Hang kan masih belajaq. Penat mak dengan abah cari duit bagi belanja sekolah. Belajaq la betul-betul dulu. Pergi kelas, dengar cikgu ajar. Buat assigment, hantar cukup time. belajar sampai berjaya. Capai dulu kejayaan cemerlang.
Kemudian cari kerja yang sesuai dengan kelulusan. Kalau boleh jadi manager dengan kelulusan diploma tu lagi la baguih. Mesti mencanak-canak mak-mak offer anak dara depa kat hang untuk buat bini. Ye lah, jadi manager. Gaji besar wo.
Tapi dalam dunia realiti, mana nak dapat dik. Kau cari kerja sampai hujung dunia pun belum tentu boleh jadi manager terus. Lain lah kau kerja sendiri. Jadi, lupakanlah ayat kak tadi eh. Alaaa.. Ayat yang kata mak-mak offer anak dara depa kat kau tu.
Jadi kita berbalik semula pada belajar. Habiskan pengajian dulu. Jangan tuang (ponteng) kelas. Jangan tidur lambat sebab dok layan blues. Jangan kerja berdetim 24jam. Jangan..jangann...
Kasihan mak abah menbanting tulang mencari rezeki. Pagi-pagi buta dah terpacak kat kedai. Balik pula time bulan dah naik ke langit. Kiranya dalam perjalanan, tak sempat pun nak tengok langit cerah. Tak kasihan kah pada mereka?
Ya, seratus ringgit tu sikit. Semua orang boleh keluar. Anytime. Guna saja duit yang mak abah bekalkan. Ehh..bukan ya. Dah tu kau guna duit kau kerja dulu ya dik. Oooo.. Bagus la. Ada sifat keprihatinan yang tinggi. Tak mau menyusahkan mak bapak. Akak puji kau dik. Sejuk perut akak dengar. Walaupun bukan akak yang mengandungkan kau.
kena cari tiga orang downline? Semua kena bayar seratus ya. Lepas tu kau dapat berapa ringgit dik? Duit kau yang seratus tu, kau dapat balik tak? Jadi modal berniaga ya? Ehh..kau berniaga apa ni dik?
Duduk depan laptop saja? Biar betul ni. Login facebook saja hari-hari? Wahhh.. Lepas tu dapatlah duit yang macam dalam gambar yang kau tag tu ye dik. Duit yang depa buat kipas-kipas tu. Wuyooo.. Banyak tu dik. Patutla mark zuckernberg jadi billionaire. Sebab dia yang reka facebook. Kira korang yang masuk loginfacebookdapat100 ni bisnes bawah zuckernberg la ye. Wuyooooo...
Kiranya modal 100 boleh dapat ribu-ribu la ya. Yippeeeee.. Terornya hang cari bisnes dik. Kalah mak dengan abah kita yang kerja siang malam tapi dapat ratus-ratus saja. Wahhh..kena ajak semua orang kampung lah macam ni. Baru boleh naik ekonomi orang melayu.
Dah baca ka blog aididmuaddib yang akak paste kat wall kau dik? Ehh.. Kau delete ya. Kenapa? Dia kata benda ni haram ya. Pandai sunggoh aidid tu kan. Mana dia tau haram. Dia kata skim ni pyramid saja. Sebab seorang kena kena cari 3 orang. Lepas tu 3 jadi 9, 18 dan sampai infiniti. Wahhhh..ramainya akan dapat ribu-ribu ringgit.. Bestnya. Ramai dapat duit pun haram ka. Apa la aidid ni. Tak sekolah kot.
Kira login facebook saja terus dapat duit ya. Tak payah beli barang lah ni. Tak payah akad jual beli lah ya. Terus kaya ya. Pandai no depa reka bisnes ni. Hang pun pandai dik. Cekap rebut peluang.
Ehem..jangan lupa kat akak ya. Beg LV pun ok gak satu. Kau dah kaya kan masa tu.
Cc: padanlah aidid dok maki hamun saja kat blog. Cakap elok-elok, bukan nak masuk otak. Mata dok nampak sign $ saja. Haram pun boleh jadi halal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
9 comments:
kak.. saya malas la nak study.. mcm mana ni kak.. tolong la.. saya malas tp saya nak duit yg banyak kak.. tolong la saya..
ohh nampaknya akak dah jumpa sorang calon untuk bisnes kau ni dik.
Ada seratos?
anak sapa la tu ? akak nak join jugak la cek chun ..nak buat modai besaqkan rumah kami...he..he..bukan senang nak jadi senang .
kenapa masih ada yg nk join skim yg menindas org di bawah tu eh?
yg di atas, rilek je..
yg kat bawah tu mmg terok kalau xdpt cari downline.. haish!
kak t, sila peratikan fb wall anda..hehe..dok tengah berleluasa tu
solihin, akal letak lutut. tu yg payah tu. semua dah nampak kelabu
seratos je kak? sy bg dua ratos la.. bape leh dpt pulangan nya ;;) sy nak cepat ni kak :))
Lepas bgi 200,u pulang la naik bas. Gerenti cepat dari naik beca.
kak Chun, kak ti tau ....duit dah mengaburi mata ... salah dan betul dah tak tau nak beza dah .
Kak t, nama pun budak.. Nasihat elok2 tak mkn saman dah. Hbih dia delete
Post a Comment