Thursday, March 31, 2011

semalam kena serang malware, hari ni kena serang dengan pelamware

 semalam agak pelik. blog sunyi sepi. selalu ada la juga 30 orang menjejak. ok la tu. dari takde langsung. dah dekat tengah malam baru dapat komen dari mata hati dan solihin zubir. rupanya blog cc dah kena malware. adoihh.. bahaya tu. selalu cc dapat juga amaran ni masa blogwalking. tapi tak pernah kena pun. bila dapat amaran merah tu, mesti cc pangkah punya. terus tak jadi masuk blog tu. ni bila dah kena kat diri sendiri, haru..

dan tak pasal-pasal kena google pasal malware. dalam dok mencari tu, jumpa lah site nih. dia ada wat review sepuluh anti malware yang patut kita donlod. yang bestnya, semua tu yang free punya version.

ini senarai top ten pilihan techrepublic.com

1: AVG Anti-Virus Free Edition 2011

2: Comodo Antivirus

3: PC Tools AntiVirus Free 2011

4: Avast Free Antivirus

5: Ad-Aware Free Internet Security

6: HijackThis

7: Microsoft Security Essentials

8: Windows Defender

9: Malicious Software Removal Tool

10: McAfee virus removal tools

 maka membaca la cc sambil pikir yang mana patut dipilih. biasa la. window shopping dulu maa..last-last cc pilih pc tools. harap dapat bertahan lah. kalau korang ada pilihan yang lebih ok, bagitau lah yer. 

guwa makan pelam ni, bukan budak comei tu

dan hari ni, dari tengahari tadi perut dok bertsunami. angin kus-kus ke apa agaknya. kuar dari atas dan bawah, depan dan belakang. cc agak dari pelam sala maha besar tu jer. makan tak henggat. mulanya kami kat skul plan nak buat jeruk, rupanya dah masak menguning. tapi masih ranggup. pulun bahagi makan ramai-ramai. tak sempat nak menyicah dah. pepak (kunyah)  macam tu saja. tetiba dah habis setepawe.

nahh.. tepat pukul 12 tengahari, mula la perut menggila. nak describe pun tak tau. nak ke toilet pun tak rasa nak membuang. maka sesi menekan perot pun berlangsung la dari tadi sampai sekarang ni. harap pagi besok elok lah ni.

6 comments:

uncle gedek said...

Kamu pasti itu bukan betik...?

Biar betol!

cek chun said...

betoi la uncle. tak cayer, tanya dak tu.. nak tunjuk bukti pun tak bleh, dah hancur dalam perot :p

gadisBunga™ said...

ada lagi la malware tu. source dari chedet.co.cc

kite gamble je ni. huhu~

*besaqnya pelam!!!

cek chun said...

@gadisBungathanks gb. chun dh buang link tu. blog tu pun dah tak bleh nk access. kurang dah 1 bahan bacaan :(

suri solehah said...

salam..mai nak kena saman ke?...saje tunjuk2 bagi orang jeles huhu..geram tengok nabila tu..hehe..

cek chun said...

chomey kan budak tu. tadi dia tanya - auntie bila nak buat mafin lagi. ohh noo.. :p

awat diam lama ni da. penin2 ehh. mujoq de abe leh urut noo

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...