Thursday, March 10, 2011

bercanda di tepian pantai


 
makan siput, lala, kepah, mentarang atau lokan memang la sedap. tambah-tambah lagi bila dapat cari sendiri. seronok tengok orang mengorek pasir. sambil-sambil menguis pasir, sambil-sambil ombak menghempas pantai. indah sungguh rasanya. lebih indah lagi jika lepas tu kenduri hasil tangkapan beramai-ramai.

kat tempat cek chun ni banyak kepah kecil ni. bila air surut, ramai budak-budak kutip di tepi pantai. kebetulan ada kawan yang tinggal betul-betul di tepi pantai, maka cek pun turut sama nak merasa mengorek pasir.  maka rancangan pun dibuat untuk bergumbira beramai-ramai. bila dah ramai tu, mesti la ada plan makan-makan. jadi potluck pun dicadangkan.
hidangan petang tu - cucur udang, kuih lopis, mee sizling dan kek batik

tepat pada masanya, semua dah terpacak di tepi pantai. budak-budak pula sibuk buat aksi stunt. sambil menunjuk lagak pada kami semua yang tak mampu nak ikut mandi sama. seronok hampa ya budak-budak. elehhh..dulu-dulu, auntie hampa pun macam tu la jugak. dah chemuih la mandi laut tu semua. kasi chance kat hampa la pula.

tapi tak da feel la nak cari kepah ni lama-lama. sepatutnya bawa baju persalinan. korek pasir sambil duduk tepi pantai. nikmat. tapi seronok betul petang tu. walaupun kepah yang dapat cuma sekangkang kera. nak makan sorang pun belum tentu kenyang.




3 comments:

uncle gedek said...

Sekarang seriau la pulak nak gi pantai...Tsunami!

cek chun said...

memang pun. rumah dah la tepi pantai ni uncle.. :(

Solihin Zubir said...

hati2 akak bila kat tepi laut tu..
smoga semua selamat.. insyaAllah..

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...