Sunday, March 27, 2011

musim menyicah pelam


sampai saja depan jalan, cek chun dilambai-lambai dengan mesra oleh mereka nih. perhh.. meleleh ayaq lioq dah. menyicah sedap ni. kena plak dok kat pangkin belakang rumah, kena angin sepoi-sepoi bahasa dari bendang. makan tak henggat.

masa aruah tok ada, semua orang ditegah kacau pokok yang satu ni. dia akan simpan sampai buah tu masak. kalau dah agak tak selamat, sebab lokasi betul-betul tepi jalan, maka buah yang dah besar akan diperam dalam gobok je. sampai la buah tu masak menguning. semua cucu-cucu kena cari pelam pokok lain. keliling rumah memang ada 4-5 pokok gak. pelam telur yang kecik molek tu, pelam apple, pelam ni dah lupa la nama nya.

yang ni pula mak cek chun kasi tadi. baru dipetik dari pokok tepi rumah. dah sama besar dengan kettle tu. pelam gajah ke apa nih. besok sakan la kenduri kat tempat kerja. kuah rojak dah siap ni. cek chun pun ada resepi menyicah yang power. nak pedas lagi, tambah saja cili kering.
  •  2 cili kering 
  • segenggam gula
  • kicap kipas udang yang manis - bergantung kepada kepekatan sambal
  • 1inci belacan
  1. bersihkan cili kering. buang biji. tumbuk dengan belacan.
  2. bila dah hancur, letak gula. tumbuk sikit. 
  3. masukkan kicap dan kacau perlahan-lahan dalam lesung batu tu.
  4. sekarang zaman senang, campur jer semua dan whizzzzz.. blender sampai tak ingat :p

13 comments:

yantisa said...

nak join sekali esok boleh ?

juju.love.syam said...

wahhh. meleleh air liur saya ni tau.. huhu

cek chun said...

@yanti isa jommmmmmmm

cek chun said...

@juju.love.syam
nak tisu, lap sket..

iniialahaku said...

argh cabai kering xmo2...cbai melakala....hahaha

iniialahaku said...

ni pelam sala ni...hahaa

cek chun said...

@iniialahaku hg tera makan pedaih ehh. hebattt.. ni baru depa habaq kata tu spisis sala

gadisBunga™ said...

tu diaaa...besaqnya mempelam!!!

gadisBunga™ said...

dulu kan masa zaman sekolah, kitorg selalu pakat dgn kawan2 utk menyicah masa hari sabtu. pastu pakat2 la, sorang bawak garam belacan, sorang bawak buah, nak bawak kuah rojak ke apa ke...aduhh!!!

lepas tu kene la chop toilet siap2. huhuhu~

cek chun said...

@gadisBungamasa skolah dlu, macam tu gak.slalu cekchun yg kena bawak. time rehat semua pakat buat bulat keliling meja.laki pompuan 2x5 ja

uncle gedek said...

Uihh...

Masam ka?

tak tahan benda masam....

Senget-benget muka dibuatnya....

cek chun said...

@gedek!mesti rambut uncle terbuai-buai bersama keherotan itu.
tak masam le uncle. sudah biasa. nyummehh

Solihin Zubir said...

pergh! besaq jag! besaq gila kot.. haha..
kecur liur tgok.. haish..

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...