaq black berry (BB) kan? - rasional guwa lagi. baru boleh compare which one better. guwa masih lagi nak berasional bermonolog dalaman. maka BB bold diatas pun disambar dengan jayanya. dan bersama-samanya datanglah masalah problem berikut;

problem 1
deposit 300 tapi dekat 2 minggu handphone tak dapat-dapat lagi.call berulang kali kat blue cube. dia cakap tunggu celcom buat akaun, then baru kuar handphone. call celcom, depa kata blue cube tak bayaq deposit pun. cuma hantar borang saja. watdfish????

problem 2
handphone dah dapat tapi celcom masih tak iktiraf akaun. seminggu juga guna BB untuk sms dan call saja. internet langsung tak boleh guna. tiga kali berulang alik ke blue cube dan celcom centre. memang rasa nak lempang-lempang je sorang-sorang. rupanya celcom centre punya angkara. human error. duit dia selit mana ntah. akaun diactivate kan pada jun 2009.  watdefakkk gila bebenor la yob oiii. handphone dapat may 2010. akaun dah wujud jun 2009. malas dah nak berulang alik nak betulkan. lantak dema ler. dah la kontrak dua tahun. cepat sikit habis kontrak guwa. kihkihkih..

problem 3
pagi-pagi capai BB nak check facebook notifications dan refresh komen kat aididleaks. tengok-tengok keluar white screen. uitttt.. takkan kak limah dah lompat masuk dalam BB guwa nih. tau ler semalam baru dok layan cite tu. guwa off, bukak bateri. still white screen. hadoiiiiii... tensen guwa gini aihh..
tadi pi blue cube, depa cakap lcd screen rosak. kena bayar deposit 150. sebab screen tak masuk under waranty. dem. kena hantar gi kl, mungkin sampai sebulan. dabeldem.

problem 4
so sekarang guwa stick dengan handphone hitam putih guwa yang baling tak pecah tu. nokia 3315. jangan harap la nak twitter, fb dan internet on the go. sunyi facebook seh sebab guwa tadak. mesti depa rindu tu. dulu tiap kali depa letak status, laju jer guwa komen. yalah.. facebook kat hujung jari jer. sambil tidur pun boleh reply.



haaaa... kan guwa dah cakap..
guwa kasihan kat kawan-kawan jer.
guwa ok takde teknologi-teknologi nihh..
guwa boleh layan dangdut kat ipod.

pics: google saja

9 comments:

iniialahaku said...

ku anti teknologi...hahaa..merosakkan common sense suma benda alah ni..

cek chun said...

tu la pasai..
kita dah rasa nih..

Solihin Zubir said...

dugaan jugak pkai BB ni eh.. heheh..
sy masih setia dgn sony k770i..
enset sony ni pon asik jatuh je manjang..
kalau pkai BB or iPhone, cmne la..
msti lg cepat rosak..
haha.. dasar kasaq..

cek chun said...

ye la solihin. kena lemah lombut punyer. sila bertukar menjadi seorang yg sopan okeh

uncle gedek said...

iPhone RULES!

cek chun said...

cesss.. uncle punnnn

ms_cele said...

aik BB yg hg nk bg kt aku tu dh rosak ka..tak mao2x

osip said...

nak torchhhh..susah nyo nak beli bb kat msia eh..kat sini beli je kat mane2..senang gile..tapi kene cash la...

cek chun said...

ila.. bluwekkkkk.. takmo bagi ler

sip, rasanya senang. tapi kena kat aku, jadi susah la plak.. apakehey ntah

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...