Friday, February 4, 2011

Luahan perasaan apakah?? Go get a life please..

Pagi-pagi buta dah kena kejut dengan suara-suara sumbang. Sekejap merdu, sekejap pitching lari, sekejap sengau, sekejap garau. Yang hebatnya suara itu dari orang yang sama. Tak tinggi mana pun vocal cord dia. Tang korus semua tak lepas. Maka jadilah suara halus ala-ala chipmunk.

Ni lah bahana kalau ada karaoke set kat rumah. Kalau rumah sound proof, takda siapa nak hangin. Melalak la puas-puas. Cek pun mau join sama. Ni kalau rumah dekat sampaikan bersin pun boleh dengar, janganlah cuba-cuba nak berkaraoke. Kang tak pasal-pasal jiran dok maki dalam hati. Mengganggu ketenteraman awam boleh masuk jel tau tak?

Cuba pergi ke pasaraya dan menyanyi di pusat karaoke tu. Sejam rm15. Agak-agak sengkek, cari saja karaoke box yang satu lagu seringgit. Kami panggil karaoke jamban. Ye la, kotak kecik muat 2 orang saja. Sebab tu murah. Agak-agak nak tunjuk bakat terpendam, menyanyi la puas-puas di sini. Paling leceh pun, orang yang lalu-lalang pandang. Nak tengok suara sapa lah yang buruk bebenor ni.

Kalau kat tesco alor star ni, kotaknya besar. Dinamakan Family Room. Memang cukup sekeluarga duduk dalam tu. 4 orang masuk memang ngam-ngam soi. Lagu seringgit saja. Guna token. Tapi pilihan tak banyak la. Padan la murah.

Ehh.. Mana cek chun tau nih?
Tetttt! Tu la tempat pilihan kalau nak merealease perasaan. Malu pula cek nak confess ni. Hehehe. Budak kecik pun join. Semua gara-gara Idola Kecil kat tv. Cuba kalau suruh dia duduk diam-diam atas kerusi tu, kejap lagi tarik la muka 16 segi. Sua microphone kalu, muka terus ceria. Padahal lagu yang dia ingat cuma tang korus saja.

Sebenarnya dah lama tak karoks sana. Rasa bersalah pula bila budak kecik ni dok nak ikut. Kang jadi artis, jenuh cek nak menjawab ngan mak abah dia. Masa mula dengar jiran berkaroks, dia dah suruh abah beli benda yang sama. Dalam masa yang sama, boleh pula budak kecik ni geleng-geleng kepala bila dengar suara sumbang dari rumah sana. Konon jadi juri la.

Memang macam-macam cara orang melepaskan perasaan. Sebolehnya janganlah sampai mengganggu orang lain. Kang tak pasal-pasal, orang lain pula yang stress.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

suri solehah said...

hehe..chun p lah join sekali..tapi i puji suara yu mmg best gitu..i like

cek chun said...

Da, mu jgn dok wat crita wehh :p

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...