Sunday, February 13, 2011

Jika mereka boleh, kenapa tidak aku!!! : nothing to do with MLM :-p

Berbulan-bulan dah cek chun tak memanaskan panas, melompat hatta merenggangkan body. Semua sebab malas. Nak kata tiada motivasi, hmmm..rasanya hari-hari dok tengok kat lappy.

Ye lah, buka blog BA, tengok masel ketul-ketul dia. Cerita dia berjalan kaki dari stesen lrt ke rumah. Cerita dia bersenam sampai peluh-peluh. Bukan takat cerita. Sekarang dah boleh tengok dengan mata sendiri. Bersungguh-sungguh dia cuba bercakap sorang-sorang depan kamera. Suara yang halus juga rupanya ben ni :) dok ingat garau macam nasa dj THR tu.

Buka facebook pula, nampak cik kasma yang tekun menunggang kuda, pergi yoga, pergi spa, jaga body. Dan bakal juga masuk Rapi. Tambah fofular la lagi kawan cek yang sorang ni. Masa mengajar dulu, bos pun sayang. Almaklumlah rajin buat kerja. Merata tempat dia dapat sponsor untuk jayakan tabung PIBG sekolah.

Scroll lagi mouse dekat senarai friends, nampak lagi puan ita yang jelita. Anak dah tiga, rupa tetap macam anak dara. Memang padan dengan kerjaya sekarang. Sibuk 24jam tapi masih punya waktu nak menjaga kesihatan.

Cuma 3 contoh yang cek letakkan. Mereka yang boleh dijadikan mentor dalam menjaga badan dan kesihatan. Walaupun sesibuk mana, tetap punya luang masa untuk bersenam.

Kasma simpan semua peralatan dalam kereta. Balik kerja yang jauh (sebab jam) klang-kl, terus dia singgah ke kandang kuda. Hari lain pula ke yoga.

Ben? Rasanya semua dah tau rutin hariannya. Dah sepuluh tahun ke gym yang sama.

Ita pula dari pembacaan statusnya di fb, rajin bererobik dan berdansa. Dan sekarang dah jatuh cinta pada aktiviti lasak. Jeles sungguh bila baca dia dah naik 4x4.

Seee... Motivasi dah depan mata. cek tengok dan baca saja. Tapi semua tu bakal berubah. Bak kata entry cek yang lepas.

U STILL HAVE THE CHANCE
LIVE LIFE TO THE FULLEST.

Cc: Jangan dok nganga saja buat-buat macam tak ada kerja.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Solihin Zubir said...

sy nk body ketul2 jugakk...
tp mls nk jaga pemakanan n malas nk gpi gym.. haha.. men bola lg besh.. ;-p

cek chun said...

Haaa. Menarik tu. Main sampai peluh

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...